Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 11


Aku melangkah turun dari tangga bilik atas. Dengan muka yang tak cukup tidur, habis sembab mata aku, ni kes budak-budak semalam la ni.. nak keluar pergi tengok wayang la.. alih-alih apa jadi? Huhu..malunya aku semalam. Aku terhenti di penjuru pintu masuk dapur apabila terdengar perbualan antara bonda, maktok dan Nisha.

“Anis dah boleh lupakan Aiman ke maklong?” Nisha bertanya sambil nasi lemak disuapkan ke mulut. Aku mengintai di sebalik pintu.

“Entah la Sha.. tapi nampak gayanya macam tu la..maklong harap sangat.. “ Sayu suara bonda..

“Maktok lagi la.. sedih sangat bila kadang-kadang tu dia macam rasa Aiman masih hidup..” maktok menyampuk.

“Maklong rasa Allah dah turunkan Aiman untuk Risya tapi dalam versi Ash.. maklong tengok.. Ash tu suka sangat dekat Risya..walaupun perkahwinan tu terjadi sekelip mata..tapi maklong kan emak maklong tahu la pandangan seseorang tu..”

“Nisha pun harap dia dapat lupakan Aiman maklong.. kita doa la banyak-banyak.. “

“Sebelum ni Ash ada cakap dengan maklong katanya.. dia akan jaga Risya sepenuh hatinya..walaupun pintu hati Risya belum terbuka untuk dia..dia tetap akan tunggu..”

Aku menekup mulut.. betul ke dia kata macam tu dekat bonda.. sanggup tunggu aku?

Bonda kembali menyambung “Minggu lepas Ash ada datang.. pergi tengok hantaran, bunga telur, bunga rampai.. pergi ukur baju.. dia yang pilih sendiri..katanya biar la dia yang buat semua untuk Risya.. dia minta pandangan maklong apa yang warna Risya suka la.. baju bersanding ni pun Ash yang pilihkan.. dia suruh designer tu buat sendiri..Risya bukan tahu pun sebab maklong tengok dia macam tak berminat saja nak tahu..”

Ya Allah..betul ke Tengku yang buat semua ni? Kenapa dia sanggup buat macam tu.. ya Allah.. kenapa la aku tak nampak apa yang dia buat selama ni.. kenapa pula dia tak bagitahu aku yang dia nak datang minggu lepas.. Tengku.. kenapa sampai macam ni..

“Baikkan Ash tu maklong..”

Aku berjalan naik semula ke atas.. membiarkan mereka.. ni ke petanda yang Kau tunjukkan untuk aku.. sesungguhnya aku tak mampu mentafsir.. pimpin la aku..

****************************************************************************
Aku ralit melihat diri di hadapan cermin..ni ke baju yang Ash suruh buat tu.. macam gaun pun ada.. macam jubah pun ada.. warna putih merah.. cantik. Aku tersenyum di hadapan cermin.

“Gila laki kau tau Senah.. habis tangan mak ni..” designer baju ni.. Imran atau kak Yan.. tapi aku panggil kak Yan je..

“Haha..”aku ketawa satu-satu..

“Kau gelak la Senah..nasib baik mak ni cekap buat kerja.. dalam seminggu siap baju kau..kalau tak.. menagis kau Senah..”kak Yan bercekak pinggang tapi dalam versi lembut la..

“Ala..abang ni..okey la tu.. bukan senang VVIP nak tempah suruh abang buat baju..kira macam abang ni.. superb la..” Intan yang sudah siap bergaya duduk di atas kerusi yang tersedia dalam bilik aku.

“Hello kakak okey..bukan abang.. kau ni..” Kak Yan menarik muka tak puas hati..

“Sorry la kakak..” Intan menekan perkataan kakak.. kak Lin hanya mengeleng kepala.. sesekali tangannya membetul crown diatas kepala.

Hari ni semua sepupu sepapat, makcik dan pakcik aku bergaya dengan tema warna putih merah. Bukan warna pilihan aku tapi Ash.. tapi tu warna kegemaran aku juga.. aku tersenyum. Hantaran yang disediakan Ash sebanyak sembilan dulang berbalas sebelas dulang oleh aku..  hanya memerhati sebelas dulang hataran tersebut. Satu sirih junjung, lagi lima dulang ada buah cakar ayam yang dibuat bentuk sarang burung, ada buah-buahan, coklat dan macam-macam la.. lagi lima tu. ada baju, seluar slack dengan tie jenama crocodile, ada macam-macam la.. tapi mata aku terhenti pada senaskah Al-Quran bersama maknanya.

