Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 12


Bab 12..

Aku kini di rumah baru milik  ‘kami’. Rumah banglo dua tingkat ni ada dua bilik di bahagian bawah dan lima bilik di bahagian atas. Aku meninjau sekeliling.. cantik sangat ,semuanya dah ada..

“Cantik tak rumah ni?” Ash berdiri di belakang aku.

“Cantik sangat Tengku..” aku masih terpukau.

“Jom pergi bilik kita..” Tangan aku di tarik oleh Ash.. bilik kita? Err..Sesampai aku dibilik ‘kami’ mata aku terpaku.. cantiknya..  siap ada gambar kami kahwin lagi..

“Tapi Tengku..saya sebenarnya..” Aku jadi gugup.. kalau cakap nanti takut terasa pula.

“Tapi apa sayang? Cakap saja la..” matanya masih terpaku ke arah aku..

“Saya tak nak dikira derhaka.. tapi kalau saya tak sedia lagi Tengku tak boleh sentuh saya kan?” sengaja aku tekan perkataan sentuh. Moga-moga si Ash ni faham.

“Maksud Risya?” matanya masih pada aku..

“Saya tak nak tidur dengan Tengku..” perlahan saja tutur kata aku sambil buat-buat muka comel.. konon nak cakap comel..

Kekecewaan terpancar jelas di mata Ash.. tapi dalam kekecewaan dia akur.. sebab perkahwinan ni terjadi begitu cepat.. buka atas kehendak Risya tapi atas paksaan Ash sendiri..

“Okey boleh..lagipun takkan abang nak paksa Risya serah diri dekat abang kut.. Risya pilih la bilik mana Risya nak..” Ash nampak tenang. Syukur..nasib baik Tengku ni faham..kalau tak mati aku..

 “Lagi satu perkara nak cakap ni.. sebenarnya saya nak minta izin Tengku.. saya nak kerja.. boleh tak?”

“Kerja dengan abang nak?” laju saja ayat yang dikeluarkan Ash..

Pantas sekali kepala aku gelengkan.. “Risya nak kerja tempat lain.. apa guna ijazah yang saya ada kalau tak pakai.. kalau kerja dengan Tengku nanti orang cakap ambik kesempatan pulak.. nak kerja tempat lain la..”

“Dah dapat ke kerjanya?” Ash membuka sliding door biliknya.. angin dari luar masuk menyapa aku lembut..

“Dah.. jawatan yang Risya minta tu tak ada kosong lagi jadi Risya dapat assistant accountant saja.. gaji dia okey la.. “  aku berjalan ke balkoni..

“Aik tak pergi interview pun terus dapat kerja ke?”

“Ala diorang kata urgent nak pakai orang.. boleh la Tengku..please

“Pergi la..jaga diri baik-baik..” Ash tersenyum..

“Yeay!” aku yang seronok terlampau  ni menjerit sambil melompat-lompat macam budak  yang dapat aiskrim.

Kepala Ash digeleng perlahan sambil tersenyum-senyum.  “Bila start?”

“Esok..nak tumpang Tengku boleh? Sebab tak jauh pun tempat yang Risya kerja tu dengan office Tengku.. Risya kerja dekat menara Golden Global  aku rasa dah cakap dengan kawan dah ni..

“Boleh no hal la.. malam ni makan luar erh? kita pergi Tesco sekali beli barang dapur..”

Kepala aku dianggukkan perlahan.. “Saya nak pergi rehat-rehat dulu ni.. nanti lepas magrib kita pergi erh Tengku..” Ash tersenyum. Aku melangkah keluar dengan hati yang berbunga-bunga sebab dapat izin untuk kerja..

*******************************************************************************
Kunci kereta Audi merah satu pintu bertukar tangan. Aku genggam dengan perasaan yang takut. Bukan sebarangan kereta ni beb! Audi ni..merasa la aku bawak audi.. patut tak aku ambik gambar sebab nanti boleh post dalam blog.

Aku mengambil tempat sebagai pemandu dan Ash mengambil tempat di sebelah pemandu.

“Auto ke Tengku?” aku baru perasan bila aku mula pegang gear..

“Ye la.. kenapa? Tak tahu bawak ke?” Ash yang berada di sebelah memandang aku.

“Saya terror la Tengku.. setakat bawak auto ni alahai pejam mata je Tengku..” Aku mula menukar gear P kepada R..

“Kalau pejam mata siapa nak bawak tengok jalan nanti?” selamber je Ash ni mengusik aku..

