Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 17


Risya hanya mendiamkan diri bila berada di dalam kereta Wafiy. Wafiy menoleh seketika ke arah Risya. Wafiy tersenyum. Macam mana la dia boleh terkahwin dengan Ash. Tak padan langsung. Dengan aku padan la. Wafiy berkata di dalam hati.

Wafiy membelokkan kereta masuk ke dalam petak parkir. Kini mereka betul-betul di hadapan Restoran Salju Impian. Aku tercengang. Nak buat apa dekat sini? Tadi kata nak pergi kilang. Tapi kenapa berhenti sini pulak.

“Nak buat apa dekat sini?” aku tanya Wafiy.

“Makan la.” dia menjawab.

“La.. awak tak makan lagi ke?”

“Belum.. awak pun tak makan lagi kan?” dia pula tanya aku.

“Makan dah la.” aku menjawab.

“Eleh! Kalau dah makan tak adanya awak menjerit minta biskut, sampai dengar dalam bilik saya tahu tak.” Dia tersengih.

Aku menekup mulut, kemudian tersengih. Kuat sangat ke suara aku? Mesti dia kata aku ni tak sopan. Nak mintak biskut pun sampai jerit-jerit segala. Malunya.

Kami melangkah masuk ke dalam restoren tersebut. Wafiy yang memesan makanan. Aku ikut saja.

“Macam mana kenal suami awak?” dia bertanya.

“Macam tu la.” aku tersenyum. Gila nak bagitahu. Malu la aku mesti dia cakap aku kahwin sebab terdesak. Tak nak aku cakap.

“Saya dah baca blog awak.” Pelayan menghantar minuman ke meja kami.

Aku tercengang. Kalau dah baca maknanya dia tahu la aku kerja mana sebelum ni. mesti dia tahu juga aku kahwin secara tiba-tiba.

“Pandai awak ajar orang belit-belit tudung erh.” Dia tersengih.

Mesti dia dah tengok video aku ni. ala segannya.

“Ala malunya.” Aku tersenyum. Muka aku dah naik malu dah ni.

“Nak malu apanya, bagus la tu awak ni confident.”

“Tapi tak sangka la awak pun baca blog juga.” Serius aku tak percaya. Mesti ada orang bagitahu aku ni blogger ni.

“Biasa la, zaman IT. Tak sangka follower awak hampir sepuluh ribu.” seketika pesanan hidangan kami pun tiba.

Sambal tumis udang dengan petai, ikan masak masam manis, ulam dan sambal belacan, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Tiba-tiba aku rasa berselera. Dah lama tak makan macam ni.

“Biasa-biasa saja. cuba tengok belog Hanis Zalikha.. lagi banyak followers dari saya.” Wafiy mencedukkan sambal tumis udang ke dalam pinggan aku. Aku mengucapkan terima kasih padanya. Masing-masing senyap bila makan.

Aku ingatkan lelaki metroseksual macam Wafiy tak makan petai, ulam rupanya makan juga. Sesetangah lelaki nak jaga market konon tak nampak macam budak bandar bila makan sayur-sayur macam ni. berlagak saja lebih.

****************************************************************************
Aimie duduk berteluku di balkoni apartmentnya. Pertemuan Ash dan Risya tadi sedikit sebanyak, menyakitkan hatinya. Dia sudah buntu, tidak tahu hendak buat apa. Takkan dia hendak bunuh saja Risya untuk mendapatkan Ash. Malaysia ni ada undang-undang silap hari bulan apa pun dia tak dapat.

Pintu rumah terbuka. Aimie menoleh. Dilla rupanya dengan seorang lelaki, Jason namanya. Mungkin teman lelaki baru Dilla kut. Aimie tersenyum.

“Aku nak jumpa Wafiy la.” Aimie dduduk di sofa bersama Dilla. Jason hanya memerhati.

“Nak buat apa?” dia mengerut dahi.

“Nak rancang sesuatu.” Aimie tersenyum. Kakinya disilangkan menampakkan pahanya yang putih melepak itu. Mata Jason terbeliak.

“Kau nak rancang apa?” Dilla memegang bahu aku dengan sebelah tangannya.

