SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA BLOG ZATI MOHD..
ALHAMDULILLAH SUDAH HAMPIR KE 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN..
MAAF SEBAB LAMA DAH TAK UPLOAD CERITA BARU DEKAT BLOG..
SEBENARNYA NAK UPLOAD CUMA MASA TAK IZINKAN.. SEDIH!
selamat membaca KISAH CINTA PERTAMA BAB 3 nie :)
“Zara.”
Aku
pusing belakang bila nama aku dipanggil.
Dia
nie ke?
Aku
terkebil-kebil pandang tuan empunya badan dalam keadaan samar-samar.
Oh
abang Arm. Aku ingatkan orang yang duk sms aku tu.
“Zara
kenapa jalan sorang-sorang?” Abang Arm dah berdiri sebelah aku.
“Kenapa
tak boleh ke?” aku senyum simpul.
“Tak
takut ke ada pocong?” Abang Arm dah tersengih-sengih pandang aku.
Karang
ada jugak orang yang kena terajang dengan aku nie. Cepat betul berita
nie tersebar. Siapa yang jadi penyampai nie?
“Sedap
perli orang nampak.” Aku mula nak berjalan balik ke asrama sebab
siap-siap nak sarapan.
“Mana
ada abang Arm perli la. Zara nampak cute la pagi nie.”
Hai
nie ayat mengorat ke apa pagi-pagi nie?
Akhirnya
sebab tak tahan aku tanya jugak apa dia nak dari aku pagi-pagi nie
rupa-rupanya nak mintak number telefon aku yang satu lagi. Aku kan
pakai dua number. Disebabkan malas nak bersoal jawab dan bertanya
macam-macam, aku berikan aje dekat abang Arm. Sengih sampai ke
telinga abang Arm nie.
Aku
naik ke asrama nak bersiap-siap untuk sarapan dan lepas aje sarapan
kami akan pergi tanam pokok bakau dekat mana entah. Aku bukan pandai
sangat dekat area
pulau nie kalau seberang semua dalam kepala otak aku aje.
Semasa
menikmati sarapan pagi aku tak nampak pun kelibat si dia. Mana dia
pergi? Time solat tadi pun tak nampak. Takkan dah lari. Janganlah
lari bagilah aku tahu nama dia dulu.
Tak
makan?
Aku
beranikan diri hantar meseg dekat si dia.
Tak
ada selera.
Dia
pulak balas.
Dah
balik rumah ke?
Aku
tanya lagi yelah tak nampak pun mana nak tahu dah balik.
Lama
aku tunggu meseg dia tapi dia tak balas-balas pun. Akhirnya aku dah
tak mahu tunggu lagi. Malas nak bergantung harapan. Aku simpan
telefon dalam poket.
*******************************************************
Sebelum
pergi tanam pokok bakau kami diberi sesi taklimat mengenai cara-cara
nak tanam pokok bakau oleh kak Fida. Kak Fida nie merupakan
kakitangan Sahabat Alam Malaysia di mana kerja-kerja kak Fida
memantau aktiviti-aktiviti mengenai alam sekitar di serata Malaysia.
Berbakti pada bumi banyak ganjarannya.
Kadang-kadang
kita sendiri lupa rumput pun banyak manfaatnya dekat kita. Kita pulak
nampak rumput aje cabut.. biar tanah tu botak. Sebab tu aku suka
balik kampung, kampung aku banyak pokok maklumlah belakang rumah aje
dusun durian. Kalau tiba musim durian aje mesti opah call suruh
balik kampong, rindu dekat opah.
Kami
mengambil tempat di dalam dewan, aku duduk paling tengah.
Sambil-sambil duk tunggu kak Fida nak beri taklimat aku terpusing
kepala ke sebelah kiri. Nah! Si dia duk sedap tengok aku. Tiba-tiba
muka rasa merah dan nak berpeluh-peluh. Aku kipas-kipas muka dengan
tangan. Overlah aku nie.
Asyik
panggil si dia aje namanya aku tak tahu pun. Macam mana dia dapat
number telefon aku pun aku tak tahu. Tapi takkan sesekali aku tengur
dia. Dia yang kena tegur aku. Be gentleman okey!
“Assalamualaikum,
adik-adik dah ready nak dengar taklimat ke?” kak Fida memulakan
bicara.
Ramai-ramai
cakap dah.
“Okey
kak Fida nak terangkan kepentingan pokok paya bakau buat ekosistem
kita dan jugak buat manusia. Kepentingan pokok bakau nie buat
ekosistem adalah menjadi tempat perlindungan buat habitat-habitat
alam semula jadi. Buat manusia pulak pokok paya bakau ini sendiri
melindungi kita bahaya tsunami.”