Tangan aku menukar pula ke D.. aku mula bergerak perlahan.. tak sampai seminit tangan aku sudah berada di atas gear manakala kaki aku meraba-raba pula mencari class..mana ni..

“Kenapa slow pula ni Risya? Pedal Minyak tak boleh tekan ke?” Ash kelihatan sedikit gelabah..

“Tengku saya cari class ni tak jumpa macam mana nak tukar gear dua..”

Aku dengar hilai tawa dari arah Ash. Apa hal nak gelak pula ni? Bukan nak tolong ke apa ke.. aku jeling Ash sekilas..

“Tengku ni pun tolong la..” aku dah naik gelabah..

“Cik kak sayang.. ni auto la bukan manual.. lain kali pejam la lagi mata tu..” nah! Hambik dekat aku.. berlagak sangat tadi.. tak pasal-pasal dapat perli free tanpa perlu apa-apa bayaran..

“Ala saya saja nak test Tengku tadi..” aku cuba sembunyi malu..

“Eleh nak test konon.. tengok muka tu dah merah dah..”

“Tengku ni saya berhenti kereta ni nanti Tengku pula bawak nak?” aku dah mula nak mengugut Ash..

“Okey..okey.. garang betul la.. tangan tu tak payah pegang gear dah..”

Dengan spontan aku terus angkat tangan dan letak di stereng kereta , tak sampai seminit tangan aku diletakkan balik di atas gear..

“Ni auto la sayang..” Ash terus ambik tangan aku dan digenggam erat.. aku cuba untuk tarik balik tangan aku tapi gagal.. “Bawak je kereta tu..nak tanya boleh?”

Aku angguk kepala.

“Kenapa masa kerja jadi maid dulu Risya tak pakai macam sekarang ni?”

Aku tersenyum.. “kalau pakai macam sekarang ni nanti tak nampak macam maid tapi nampak macam nak melawa.”

“Tapi masa ambik abang dekat airport dulu nape selekeh sangat?”

Woi! Selekeh dia kata aku.. sedihnya hati.. benci Tengku!

“Saja je..”

“Risya ni blogger erh?”

Hampir saja aku tekan pedal break tadi.. mesti dia dah tengok gambar-gambar yang aku cilok dari facebook dia “mana Tengku tahu?”

“Haha..” Ash gelak satu-satu..  “Sepupu yang bagitahu..”

“Ye.. ala Tengku segan la kalau maid nak pakai lawa-lawa.. orang kata buang tebiat la Tengku..”

Kami sampai di perkarang Tesco.. lepas aku parkir kan kereta aku memberi kepada Tengku pula supaya harap dia faham yang nanti balik aku tak nak drive.. kami beriringan berjalan masuk ke Tesco..

“Risya tak tahu bawak auto erh?”

“Aha..sebab dah biasa bawak manual.” Sesekali tangan aku membetulkan pashmina.

“Kalau tak tahu tadi cakap je la tak tahu abang boleh drive tadi.. tak payah susah-susah nak bawa kereta tadi.”

Aku tersenyum memandang Ash.. ala mana nak tahu yang kereta tu auto kalau tahu takde nya nak bawak aih. Selepas mengambil trolly kami berjalan beriringan. Beli barang apa yang patut.

******************************************************************************
Pagi tu aku mengenakan baju kurung moden biru, tudung bawal dan secalit lipstick kalau pakai makeup nanti susah pula nak sembahyang. Aku terus turun ke dapur sediakan makan. Pagi tu terasa nak buat mee goreng hailam.

Lepas saja sediakan bahan-bahan aku pun mulakan acara masak-memasak ni sebelum tu aku jerang air dulu. Aku tengok jam di dinding pukul tujuh tiga puluh minit pagi la.. Tengku ni dah bangun ke belum? Kalau tak kejut nanti lambat pula.

Aku berjalan naik ke tingkat atas. Cuba mengetuk pintu bilik tapi tak tak ada respon.

“Tengku..” aku mengetuk lagi.. aku pulas tombol pintu pula..

Aku mula berjalan masuk.. katil kemas saja.. pintu balkoni terbuka.. dia ada dekat situ kut.. aku berjalan ke balkoni.. tak ada pun..

“Risya..” aku dengar suara Ash dekat belakang aku..

Aku pusing dan aku pandang Ash yang hanya bertuala sahaja. Badannya masih basah..”Arghhhh!” aku berlari keluar  dan terus menutup pintu.