“Aku nak suruh Wafiy tu goda Risya, then aku boleh pikat Ash balik. Kalau dia tahu yang Risya tu curang mesti dia tak percayakan Risya sampai bila-bila. Aku kenal Ash tu macam mana.”

“Habis aku?” Dilla tak senang duduk. Kalau disuruhnya Wafiy goda Risya, habis tu aku macam mana? Gila la perempuan ni.

“Kau kan pandai bab goda menggoda ni.. pandai-pandai la kau tackle Wafiy balik. Takkan tu pun aku nak kena ajar kut?” Aimie mengeluh. Dasar perempuan lembab. Tu pun nak kena ajar ke?

Jason yang dari tadi mendengar dan memerhati hanya mematikan diri. Kalau dicampur dikatanya sibuk pulak halo rang. Jadi jalan terbaik adalah diam dan hanya memerhati susuk tubuh seksi milik Aimie.

“Kalau dia tak nak aku balik?”

“Sengal la kau ni! pandai-pandai la fikir.. takkan satu persatu aku nak ajar kut.”

Aimie terus bangun meniggalkan Dilla dan Josan berdua. Bosan melayan Dilla. Bengap sangat. makin di layan nanti makin sakit hati pula rasanya. Dilla yang melihat Aimie bangun terus mencebik tanda menyampah. Berlagak betul, nanti aku juga la yang nak tolong dia.

Jason yang memerhati tanda menjungkit bahu. Malas untuk dia mengambil tahu. Mahu saja dia ketawa depan Dilla tadi bila Aimie memanggil Dilla sengal. Kalau Jason pun di tempat Aimie bukan setakat sengal bahkan ada saja benda lain yang diucapnya.

*****************************************************************************
Aku mengeluh sendirian bila melihat jam di tangan. Dah nak dekat pukul enam ni telefon pun tak. Nak hantar meseg lagi la. muka aku kerutkan tanda tak puas hati. Bukan nak tanya, aku nak balik naik apa ke. Kut-kut la terniat nak suruh siapa-siapa hantar aku balik ke. Ni tak bayang pun tak nampak. Dekat facebook pun tak online. Leceh betul la.

“Tak balik lagi?” Zu tanya aku.

Aku menoleh ke arah Zu yang tengah kemas-kemas meja. Seraya kepala aku gelengkan.

“Tunggu Encik Wafiy ke?” Dia tanya lagi sambil mengunci laci meja.

“Tak la.. banyak sangat kerja ni, tu malas nak balik lagi.” Aku berdalih tapi hakikatnya aku memang tunggu seseorang tapi bukan Wafiy.

Tanpa berlengah aku terus buka facebook, YM, Skype dan Twitter serentak. Mana nak tau kut-kut mamat tu online pulak. Aku cuba mendail number telefon Ash tapi masuk pula pesan suara. Hish! Macam-macam la. Tak apa la tunggu la sampai pukul lapan ke.

Selesai solat magrib tadi aku memeriksa telefon bimbit aku, sekali lagi aku periksa facebook, YM, Skype dan Twitter. Tapi hampeh habuk pun tarak. Ni mula aku nak baran ni. takkan langsung tak risau aku malam-malam macam ni. aku cuba sekali lagi telefon tapi hampeh!

Aku terus baling telefon aku dalam beg! Menyampah dah dengan Tengku ni. aku terus laptop dan kemas-kemas meja. Dokumen yag berselerak aku kemas rapi.

“Hai tak balik lagi?” Satu suara menyergah aku dari belakang.

Aku menoleh kemudian tersenyum. “Belum.. Awak buat apa tak balik lagi?” aku tanya Wafiy balik sambil tutup plug komputer.
“Esok ada meeting sebab tu terpaksa siapkan malam ni juga. Kalau nak angkut balik rumah letih la pulak.” Kata Wafiy sambil mengunci pintu biliknya.

Tinggal kami berdua saja ke dalam office ni? nasib baik tak kena tangkap kering tadi kalau tak mati aku. Baik aku keluar dulu. Aku terus berjalan laju meninggalkan Wafiy yang tengah tutup lampu dan penghawa dingin.