Kalau selalu dalam hantaran mesti orang letak telekung yang cantik dan mahal, Al-Quran pula mesti yang cantik lepas tu baru tapi kalau tak guna nak buat apa.. kan berdosa. Selama ni orang suka salah anggap Al-Quran mesti ada dalam hantaran..mesti ke? Yang tu terserah pada individu tu sendiri. Kalau setakat nak letak Al-Quran kemudian buat perhiasan buat apa..langsung tak pernah sentuh.

“Akak..bonda suruh hang get ready..” Sarah yang ayu berbaju kebaya.. datang duduk bersimpuh sebelah aku. Tangan aku dah sejuk ni.. aku genggam erat tangan Sarah..

“Relax la kak” dia mengusap perlahan belakang aku. Memberi sedikit ketengan. Aku tarik nafas..kemudian hembus..

“Jom turun pengantin..laki kau dah sampai tu..mana pengapit ni?” kak Yan bercekak pinggang mencari siapa pengapit aku sambil tangannya memegang kipas pengantin.

“Saya..saya..” Hana angkat tangan.. dia memang suka jadi pengapit.. interframe lebih..

“Kau dengar sini.. jangan bagi laki dia tengok muka dia.. kalau tak lepas jawab pantun aku ni.. ni Yan ratu pantun Malaysia ni..” kata kak Yan sambil menepuk-nepuk dada..

Yang lain hanya tersenyum sahaja. Macam-macam la kak Yan ni.. orang nak cepat lagi dia buat lambat..

Aku berjalan perlahan turun dari tangga, saat melepasi ruang tamu semua mata memandang ke arah aku. Pelamin kali ni dekat luar rumah.bonda kata senang kalau buat pelamin luar rumah..ramai boleh tengok.kalau dalam rumah sempit sangat.

Paluan kompang kedengaran sayu di telinga aku. Dah kahwin aku ni. Masa usia semuda ni? Mampu ke aku nak pikul tanggungjawab seberat ni?

Langkah aku terhenti di pintu gerbang. Muka aku ditutup dengan kipas yang dipegang Hana.. kak Yan berdiri antara aku dan Ash.. aku tersenyum sendiri. tiba-tiba saja. Paluan kompang pun terhenti apabila kak Yan mengangkat kedua belah tangan ke atas.

“Sebelum nak jumpa isteri kau yang cantik macam ratu ni..kena jawab pantun kak Yan dulu..” kak yan yang berbaju kurung moden sambil bersanggul tinggi tersenyum.

Ash terkedu. “Haa.. saya ke?” Ash berkata spontan..

“Bukan kau..tapi pengapit kau..” mulut kak Yan di muncung ke arah Farouk.

Hampir terlepas kipas yang dipegang Farouk. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Mampus aku.

“Tolong aku bro..” Dia berbisik perlahan di telinga Ash..

“Kau hentam saja la..” Ash berkata perlahan.

“Dengar sini..” kak Yan seolah-seolah sudah bersedia.. Farouk mengurut dada..

“Sungguh cantik anyaman rotan,buat hamparan raja sehari,sama cantik sama sepadan,bagaikan raja dengan permaisuri.” Kak Yan tersenyum puas.. boleh ke budak mentah nib alas pantun aku?

Farouk menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh! Masak aku ni.. nak pantun-pantun la pula.. hentam saja la labu..

“Dua tiga kucing menyanyi, mana nak sama kucing yang dekat depan ni..”  Farouk terdiam sebentar apabila ramai yang ketawa. Dia sambung balik bila ketawa kian reda.. “Pengantin kami dah lama berdiri, kalau tak sudi kami nak balik ni..”

Semua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak.. sengal betul la budak ni..Kak Yan tersenyum mendengar pantun yang dibalas Farouk.. “Buka kipas..” Kak Yan memberi arahan kepada Hana.. jantung aku dah dup dap..dup dap ni..

Mata aku bertaut dengan mata Ash..kami membalas senyuman..handsomenya dia.. aku terus mendapatkan Ash.. tangan kanannya aku cium. Dahi aku dikucup. Kami berpimpingan tangan menuju ke pelamin.