Aku
terangguk-angguk. Interesting.
“Tsunami
terjadi tahun lepas pada 25 disember, masa tu ramai yang sedang
bercuti dan tsunami menyerang seluruh Pulau Pinang. Boleh tak akak
nak tahu siapa yang pernah mengalami kejadian gempa bumi dan Tsunami
tahun lepas? Boleh ceritakan tak pengalaman itu.”
Suasana
sunyi sekali. Tak siapa nak bangun ke? Aku bukan tak nak cerita tapi
nanti kalau cerita bosan pulak. Tiba-tiba ada seorang pelajar
perempuan angkat tangan. Semua mata tertumpu padanya.
“Assalamualaikum
nama saya Suriati boleh panggil Atie. Saya nak ceritakan kejadian
semasa saya dan family bercuti di Batu Feringgi ketika menyambut hari
lahir adik saya yang berusia 9 tahun.”
Semua
mata tertumpu pada Atie.
Atie
sambung lagi. “Pada masa 24 Disember tu kami semua keluar dari
rumah pada pukul 12 tengahari sebabkan 26 disember tu abah kerja jadi
mama dengan abah ambik keputusan untuk bercuti di Penang saja. Masa
tu kami memang tak jangkakan apa-apa lagi.sampaikan gegeran gempa
bumi pun kami boleh tak sedar. Bila masuk berita baru kami tahu tapi
seperti yang saya cakap tadi memang tak jangka pun akan berlaku
Tsunami.” Tiba-tiba Atie berhenti nak ambik nafas agaknya.
“Iyelah
tiada siapa pun boleh jangka yang akan berlaku Tsunami. Okey Atie
boleh sambung lagi.” Kak Fida tersenyum.
“Pada
pagi tu kami memulakan acara memotong kek dan semua aktiviti kami
hanya di dalam bilik hotel saja. Tak tergerak hati langsung nak mandi
dekat pantai ke ataupun nak main aktiviti laut. Pada tengahri macam
tu saya duduk balkoni bilik hotel dari jauh nampak macam ombak yang
sangat besar dan bunyi yang sangat kuat macam bunyi suara mengaum.
Saya panggil mama tengok. Tak sampai beberapa saat ombak tu dah
sampai dekat hotel kami. dan depan mata saya sendiri saya tengok
ombak itu menarik beberapa orang yang tak sempat lari. Ada yang
tersanggut atas pokok, ada yang berpaut pada pagar. Ada yang mati
dekat situ jugak. Kejadian yang sangat dasyat. Itu aje. Terima
kasih.”
Kejadian
dia sama dengan aku. Cuma aku nie mungkin lagi tragislah sebab anak
jiran aku meninggal dihanyutkan ombak Tsunami.
“Adik-adik
kena bersyukur sebab dalam kita tak sedar alam sekitarlah yang banyak
menolong manusia terhadap kejadian-kejadian bencana alam. Tapi semua
tak sedar. Sebab ituah, Sahabat Alam Malaysia dan USM bekerja dengan
sekolah-sekolah untuk membantu memupuk semangat cintakan alam sekitar
supaya kita sama-sama dapat membaik pulih balik alam sekitar di
Negara kita.” Kak Fida memnadang kami semua.
Aku
rasa sangat bersemangat sebab terpilih dalam memuliharakan alam
sekitar.
“Akak
akan tunjukkan nanti cara-cara untuk kita tanam anak pokok bakau
dengan betul. Kita ada sediakan kasut getah tapi bila masuk dalam
lumpur tu confirm kasut tercabut tak percaya tengoklah nanti.”
Semua
dah tergelak-gelak semasa kak Fida cakap macam tu.
Kami
semua diminta menaiki bus sekolah yang telah disediakan. Aku hanya
bawak beg sandang aje untuk letak tuala kecil, wallet dan handphone.
Kami semua bergerak ke destinasi yang ditetapkan. Perjalanan memakan
masa hampir 45 minit.
Sampai-sampai
aje dekat destinasi, turun aje bus tengok ramai giler orang. Orang
kampung, press dan staf-staf SAM yang lain.
Kami
diminta untuk berkumpul dekat khemah yang disediakan. Dari jauh kami
dah nampak kawasan untuk kami tanam anak pokok bakau. Mak ai! Mesti
hanyir bau air laut nanti. Entahkan ada ular. Eee takut!