Selesai Wafiy mengunci pejabat. Dia berjalan seiringa dengan Risya. Seketika raut wajah Risya yang ayu di pandangnya. Rugi kalau ada lelaki yang sia-siakan hidup gadis cantik ni.

“Kenapa?” aku bertanya. Dari tenung aku macam nak makan ni. kalau dia berani buat apa-apa aku buka langkah silat aku. Konon ada silat.

“Tak ada apa-apa.. kenapa tak balik? Ash mana?” dia bertanya sambil melipat lengan baju kemaja yang dipakainya.

Aku tersenyum. Baca blog aku la tu. Kalau tak takkan nak panggil Ash “Dia ada kerja..”

“Biasa la orang meniaga Risya tambah-tambah jenis yang buat business juta-juta, kadang-kadang sampai tak balik rumah buat kerjanya. Awak kena la redha ye.”

Kami sama-sama berhenti di hadapan pintu besar. Hujan lebat sangat sambil diselangi dengan angin kuat. Aku nak panggil teksi macam mana? Paling kurang pun kena jalan dekat depan jalan tu lepas tu melangut tunggu teksi. Tu pun kalau aku bernasib baik. Nasib kau la labu.

“Mana awak tahu suami saya orang meniaga?” aku tanya dia balik tapi mata aku halakan ke jalan.

“Siapa tak kenal anak hartawan tu? Satu Malaysia kenal dia Risya.”

Aku hanya diamkan diri. Apa yang Wafiy kata tadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Anak hartawan ke, dermawan ke, jutawan ke, cendawan ke.. eeh! Silap.. cendiakawan ke. aku peduli apa? Tak ada ke anak raja mana yang nak hantar aku balik ni. tolong la.. tolong..

“Pinjam payung.” Tu saja ayat yang keluar dari mulut aku.

“Nak buat apa?” Wafiy dah kerutkan muka sambil tengok ke aku.

“Nak pergi depan jalan tu, nak tahan teksi, nak balik rumah.” Aku masih tengok telefon bimbit aku. Kut-kut kalau dia teringatkan aku ni kan.

“Saya hantar awak balik la.. tunggu sini saya ambik kereta.” Dia terus berjalan tanpa mempedulikan aku. Wafiy berlari anak menuju ke keretanya.

“Haa.. Err..Bos tak payah la..” aku mula tergagap-gagap. Nak hantar balik? Tak pe la..tak payah la..
“Tak pe, satu jalan kan.. tak susahnya..” dia terus berjalan ke keretanya.

“Bos.. Err..” alamak dia dah naik kereta la. nak tak nak kena naik jugak la. adoi! Ash ni pun satu, apa entah masalah dia ni. tadi siap romantik segala bagai, kut ya pun meseg la..

Bodoh la Ash ni! boleh tinggal Risya macam ni saja. kut ya pun hantar la balik rumah dulu. Ni tak main biar saja. tau la kahwin main-main tapi tak boleh fikir ke? baik abgi dekat aku saja. tau aku nak jaganya nanti macam mana. Bentak Wafiy di dalam hati.

****************************************************************************
Ash membetulkan badannya yang sedikit lenguh itu. Jam di dinding di kerlingnya. Ya Allah dah pukul lapan setengah malam. Ya Allah! Risya macam mana? Mintak-mintak tak jadi apa-apa dekat isteri aku ya Allah. Doa Ash di dalam hati.

Ash mengambil Blackberry miliknya. Laaa.. patut la pun bateri habis rupanya. Mesti dah banyak kali Risya call aku. Kesiannya isteri aku.

“Hai..tak balik lagi?” Aimie melangkah masuk dengan gaya bersahaja.

“Hai..belum, ada kerja lagi sikit tak siap ni.” Ash mengambil telefonnya dan disambungkan dengan pengecas telefon.

“Kesian abang..”Aimie duduk di hadapan Ash sambil kaki di silangkan.

“Pinjam telefon sekejap?”

“Nak buat apa?” berkerut muka Aimie memandang Ash.

“Nak call Risya, nak tanya dia dekat mana sekarang.” Terpancar sinar kerisauan di muka Ash.

“Ala abang.. kalau nak telefon tak cukup kredit la, hantar meseg boleh?” Aimie berdalih. Apa hal pula nak suruh telefon bagai.

Kepala Ash dia angguk laju.

“Meh Aimie yang taip, nak kata apa abang?” Aimie sudah bersedia untuk menaip.

“Cakap dia dekat mana? Nanti abang call dia, kalau dekat office suruh dia tunggu sekejap.”

Seminit kemudian pesanan ringkas penuh makna tersirat itu di hantar. Aimie tersenyum puas. Seminit kemudian terdengar bunyi pesanan masuk pula.

“Risya cakap dia dah sampai rumah. Dia tunggu abang balik katanya.” Aimie tersenyum puas sambil memandang Ash. Bodoh punya jantan! “Abang jom teman Aimie abang kita pergi minum-minum nak? Lagipun abang nampak penat sangat ni. kesian abang kan.”

Ash hanya mendiamkan diri.

“Kejap saja abang.. lagipun abang nak risau apa? Kejap je kan..” Aimie sudah merajuk. Sengaja dia buat macam tu untuk tarik perhatian Ash mana tak tahu Ash kemabli jatuh cinta dengannya.

“Okey” mereka berjalan seiringan.

******************************************************************************
Risya menahan geram. Dia baru menerima pesanan ringkas dari Aimie. Katanya ‘Risya aku ni Aimie. Ko balik dulu, Ash suruh. Lagipun malam ni maybe Ash tak balik dia tidur rumah aku.’
Risya kembali membalas ‘k..have fun!’

Risya di sebelah di pandang seketika. Dia perasan Risya berubah muram selepas membaca pesanan ringkas tu. Apa yang Risya baca ye. Wafiy berteka-teki sendiri. hatinya bagai ingin tahu.

“Risya..” Wafiy memanggil.

Aku menoleh Wafiy di tempat pemandu kemudian mata aku arahkan kembali ke luar tingkap. Aku mengeluh perlahan. Nasib baik aku tak jatuh cinta lagi dekat Ash kalau tak mesti aku sakit hati. Tapi kenapa aku marah pula bila dia dengan Aimie kalau betul aku tak cinta. Mungkin sebab status dia tu suami aku kut. Ala lelaki kan boleh kahwin empat.

“Risya..” Wafiy memanggil lagi.

Aku tersedar dari lamunan. Kereta Wafiy diberhentikan di hadapan kedai 7 eleven. Hujan lebat-lebat ni nak pergi 7-e nak buat apa?

“Nak pakai jaket ni, Wafiy nak beli topup kejap erh.” Jaket Wafiy terus diletakkan di atas riba aku. Dia kemudian keluar sambil berlari-lari melintas jalan.

Aku ambik jaket tu dan tutup badan aku dari depan. Tak la rasa sejuk sangat macam tadi. Mata ku terarah pada dua pasangan yang hendak melintas jalan. Mereka berkongsi payung yang sama sambil tangan wanita itu memegang erat lengan lelaki terbabit. Jelas kemesraan antara mereka.

Ya! Yang tu Ash dengan Aimie. Kalau nak menipu aku pun agak-agak la.. tak payah la cakap kerja banyak la, apa la.. cakap la nak dating kan senang. Depan bonda aku bukan main tunjuk baik! Konon macam kau tu Romeo. Propa lebih la Ash ni.

Aku terus pejamkan mata. Air mata yang bertakung mengalir perlahan. Luaran mungkin air mata aku perlahan. Tapi dalaman aku selebat hujan di luar. Mungkin lebat lagi. Aku menangis bersama doa kebahagiaan untuk Ash.

5 comments:

  1. hailohhh....rase cam nak tampar laju2 je si aimie tu...boleh tak...uhukk...

    ReplyDelete
  2. boleh2..jom kita tampar sama-sama

    ReplyDelete
  3. mmang ptot dpat pnmpor bdak aimie 2..huh..

    ReplyDelete
  4. walau ape pn saye memang suke novel akak

    ReplyDelete