Aku beristifar di dalam hati..  Subhanallah! Tengku boleh pula pakai macam tu, buat tebiat apa kut ya pun pakai la baju tu elok sikit. Ni tak boleh pakai towel je keluar dari bilik air.. tapi salah aku juga main masuk terus saja..

“Nape tak bagitahu nak mandi dengan abang?” Ash muncul di ruang dapur, aku yang baru lepas bancuh air milo terkejut.

“Err.. “ lidah aku kelu. Malu wei! Korang tak rasa..

“Masak apa sayang?” Ash cepat-cepat tukar topik bila muka isterinya bertukar warna.

“Mee goreng hailam” aku hidupkan api dan dah mula nak masak.. Ash dah bawak teko air milo ke depan, kemudian dia mula susun pinggan dan cawan dia atas meja.

Tak sampai setengah jam semuanya sudah tersedia di atas meja. Aku mencedokkan makanan untuk Ash, kemudian aku cedookkan makanan untuk aku. Aku suapkan mee di dalam mulut. Masing-masing senyap. Aku senyap sebab malu. Dia senyap sebab tengah makan.

“Kenapa diam?” Dia meneguk air milo.

“Haaa..err.. tak.. tak ada apa-apa” aku kembali tertunduk.

Selesai makan aku bawa pinggan dan cawan dekat singki sekali dengan Ash punya tapi dia wal-awal lagi dah halang aku basuh pinggan katanya hari ni hari pertama kerja nanti takut baju aku basah masa basuh pinggan so Ash la yang basuhkan pinggan.,. sweetkan..

*******************************************************************************
“Cik Hanis Arisya..” nama aku di panggil oleh penyambut tetamu tersebut. Gadis yang ayu berambut perang itu tersenyum..

“Saya Zulaikha panggil Zu saja.. Cik ni?” Zu menyakan tangannya untuk bersalaman.

“Risya..panggil Risya sudah..” aku menyambut huluran tangannya kemudian tersenyum.

“Bos tak masuk lagi.. selalunya masuk dah tapi hari ni lambat sikit.. Risya duduk dulu okey?” Mula-mula datang tadi ingatkan Zu ni sombong tapi dia peramah rupanya.

“Okey.. Staff dekat sini tak ramai ke?” aku tanya Zu.

“Tak juga sebab banyak bahagian admin saja duduk sini.. yang lain semua dekat kilang dekat penang dan Shah Alam.. Risya tak kenal kan bos lagi?”

“Tak.. “

Tiba-tiba ada suara yang intercom aku suruh masuk bilik bos dari meja Zu..

“Risya masuk bilik bos dulu sebelum tu kena jumpa kak Yana dia tu secretary bos..”

Lepas ucapkan terima kasih dekat Zu aku berjalan menuju ke meja kak Yana, semasa melintasi beberapa meja staff yang lain sempat aku berikan senyuman ikhlas.

Aku tersenyum memandang kak Yana.

“Meh masuk dulu. Tunggu dalam ni ye” bilik bilik bos dibuka kak Yana. Aku memandang sekeliling cantuknya. Macam bilik perempuan mesti bos ni perempuan ni.. kena panggil puan la nanti.

“Assalamulaikum” aku menoleh ke arah suara tersebut.

“Waalaikumsalam..” aku terpaku, aku tengok lelaki tu dari atas sampai bawah..

“Nampaknya kita berjodoh..” Wafiy tersenyum. sambil tangannya menyuruh aku duduk.

Aku terseyum. “Jodoh sebagai pekerja dan majikan..”

“Mungkin.. awak boleh start kerja hari ni tapi hari ni tak payah buat kerja lagi la sebab akauntan kita cuti lagi.. saya nak suruh awak buat kerja pun saya tak tahu, sebab semua dokumen dekat dia..dah breakfast?

Kepala aku angguk perlahan.

“Bagus kalau macam tu boleh teman saya makan.. jom..” Pintu bilik di buka. Satu tangan memegang tombol satu lagi tangan di masukkan ke dalam kocek.

“Wajib ke?” aku tanya lagi..

“Wajib sebab saya belum kenal staf saya dan wajib sebab hari ni firstday  awak sebagai pekerja saya.. shall we?”

Aku bangun berjalan. Sepanjang aku keluar melintasi meja-meja staf lain, banyak mata memandang masing-masing ada isi tersirat. aku hanya tersenyum tanpa apa-apa makna. Biar masing-masing membuat andaian sendiri.

No comments:

Post a Comment