Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 3


Aku berjalan duduk dekat taman.. aku suka taman rumah tengku nie..sebab ada gazebo yang ala-ala rumah tradisional pastu dekat bawah gazebo tu ada kolam ikan..best betul taman rumah Tengku nie rumah aku pun tak macam nie..
            “Hai sorang je?” ada satu suara dekat tepi aku yang tegur aku. Macam pernah aku dengar.. haaa.. aku tau siapa..
            “Tak la.. tak nampak nie penuh orang..” aku tengok Tengku Yuzril dah kerut kening.         “Apsal?” aku tanya macam nak marah.. lepas tu aku nampak yang Tengku Yuzril senyum.
            “Pandai erh buat lawak” terus Tengku Yuzril duduk tepi aku. Handsome jugak aku tengok Tengku Yuzril pagi-pagi nie..
            “Tengku nak pergi mana pagi-pagi nie.. handsome semacam aje..nak dating erh..
Aku nampak tengku tersipu malu.. macam gegirl dah aku tengok.
            “Tak payah la bertengktu-tengku panggil saja abang Yuzril.. handsome ke? Biasa je la.. mana ada nak pergi dating akak Airin tak sihat”
            Eleh nak berselindung disebalik tabir pulak..” aku nampak abang Yuzril ketawa.
            “Risya tak ikut kami ke pergi jemput Ash dekat airport..” abang Yuzril dah bangun sambil ambil makanan ikan lepas itu balik dekat kolam..
            “Ash tu sape?” aku tanya.. “Ashwarya Rai ke?” Abang Yuzril dah hentam gelak kuat-kuat.
            “Adik Abang la.. Abang Yusra.. Tengku Yusri Ashraf”..
Cis! Aku ingat Ashwarya Rai tadi baru ingat nak melaram pakai sari.. bole churiya.. tak boleh tengok naa..eceh!! nyanyi pulak..
            “Akak.. ibu suruh siap..” Yusra menjerit dari balkoni atas bilik dia.
            “Pergi la siap..” slow je suara abang Yuzril.. romantik betul.  Aku terus masuk bilik.. capai jeans guess lepas itu aku terus pakai t-shirt lengan panjang dengan cardigan  lepas tu aku terus sarung tudung Syria.. aku pakai eyeliner dengan lip gloss..
Dah cukup tak payah cantik sangat kau tu orang gaji saja.. kena la buat cara orang gaji.. ok?? Let’s go bebeh
***********************************************************************
            Masa dekat KLIA ramai giler orang.. harap-harap tak ada orang kenal aku.. al-maklum la aku kan blogger femes..haha.. Siapa tak kenal dengan Hanis Arisya.. secantik orang secantik nama.. cewah..perasan sendiri..hai lambat lagi ke nak tunggu mamat nie.. cakap flight sampai pukul 9 pagi.. dah la hari sabtu.. ramai orang tu.. nasib Yusra bawak camera Sony Ericson Cybershot pink kesayangannya boleh la aku tumpang-tumpang ambik gambar masuk dalam blog aku. Yeah!! Boleh update blog..
“lambat lagi ke?” Aku berbisik dekat telinga Yusra..
“Tak tahu la akak kenapa?” aku terus geleng kepala.. ada juga la yang tertengok-tengok macam nak tegur tapi tak berani..
“Abang Ash..” aku dengar Yusra jerit sambil melambai-lambai tangan dekat seseorang yang berjalan keluar dari balai ketibaan. Budak nie la kalau dapat jerit pecah telinga aku.. Yusra terus berlari kemudian peluk orang yang dia panggil abang Ash..
“Rindu dekat abang..” Yusra peluk kuat abang dia macam tak jumpa sepuluh tahun.. yang aku tahu abang dia tu baru pergi seminggu manja betul budak nie. Tiba-tiba ada sepasang mata dok usha aku dari atas sampai bawah. Macam tak puas hati pun ada..
“Nie sapa ibu?” Tanya mamat tu dekat Puan Sri Faridah.
Our new maid.. ganti mak jah..” Tan Sri berkata sambil tersenyum. Tan Sri memang murah dengan senyuman nak tengok dia marah pun susah.
