Kenali ku sebagai F, berusia 12
tahun.. warkah ini khas buat emak dan ayah.
Emak dan ayah..
sejak lahir F sangat gembira
kerana mempunyai keluarga bahagia.. disayangi dan di manjai.. namun
semuanya musnah ketika F berusia 2 tahun.. emak dan ayah berpisah..
masing-masing punya ego dan kedegilan.. sejak itu F tinggal bersama
emak. Emak berpindah ke rumah maktok dan tok abah yang juga dihuni
oleh makngah, makcik dan acu.
Sejak F berusia 2 tahun hilang
kasih sayang daripada emak dan ayah. Emak sibuk bekerja manakala ayah
pula lansung tiak mahu mengambil berat pasal F. sejak itu perihatian
diberikan oleh maktok dan tok abah sedikit sebanyak meredakan
keperitan hati F.
Sejak berusia 2 tahun hingga 12
tahun, F membesar sendiri. Tanpa belaian manja emak dan kasih seorang
ayah. F tabah. F cekal kerana dalam hati F berkata mereka bekerja
kerana aku, walhal mereka bergembira bersama teman istimewa hingga
lupa mereka punya anak lelaki.
Emak.
Bila namanya emak pasti akan
terbayang kasih sayang, belaian manja dan pelukan mesra tapi tidak
bagi F. sejak berpisah dengan ayah, emak kurang perhatian terhadap F.
ketika F sekolah rendah segala aktiviti sekolah satu pun emak tak
pernah hadir. Hingga F terasa seperti tidak punyai emak. Sedih emak!
Tapi F lelaki.. F tetap kuatkan semangat. Anak lelaki mana boleh
menangis. Kata F dalam hati.
Emak.
F teringat lagi mak asyik sibuk
dengan kerja, bila cuti mak keluar berjalan dengan kawan. Kesian F
emak tak dapat luangkan masa dengan mak. Alasan mak sibuk tapi dengan
kawan kenapa tiada alasan sibuk? F teringat lagi emak.. waktu itu F
sengaja mahu bermanja dengan mak.. mengusik mak yang tengah membaca
novel dengan harapan mak akan datang dan belai rambut F tapi harapan
tinggal harapan.. mak marah F hingga keluar ayat ini “nasib baik
aku sabaq kalau tak mati dah hang” terus mak masuk bilik dan
membaling kipas meja sampai pecah.. apa salah F mak? F hanya mahu
mengusik emak yang sedang membaca tapi ini yang emak balas dekat F?
Sampai hati emak. F ingat lagi emak.. F sengaja menangis manja dengan
harapan mak akan peluk F dan pujuk F namun ini tindakan mak “jangan
nangis” sambil bersilang kaki dan ketip kuku. Sedih sungguh F mak.
Emak.
Kini F berusia 12 tahun dan mak
telah berkahwin dengan lelaki pilihan mak yang rasanya mak baru kenal
sebulan.. sejak kenal lelaki itu mak terus tak pedulikan F, pagi
petang siang malam mak terbuai cinta bersama lelaki terbabit.. F
disebelah mak lupakan kenapa? Bencikan mak terhadap F? Sejak bernikah
mak langsung tak pedulikan F.. sakit demam.. kejayaan kekalahan F
dalam bola langsung mak tak peduli.. bila maktok mintak duit sekolah
baru mak bagi.. alasan mak duit tak ada.. mana duit gaji mak? F faham
mak memang tak ada rasa sayang buat F lagi. Mengapa mak layan F
begini? Sebab F anak kepada suami pertama mak? Kenapa mak lebihkan
anak tiri mak berbanding anak kandug mak? Kerana mak sayangkan suami
baru mak? Jadi F nie siapa dalam hidup mak?
Emak..
sejak kahwin nie mak hanya
melawat F sebulan sekali selama 2 jam.. tiada pelukan.. tiada ciuman.