Sesi
dimulakan dengan ucapan pembukaan dan seterusnya upacara perasmian
oleh pengurusi SAM. Kami diberi kasut getah sorang satu. Macam kasut
zaman orang dulu-dulu aje. Tapi kasut getah macam kasut biasa aje aku
bajet panjang macam kasut but.
“Ikat
kuat-kuat ye adik-adik.” Kak Wan bagi pesanan khidmat masyarakat.
“Kak
Wan dapat masuk TV ke?” Abang Arm bertanya.
“Tak
ada la masuk TV setakat masuk surat khabar aje.” Kak Wan tersenyum.
Ala
masuk surat khabar aje. Nak jugak masuk TV baru femes.. huhu.
Aku
duduk sebab nak tunggu turn masuk dalam kawasan selut. Mula-mula
pijak selut iyewwww.. melekit-lekit.
Aku
ambik sikit dan main-main dengan tangan. Masa mula-mula nak angkat
kaki tu tiba-tiba rasa macam kena gam.. aiyak pasal nie. Aku cuba
lagi. Jangan la tersekat dekat dalam selut nie.
Aku
nak angkat kaki lagi dengan penuh perasaannya aku angkat kaki
sebelah, disebabkan tak dapat nak imbang badan, pap! Aku jatuh dekat
dalam selut. Habis baju dan tudung.
Tiba-tiba
dengar suara gelak dekat belakang. Kuat pulak tu.
Aku
toleh dekat belakang. Si dia gelak dekat aku! Nasib baik comel.
“Gelak
la.. gelak dekat orang kuat-kuat.” Aku cuba nak angkat kaki. Uwaaa
tak boleh jugak.
“Dah
benda nampak lawak.. gelak la.. gelakkan awek muda.” Dia dah jalan
tepi aku.
Rileks
aje dia jalan. Kagum aku.
“Saya
Adam, Adam Fahrin.”
“Saya..”
“Nur
Zara.” Dia dah menyampuk. Suka potong aku cakap.
“Oit
yang dekat belakang tu cepat sikit.” Ada suara di depan yang
menegur kami.
“Zara
angkat kaki perlahan-lahan. Kena pandai imbangkan badan kalau boleh
tolak badan ke depan sikit.”
Aku
cuba ikut apa yang Adam Fahrin cakapkan. Berjaya. Yes!
“Mana
Adam dapat number Zara?” aku tanya dia masa sama-sama berjalan
dekat dalam selut.
“Tak
susah pun. Mintak ajelah.”
Aik
dia mintak dekat siapa? Tak sempat nak tanya kami dah sampai di
tempat-tempat anak bakau.
*****************************************************
Kami
menanam anak pokok bakau sendiri. Dengan menggunakan kaedah yang di
ajar oleh kak Wan. Aku dah tanam hampir sepuluh anak pokok bakau.
Tapi dekat situ-situ ajelah nak berjalan bukan main payah lagi. Dah
la tenggelam hingga ke lutut.
Aku
tengok Adam Fahrin dari jauh. Mula-mula jumpa dia masa dekat USM.
Time tu tak tegur pun main senyum-senyum aje dalam diam hati terpaut
gitu. Sekarang dah jumpa depan mata siap bersembang lagi.
Dia
nie nak cakap handsome sangat tu taklah. Nak kata badan tegap tu
memang tak langsunglah. Badan dia berisi sikit tapi bukan kategori
gemuk.
Aku
ambik anak pokok bakau yang masih tersarung di dalam plastic. Aku
berjalan ke hujung sikit. Kali nie lagi dalam sampai ke pinggang.
Elok aku nak angkat kaki kasut dah tercabut. Aku masuk tangan dalam
selut nak cari kasut. Last-last apa pun tak ada.
Aku
tanggalkan kasut lagi satu dan berjalan dalam selut. Baru senang
sikit. Tapi sakit la kaki aku sebab pijak ranting-ranting kayu dan
jugak akar pokok.
“Zara
hati-hati nanti takut terpijak kaca.” Adam Fahrin memberi nasihat
ikhlas.
Aku
senyum dekat dia. Perasan pulak dia aku buka kasut.
Aku
tarik anak pokok bakau yang masih dalam sarung plastik. Nasib baik
diorang dah buat lubang siap-siap untuk aku tanam anak pokok. Kan
senang macam nie.
Adam
Fahrin berjalan menghampiri aku. Aku perasan tapi buat-buat tak
perasan.
“Zara
tak nak tanya mana Adam dapat number Zara?” dia tolong aku tanam
anak pokok sama.
“Nak
tanya tapi malaslah. Tunggu orang tu bagitahu sendiri.” Aku pandang
dia.
Disebabkan
aku hanya bawak satu anak pokok aje, jadi aku dah tak ada anak pokok
dah. Nak pergi ambil malas. Last-last aku dengan Adam duduk lepak
tengok diorang buat kerja.
“Zara
duduk bawah biar Adam duduk atas.”
Adam
Fahrin panjat pokok dan duduk di ranting atas sikit manakala aku
duduk bawak sikit dari dia tapi jarak antara kami tak adalah jauh
sangat.
“Tak
nak bagitahu ke mana dapat number Zara?” aku mula tanya dia.
“Okeylah..okeylah..
Adam mintak dekat kak Nina.”
Pecah
jugak rahsia dia. Mintak dekat kak Nina ye.
“Kak
Nina?” aku tanya dia lagi.
Dia
angguk laju-laju.
“Awat
tak mintak dekat Zara sendiri?”
“Malu.”
Dia tersengih.
Eleh!
Boleh pulak malu, habis yang dia duk kacau aku tu tak tahu pulak
malu.
“Tapi
masa dekat kedai yong tau fu tak nampak Adam pun.” Aku ingat-ingat
balik memang aku tak nampak dia pun.
“Siapalah
kita nie kan.. dah la tak handsome, gemuk pulak tu. Memang tak ada
siapa la nak pandang. Tambah-tambah orang cantik macam dia.” Dia
buat ayat sedih.
Aku
ambik ranting kayu dan patahkan kecik-kecik kemudia aku baling dekat
dia.
“Gedik!”
aku cakap dekat dia.
Elok
saja kami sembang-sembang kak Wan suruh kami balik untuk lunch lepas
tu siap-siap untuk balik ke rumah.
******************************************************
Semasa
di sekolah Sungai Ara aku masih duk tunggu bus yang akan menghantar
kami ke Masjid Seberang Jaya.
“Zara.”
Aku
pusing masa abang Arm panggil.
“Bye.”
Ceh!
Yang itu aje dia nak cakap. Aku pun byelah balik dekat dia.
“Zara.”
Aku
pusing pulak dekat suara yang panggil. Oh Putra.!
“Ye
Putra ada apa?”
Walaupun
Putra lagi tua dari aku tapi dia tak nak aku panggil dia abang. Aku
pun tak paham kenapa.
“Nak
duduk sekali boleh?” dia dah menghampiri aku.
Aku
tengok sekeliling apa yang tak bolehnya? Duduk ajelah.
“Nak
mintak number telefon boleh?” dia pandang aku disebalik kacamata
yang dia pakai.
Aku
angguk dan kami pun bertukar-tukar number telefon. Nak mengeratkan
ukuwah tak salah rasanya.
Dari
jauh aku pandang Adam Fahrin dengan rakan-rakan dia. Seronok sangat
ke bersembang sampai gelak tak ingat dunia. Tiba-tiba aku rasa poket
aku bergegar. Ada sms masuk. Adam Fahrin.
Jangan
pandang lama-lama nanti jatuh cinta.
Aku
gigit bawah lidah. Halamak bila masa pulak dia perasan nie? Tak rock
langsunglah.
Aku
tak balas pun sms dia. Muka aku dah merah menyala nie.
Bye
dear. Balik dulu jaga diri.
Aku
nampak dia naik bus yang akan membawa penumpangnya ke Masjid Negeri
Pulau Pinang.
Dalam
diam aku terukir senyuman. Jangan pandang lama-lama nanti jatuh
cinta. Kalau dah memang aku jatuh cinta macam mana? What
should I do?
Oh! Pengsan.
p/s > zati ingat nak terbitkan sendiri KOMPILASI CERPEN ZATI MOHD.. maknanya zati sendiri cetak dan jual.. cerpen tu zati ada ambik yang dekat dalam blog dan jugak yang tak ada dekat dalam blog.. kalau berkesempatan In Sha Allah zati akan cetak dan war-warkan dekat blog ini.. amin.. semoga dipermudahkan..
kak zati , kenapa delete entry pinangan ke 20 / e novel tu bestt sgtt .. sya rndu nk baca pinangan ke 20 kakk ! akak tlong repost kan balik boleh tkk ?? please !! :'(
ReplyDeletesalam nadeem ayuna..
ReplyDeleteatas sebab - sebab tertentu akak terpaksa delete entry tu sebab pinangan ke 20 adalah hak milik production house yang mana pinangan ke 20 akan dijadikan telemovie.. jadi untuk tidak berlaku sebarang kekeliruan akak terpaksa delete entry tu..maaf ye dear :)
terima kasih sudi baca blog akak n citer2 akak.. akak hargai sangat2
Bestlh citer ni...
ReplyDelete