Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

15 Aug 2014

SELAMAT ULANG TAHUN CINTA

Selamat Ulang Tahun Cinta..
yang sememangnya manis macam gula-gula,
yang sedap macam roti banggali sapu kaya,
yang lauknya enak secukup rasa..

Selamat Ulang Tahun Cinta..
genap enam tahun juga hendaknya,
menelan segala marah dan durjana,
melemparkan segala suka dan gembira,
kerana itu kisah kita.

Selamat Ulang Tahun Cinta..
kurang dari setahun kita kan bersama,
biar masa menitip segalanya,
biar saja mereka bercerita tentang kita,
kerana yang pasti kita juga yang gembira,

Selamat Ulang Tahun Cinta..
mohon maaf andai terkasar bahasa,
ketawa kuat tak kira masa,
kuat bercakap merata-rata,
kelam kabutnya tak usah kira,

Selamat Ulang Tahun Cinta..
moga dipanjangkan jodoh kita,
kalau boleh ke syurga mahu bersama,
moga mampu menjadi imam di suatu masa,
harap bersabar ajela..



SALAM MESRA,
ZATI MOHD
16 OGOS 2014
KEPALA BATAS, PENANG.


No comments:

Post a Comment