“Cantiknya Isteri abang..” Ash berbisik perlahan di telinga aku. Aku hanya tersenyum. Abang pun handsome juga..aku teringat kata-kata bonda pagi tadi. ‘Minggu lepas Ash ada datang.. pergi tengok hantaran, bunga telur, bunga rampai.. pergi ukur baju.. dia yang pilih sendiri..katanya biar la dia yang buat semua untuk Risya.. dia minta pandangan maklong apa yang warna Risya suka la.. baju bersanding ni pun Ash yang pilihkan.. dia suruh designer tu buat sendiri’ aku kembali tersenyum.

***************************************************************************

Malam tu tak ada apa majlis sangat.. aku tolong kemas-kemas pinggan mangkuk. Ash pula dari tadi tak kelihatan. Menghilang ke mana entah.. aku yang berbaju kurung melipat lengan baju. Yaya anak makngah aku sebelah abah berdiri sebelah aku sambil-sambil mengelap pinggan. Aku dengan sedara sebelah abah bukan rapat sangat pun. Tegur macam tu, macam tu saja.

“Kau ni tiba-tiba kawin kenapa?” Yaya mula bersuara.
“Dah sampai seru, kahwin la..” aku terdengar ketawa kecil dari Yaya.

“Biar betul hang ni..” dia masih tak percaya. Suka hati kau la.

“Hang duduk KL tu Risya kerja apa?” Tiba-tiba makngah datang menghampiri kami.

“Kerja orang gaji saja..” aku masih mengemas pinggan tanpa memandang mereka berdua. Kalau dua beranak ni datang tak ada kerja lain la ni. Mami jarum la tu.

“Hang jadi orang gaji kat rumah orang kaya ka? Patut la pun dapat tangkap harimau kaya..” makngah dan Yaya ketawa.

“Ermm..” tu ja yang aku mampu cakap. Bukan boleh layan sangat mami jarum ni.

“Hang cari la dekat aku satu. Untung-untung dapat pakai Habib sudah la..” Yaya cuit bahu aku. Siapa nak dekat kau kalau mulut macam longkang.

“Hang duduk dekat rumah dia tu jadi orang gaji ka? Ka.. hang buat kerja lain..” Makngah pula menyoal.

“Risya jadi orang gaji ja la.. awat ingat Risya jual badan ka?” aku mula la nak naik angin ni..

“Mana nak tau kan duduk KL tu teruk.. sosial..balik sini tutup bila sampai sana buka..”

“Kalau duduk KL tu jahat la.. orang-orang Kl tu jahat la? Habis tu yang Yani duduk Kl tu jahat la erh..” Yani tu adik Yaya.. baru masuk UITM Shah Alam.

“Anak makngah tu baik.. Yani tu bagus la..” makngah tepuk paha aku perlahan. Baik la konon. Tolong la..

“Hang mengandung ka? Sebelum ni tak tau pun nak kahwin.. tup..tup.. dapat kad.. tunang pun tak..” aku rasa macam nak lempang Yaya ni laju-laju saja. Air mata yang hampir gugur akhirnya tumpah. Sanggup kata aku macam tu. macam la aku ni jahat sangat.

“Saya kawin dengan dia sebab saya sayangkan dia.. bukan sebab kami buat benda tak senonoh. Benda baik buat apa nak lambat-lambatkan kalau dah mampu kan dah jatuh hukum wajib. Betul tak makngah? Yaya? Makngah kan pandai bab-bab agama ni..” Aku dengar suara Ash terus memandang dia, makngah dan Yaya terkelu. Dari mana datang pula Ash ni. Siap sempat perli makngah lagi ni.

“Ash ka.. maknah ingat sapa la tadi..Yaya ni memang mulut capoi..” Makngah menapar bahu yaya. Yaya mengosok.

“Mak la yang duk kata Risya mengandung..” Yaya pula tuduh makngah. Jadi la lawan tuduh menuduh antara dua beranak tu. aku hanya mampu doakan keduanya bertaubat la sebelum terlambat.

Ash tarik tangan aku suruh berlalu. Kami sama-sama ke kereta Ash. Aku hanya menunduk. Air mata aku gugur lagi. Walaupun dah biasa dengan mulut makngah tu, tapi tak payah la mengata aku sampai macam tu. dulu aku selalu nampak bonda menangis bila makngah datang rumah. Yela dulu budak-budak lagi, bila aku tanya bonda macam-macam alasan bonda bagi tapi makin lama, aku makin faham.