“Ooo.ok.. So could you please take my bag.. but make sure tak rosak and tak kotor.. dah angkat..” ooi! Sesedap rasa kau je nak arah-arah orang nie..nasib aku ni orang gaji yang baik hati..Tapi belum sempat aku nak angkat luggage yang berat nak mampus tu abang Yuzril dengan Tan Sri dah halang.. tengok.. betapa sayangnya mereka ni dekat aku. Aku pun jalan la dekat belakang sekali dengan budak yang ntah hapa-hapa tu.
 “Kau dah lama kerja?” dia tanya aku.
“Baru dua minggu” aku jawab je la..
“Nama apa?” Dia tanya aku lagi..
“Anis..”
“Aku Tengku Yusri Ashraf bin Tan Sri Tengku Radzman bin Dato Halim” panjang lebar dia terang dekat aku..macam aku tak tahu.
“Ye..” eee malas aku nak layan mamat nie..
“Aku dah bertunang dan lagi sebulan dah nak berkahwin dengan tunang aku..” dia tersenyum bangga.. ala macam aku tak tahu.. awek kau tu kan model…
“So?” aku pandang dia dengan muka pelik..
“Jangan cuba-cuba nak tackle aku paham.” Uwekkk.. nak muntah aku dengar.. memang la handsome tapi aduh kalau perangai macam nie.. aku pun tak mau.
“Tak hingin” aku berkata perlahan.. harap-harap la tak dengar tapi kalau dengar lagi bagus apa..
“Apa kau cakap?” dia dah buka ray ban dari mata dia.. konon macho..
“Tak ada-apa..”
Ingat bagus ke? Hish.. menyampah aku..
**************************************************************************

“Home sweet home” Ash menjerit kuat macam tak pernah balik rumah je.. muncul kak Airin dengan penuh senyuman sambil mengusap perut. Aku tengok comel je kak Airin nie.. rambut yang terlepas panjang diikat ekor kuda.
“Welcome home..” kak Airin tesenyum sambil menyuakan tangan. Ash menyambut huluran tangan kak Airin. “Seronok pergi Mnachester?”
“Boleh la.. setakat nak tengok bola aje.. dah la tak sempat nak jalan-jalan..”
Pergh! Mamat nie semata-mata nak tengok bola pergi sampai Manchester? Buang duit betul.
“Tak apa nanti nak bawak Amanda pergi honeymoon sana.” Kak Airin terus naik tangga untuk ke bilik diikuti dengan abang Yuzril.. Abang Yuzril paut pinggang kak Airin supaya kak Airin tak jatuh. Romantinya diaorang nie..
“Hey budak kau tengok apa?” Ash panggil aku sambil mata dia dekat tv LCD yang besar giler tu.
“Tengok la apa yang patut kenapa?” aku soal dia balik.. garang tak aku?
“Amboi garang betul.. aku nak fresh oren kurang fresh..” aku tengok dia blur.. dan dia pun tengok aku balik.. nak fresh oren kurang fresh.. macam mana nak buat.. minta benda pelik-pelik.. “paham ke tak?” dia soal aku lagi…
“Tak” aku geleng laju-laju.
“Adoi! Yang tu maknanya.. oren yang sedia ada la.. bukannya fresh dah pun..” dia geleng kepala.. ala mana la orang nak tau nak marah pulak.
“Hey budak nanti…”
“Ye abang Ash..”
Bila aku panggil dia macam tu..mai ai.. membutang mata dia.
“Bila masa pulak mak aku kahwin dengan bapak kau”
“Ye Tengku” aku tukar panggilan lagi.
“Tak payah bertengku-tengku ingat aku anak raja?”  masalah betul.
“Ye Encik” aku dah malas nak layan.
“Aku bukan majikan kau.”
“Itu tak boleh..ini tak boleh dah tu nak panggil apa tok wan?” Aku mula la nak marah nie..
“La cool la sayang..” wei dia panggil aku sayang? Eee..geli .. “Yang buat muka geli tu kenapa?” dia sound aku.
“Cepat la tok wan oi.. nak apa?” Aku dah malas nak berdiri.. dia buat lambat-lambat pula..
“Nak fresh oren yang fresh punya.” Dia masih menatap tv..suka ke aku panggil tok wan..macam tak ada respon je..
“Mana ada buah oren kan dah habis..” aku garu kepala yang tak gatal.
“Beli la” Suara dia mendatar.
“Nak pergi naik apa?” aku soal dia balik..
“Kereta la..” dia dah bangun sambil berjalan ke kotak yang tergantung penuh dengan kunci tu. Lepas tu dia terus berhenti. Tengok aku macam dok pikir something.