Hanya ada.. “Nie duit sekolah. Mak nak balik dah.” bencikah emak
kepada F? Hingga 2 jam sahaja mak datang melawat..mengajak duduk
dengan mak pun tidak.. ingat lagi sebelum mak kahwin.. bila mak gaji
saja mak akan bawa F pergi makan char keaw teaw kegemaran F.. namun
sejak kahwin sekali pun mak tak bawak.. F tak mengarap pun.. F faham
mak dah kahwin perlu jaga hati suami.. tapi hati F? Kepada maktoklah
tempat F mengadu.. tapi maktok tetap maktok bukan emak yag kandungkan
F selama 9 bulan.. atau mungkin mak lupa mak punyai anak namun mana
mungkin mak lupa sakit mengandung 9 bulan bukan? Tak mengapalah F
faham mak punyai suami.. F sebagai anak kandung tidak peduli pun
tidak apa..setiap kali mak cuti tidak pernah mak bawak F bersiar-siar
hidup mak penuh dengan keluarga suami baru mak.. kesana kesini mak
bawak mereka.. tak mengapalah F cuma anak kandung mak
saja..kadang-kadang F buka FB mak tiap-tiap minggu mak berjalan tapi
F duduk dirumah tunggu mak kunjung tiba.. hingga lagu oh ibu menjadi
titipan di bibir setiap hati.. menanti emak yang dirindui.. lupakah
emak mempunyai seorang anak kandung?
Ayah..
ayah pula sejak emak kahwin
hingga tanpa berita.. matikah hidupkah F pun tidak tahu.. bila
telefon tak berjawab.. langsung tidak menjenguk.. ayah pun bencikan F
kerana F anak bekas isteri ayah ke?
Emak dan ayah..
bila F kesekolah setiap pagi ibu
dan bapa kawan-kawan F akan menghantar mereka kesekolah. Bersalam,
berpelukan dan berciuman.. tapi F? Hanya melambai kepada pakcik van..
kadang-kadang seronok tengok kawan-kawan F bersama ibu bapa mereka..
berpelukan.. berkasih sayang.. tapi F disekolah seorang diri.. tak
mengapalah F anak lelaki iulah penguat hidup F..
F takut andai suatu hari nanti
maktok dan tok abah mati. Siapa mahu bela F? Sekolahkan F? Tuisyen
kan F? Makngah? Makngah sudah punyai anak dan suami.. makcik? Suatu
hari nanti makcik akan berkahwin.. acu? Acu sibuk dengan kerjanya.. F
sendirian mak.. F kesepian ayah..
kadang-kadang F berdoa pada tahun
pendekkan umur F sebelum maktok dan tok abah pergi jumpa tuhan
mereka. F mahu jumpa tuhan F.mengadu padanya.. berkasih sayang
dengannya.. F sangat berharap agar F pergi dahulu.. ketika itu mak
dan ayah pasti gembira kerana tiada tanggungjawab untuk digalas..
emak boleh gembira bersama suami baru dan anak tirinya. Ayah pula
boleh seonok dengan dunianya..
Raya kian hampir..tahun nie sunyi
raya F.. mak pasti kehulur kehilir bersama suami baru.. ayah pulak
pasti bersama keluarganya di kampung. F? F sendirian..tak mengapalah
F anak lelaki..
emak dan ayah.. andai F pergi
dahulu F redha kerana itu yang terbaik., kembali kepada tuhanku
adalah satu kebahagian buat diriku.. namun jika umurku panjang aku
memohon maaf kerana.. aku takut andai aku sudah dewasa aku takut
menjadi anak derhaka kerana tidak dapat kasih sayang dari emak dan
ayah.. aku takut bila aku berjaya dan menjadi orang yang terhebat
disitu baru emak dan ayah mahu datang mengaku aku anakmu dan ketika
itu aku paling takut kalau menjadi anak derhaka atas perbuatan kamu
berdua..
emak dan ayah..
andai warkah ini dapat mengubah
kamu untuk menyanyangiku kembali seperti dulu aku sangat bahagia.
Jika warkah ini hanya dipandang sepi oleh mu.. jika aku tiada di
dunia ini kembalilah membaca warkah ini kerana.. isinya adalah aku
sayang pada kalian biarpun aku dianaktirikan oleh ibu dan ayah
kandungku..
Sedih. Terharu. Sebak. Bersabarlah wahai anak. Ingatlah, kita masih beruntung walaupun dlm kekurangan kasih sayang.
ReplyDelete