“Dah la tu jangan menangis dah.. tak comel la baby abang menangis..” Air mata aku diseka oleh tangan Ash.

“Mana ada menagis la..” Aku cuba menipu.

“Eleh nak tipu orang konon.. cium nanti haa..nak?” Ash mendekatkan mukanya ke muka aku.

“Jangan nak mengada haa Tengku. Saya cubit lelaju nanti kut..” aku betulkan tudung.

“Ala takutnya ada singa betina tengah marah..” Sampai hati kata aku singa betina. “Dah la jangan ambik hati dengan makngah tu, biasa la tu diorang tak faham masalah kita. Dah jangan nangis-nangis..” kepala aku di gosok perlahan.

“Tengku nak pergi mana?” aku soal dia lagi.

“Abang nak balik la..nape Risya tak bagi abang balik ke? Kalau ye pun sabar la sayang..” Ayat Ash tu kedengaran gatal di telinga aku.

“Gatal la Tengku ni..” kedengaran Ash ketawa.

“Semalam balik macam mana? Bonda buka pintu ke?” bila aku dengar ayat Ash tu aku tersenyum. Teringat pula kes semalam.

***********************************************************************
“Wei dak Rizal kata maklong dah kunci pintu.” Nisha menjerit kuat lepas baja meseg. Nasib baik aku tak tekan emergency break.

“Mampus kita doh..”Hana pula mencelah.

“Minta la dak Rizal simpan kunci. Macam mana nak masuk nanti..” Sarah pula berkata. Dengar macam susah hati saja budak ni.

“Dak Rizal kata.. maklong dah bawa kunci masuk bilik..so dia kata pandai-pandai la kita panjat pagar..”

“Haaa!!” aku, Intan, Hana dan Sarah berkata serentak.. tahniah untuk kami! Padan muka..

“Tu la aku dah kata jangan nak keluar..degil..” Aku mula nak membebel ni..

“Kau ni la nanti dah kahwin sure kau kuat bebel kan..”Hana mencelah. Tukar topic dah budak ni..

“Dak Rizal kata.. pintu belakang tak kunci dia kata kalau nak masuk ikut pintu belakang kena belikan dia Spicy Chicken McDeluxe dengan McFlurry Milo..” Nisha kata lagi.. Rizal tu adik Nisha.beza umur tak banyak pun setahun je.

“Mak ai! Demand betul Rizal ni..” Sarah gelengkan keplanya beberapa kali.

Aku bawa kereta perlahan-lahan takut bonda dengar bunyi enjin kereta. Kami masuk ikut pintu belakang. Dekat depan rumah ada lagi sedara aku yang duk lepak-lepak sambil minum kopi sekali dengan abah. Kalau abah nampak memang menempah maut dan kalau ibu tau free-free aku dapat tiket ceramah bebas.. Rizal menati kami di pintu belakang sambil tersengih-sengih. Sarah hulurkan dekat Rizal makanan yang dia order tadi. Dah macam pak guard aku tengok dak Rizal.

“Sila masuk tuan puteri tersayang sekalian..” Rizal masih tersengih-sengih..

Nisha cubit pinggang Rizal..”Nasib baik bukan duit akak..kalau tak jangan harap kau dapat makan..”

“Ala.. ok la ni..Rizal cover baik punya..” Rizal yang tadi mengekori kami hilang terus ke dapur.

**************************************************************
“Nak balik dah Ash?” bonda datang dari arah dalam rumah.

“Aha bonda..esok Ash datang nak menjemput..” Ash tersenyum..

“Bonda minta maaf la susahkan Ash pula nak datang menjemput-jemput pengantin perempuan esok.. biasa la maktok tu nak ikut adat je..”

“Tak apa la bonda biasa la tu..Ash balik dulu la ye..” Ash bersalaman dengan bonda.. kemudian Ash masuk ke dalam kereta..

“Tak salam suami ke Risya?” Bonda tegur aku..ooo..salam erh..

Aku hulurkan tangan dan salam aku disambut. “Bye..Bawa kereta elok-elok” tu saja yang aku mampu pesan.

“Ye sayang..” kereta Ash berlalu pergi. Aku melangkah masuk ke rumah. Penatnya ya ampun..huhu.. mata pun tak larat nak angkat dah ni..time to sleep mengantuknya..

********************************************************************




No comments:

Post a Comment