“Pergi tukar baju pakai lawa-lawa.. jangan nak pakai macam tadi.. hodoh sangat aku tengok.” Dia terus berlalu pergi mana entah la.. ada ke tadi cakap hodoh.. mulut budak ni la.. sabar saja la..
“Abang nak pergi mana? Yusra nak ikut..” aku toleh dekat Yusra yang baru turun dari tingkat atas.. tingkat mana pun aku tak tahu sebab rumah nie sampai tiga tingkat.. bilik banyak tapi orang sikit..
“Ok..pergi siap..”
“Ye..ye..” aku dengar Yusra jerit-jerit keriangan macam kanak-kanak ribena.
**************************************************************************
Aku tak tahu apa tujuan dia ajak aku keluar.. lepas beli tiket wayang tadi.. kami pun jalan-jalan dekat dalam KLCC tu..  sementara nak menanti cerita tu start ada la dalam pukul 6 petang kami pun berjalan-jalan..
“Hanis Arissya ke?” tiba-tiba ada orang tegur aku
“Aha..” aku pun angguk jew.. Yusra dah tengok aku. Yang Ash tu berjalan pergi kedai mana entah.
“Saya suka sangat baca blog akak.. tak sangka jumpa akak dekat sini.. nie Yusra kew?” gadis yang comel tu hulurkan tangan untuk bersalam dengan kami.
“Tak sangka akak ada orang kenal..” Aku rasa rendah diri la pulak. Hehe.
“Saya Ika..selalu juga comment dekat blog akak”
“Terima kasih banyak-banyak”. Lepas tangkap gambar, sembang-sembang sikit Ika dengan kawan dia pun berjalan ke arah lain.
“Haaa..betul la..” Yusra tiba-tiba bersuara macam seronok sangat-sangat.
“Apa yang betul?” aku tanya dia balik.
“Akak la blogger tu.. Hanis Arissya.. kenapa la Yusra boleh tak perasaan erh.. adoi..” Yusra menepuk dahinya.
“Dah la nanti balik rumah kita sambung.. mana abang Ash nie..kan dah hilang..” mata aku meliar mencari sekeliling. Mana la budak nie..
Rupanya dekat kedai Tiffany & Co.. aik dah nak kahwin tak beli cincin lagi??
Fulamak.. memang cantik-cantik.. harga pun cantik.. fuh best kahwin dengan mamat nie.. dah la kaya.. nak apa semua dapat.. kalau aku, aku culik dah lepas itu aku minta duit tebusan. Haha..
“Hey budak meh sini” Ash panggil aku.
“Abang cuba cakap elok-elok sikit” Yusra tegur Ash perlahan.
“Ala dia tak kisah la..” Wei aku kisah la. Pandai-pandai cakap aku tak kisah.
Aku berjalan malas ke arah Ash.. bila aku duduk je terus dia tarik jari aku.. apa kena mamat ni main pegang-pegang pulak.
Terus dia sarungkan cincin dekat jari aku..
“Ok tak?” dengan mata yang redup dan suara yang romantic.. terbuai la kejap aku.. ohh!! Stop!!
“Ok la tak ketat sangat..” Aku tak pandang muka dia pun..
Miss..you have any new arrivel?”
“Yes sure..can you wait for a while sir” Amoi cina tadi berlalu pergi ke bahagian belakang.
Tak lama lepas tu amoi tadi datang dan bawak tiga kotak barang kemas semua tu satu set beb.. ada rantai,cincin, subang, gelang..memang best la..
“Pilih nak mana” Betul apa aku dengar nie..
“Haa..tapi Tengku Ash saya nie bukan siapa-siapa pun.. buat apa nak beli benda mahal-mahal macam ini..”
Tiba-tiba dia datang dekat telinga aku “Pilihkan dekat Aimie bukan dekat awak.. lagi satu pilih yang murah sikit..” ooo.. ni la motif dia ye.. setelah aku tenung, belek, banding semuayang ada depan aku, aku pilih yang warna silver..
“Nak yang nie..”Aku ambil bekas tadi dan tunjuk dekat Tengku Ashraf
Membutang mata dia.. Rm 500000.. haha.. well.. kata anak orang kaya.. jangan nak kedekut sangat..
“Tukar la..”
“Nak yang ni jugak!”


4 comments: