Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 13


“Dah kahwin?” itu ayat pertama yang terpancul dari mulut Wafiy setelah kami menjejakkan kaki di Restoran Sajian Utara.  Restoren menyediakan semua makanan utara tapi ada juga makanan lain.

“Dah” aku yang duduk di hadapan Wafiy hanya memandang bos baru aku ni. kami duduk bertentangan. Mungkin senang untuk berinteraksi antara satu sama lain.

“Berapa tahun?” dia tanya lagi. Pelayan menghantarkan char koay teaw dan teh tarik untuk Wafiy manakala untuk aku hanya teh o’ ais limau. Pagi-pagi dah makan makanan berat.

“Tak sampai sebulan” aku bersuara setelah pelayan itu meninggalkan kami. Pelayan wanita into sempat melemparkan senyuman paling manis buat Wafiy. Dan aku hanya tersenyum.

“Baru lagi la.. macam mana kenal?” Char koay teaw di suapkan ke dalam mulut. Ini nak tanya fasal kerja ke atau fasal hal peribadi ni.

“Haa..err” aku nak cakap macam mana ni? aku bermain-main dengan jari di bawah meja. Kadang-kadang mata aku halakan ke arah lain bila mata kami bertentang mata.

“Tak apa kalau tak nak cakap.. saya tak paksa pun” ayat itu meluncur keluar dari mulut Wafiy. Nasib baik bukan soalan paksaan. Kalau tak macam aku nak cakap.

Aku menghirup air teh o’ ais limau dihadapan. Sesekali mata aku melilau memandang sekeliling takut jugak kalau terserempak dengan Ash. Nanti lain pula dia fikir fasal aku ni. mesti dia ingat aku ni perempuan yang entah apa-apa.

“Kerja saya macam mana?” aku pula tanya Wafiy. Cuba untuk ke topik asal. Lagi lama melayan. Lain pula soalan yang ditanyanya nanti.

“Kerja awak cuma perlu buat akaun untuk syarikat lepas tu, bila hujung bulan aku kena stay back la sebab nak kena kira gaji pekerja. Tapi jangan risau OT dengan elaun kami akan bayar.” Terang Wafiy satu- persatu.

Aku anggukkan kepala perlahan. Tanda faham.

“Awak tak nak makan?” Wafiy menolak pinggan char koay teawnya yang sudah habis itu.

“Saya kenyang lagi.” Aku tersenyum. “ Encik Wafiy nak makan lagi ke?” aku menyambung lagi. Mana la nak tahu kut-kut nak sambung makan lagi ke?

“Kalau awak nak makan saya boleh temankan.” Dia tersenyum. Terserlah lesung pipit dikanan pipinya.

Aku suka tengok orang ada lesung pipit ni. manis saja muka mereka tambah pula kalau tengah senyum atau pun tengah ketawa.

Aku ralit tengok Wafiy. Dari gayanya aku tengok dia macam lelaki metroseksual. Kukunya pendek. Rambut semtiasa kemas. Bajunya bersih dan wangi. Mesti susah siapa dapat kahwin dengan Wafiy ni. semua nak jaga elok-elok.

“Tak ada orang marah ke kalau nampak Encik Wafiy keluar dengan saya ni?”

“Saya single lagi. Siapa nak marah? Awak tu lain la..”

Aku hanya tersengih.. “ Ye la tadi masa nak keluar, ramai tengok saya semacam saja. takut juga saya..tak fasal-fasal ada yang main tarik rambut pula..” sekarang ni pun ada yang memerhati kami. Nampaknya saham Wafiy ni tengah naik ni.

Wafiy ketawa apabila dengar aku cakap macam tu. “Sebabnya saya tak pernah pun nak ajak staf saya makan berdua saja dengan saya, tambahan pula awak baru firstday kerja. Lagi la diorang pelik.”

Baru aku tahu. Patut la diorang tengok aku semacam saja. mesti diorang tengah fikir bukan-bukan fasal aku ni.

“Encik Wafiy orang Penang ke?” tiba-tiba aku jadi ramah pula.

“Yup. Boleh tak jangan panggil saya Encik, panggil Wafiy sudah la.”

“Baiklah Wafiy.. sekampung la kita ye.” Aku tersenyum.

“Ha la..Cek oi..” sengaja di bercakap dalam lorat Pulau Pinang sambil ketawa. Aku pun turut ketawa sama. Ingat juga cakap Penang.

“Penang bahagian mana?” aku tanya lagi.

“Kepala batas.” Mata kami bertentang. Aku cepat-cepat hirup air teh o’ais limau. “Bertam Perdana.” Dia sambung lagi.

“Laaa.. dekat la rumah kita rupanya.”

“Memang dekat. Awak stay mana?” dia tanya lagi.

“Bukit Kiara. Awak dudu sini dengan siapa?”

“Sendiri. mama dengan papa, ada dekat penang. Uruskan kilang dekat sana. “ Terang Wafiy lagi.

Rupanya si Wafiy ni peramah juga orang dia. Mula-mula dulu jumpa nampak macam sombong tapi sebenarnya tak.

“Hari ni saya tak tahu nak suruh awak buat apa, apa kata awak tolong saya jadi PA saya untuk satu hari ni. boleh?” Wafiy berkata lagi. Maklum la saja nak ambik kesempatan untuk kenal dengan Risya lebih dekat lagi. Mana nak tahu Risya jodohnya.

“PA apa pula?” aku sedikit hairan. Aduh PA apa pula ni?

“Tolong kemas bilik saya boleh?”

Kening aku terangkat, mulut aku sedikit terbuka. “agak-agak la Wafiy, takkan saya nak pergi rumah awak lepas tu masuk dalam bilik, kemas rumah pula” kepala aku digelengkan beberapa kali. Tak mau! Tak mau!

“Bukan la.. kemas bilik office saya la sayang oi..bila masa pula saya kata kemas rumah.” ketawa Wafiy kedengaran kuat di telingan aku. Apasal dia panggil aku sayang pula ni? dengar dek orang lain nanti mampus aku.

“Boleh..” aku tersenyum.

Setelah Wafiy membuat bayaran, kami mula berangkat ke pejabat bersama-sama, ternyata Wafiy ni memang gentleman sungguh.

***********************************************************************
Aimie yang sedang bersarapan bersama Dilla tersentak. Matanya memerhatikan dua orang manusia yang tengah ralit ketawa. Matanya masih tidak berkelip. Antara percaya atau tidak.

“Wei tengok tu!” tangan Dilla digerakkan perlahan.

Tangan Dilla yang memegang sudu yang berisi mee goreng jatuh kembali ke dalam pinggan. “Hish kau ni, tengok jatuh dah mee aku.” Dilla merengek perlahan. Merengek gedik! Mata diarahkan kepada dua orang insan di hujung jalan. Memang mesra.

“Itu bukan.. isteri Ash ke”. Dilla meneka. Aimie di pandang sekilas.

“Iye la.. itu sebab aku tunjuk.” Mata mereka masih ralit memerhati.

“Dasar perempuan gedik! Wafiy aku pun dia nak rampas! Dasar perempuan pisau cukur!” Habis keluar sumpah seranah dari mulut Dilla.

“Aku memang tahu pun dia tu pisau cukur, macam mana la Ash tu boleh pergi kahwin dengan dia. Mesti dia guna bomoh ni.”

“Kau kena selamatkan Ash tu!” Dilla memberi cadangan.

“Memang pun aku akan selamatkan Ash. Takkan senang-senang aku nak biar Ash tu jatuh ke tangan perempuan tu pula. Please la.” Aimie mencebik.

Air fresh orange dihirup dengan kasar, Aimie memendam rasa. Rasa sakit hati yang dulu. Apa yang terjadi harus dib alas balik. Cara kasar atau halus pasti akan di balas. Dendam tetap dendam.

“Aku ada rancangan.” Aimie tersenyum memandang Dilla.

“Rancangan apa?” Dilla tersenyum juga.

“Meh la aku nak bisik.” Aimie menarik Dilla dekat dengannya.

Aimie membisik perlahan di telinga Dilla. Kemudian Dilla tersenyum melebar. Mungkin suka dengan rancangan Aimie itu.

“Serius ke rancangan kau ni?” Dilla bertanya lagi.

“Mesti la aku serius, kau ni!” Aimie mencebik. Orang cakap betul-betul dia tak percaya pula.

Dilla tersenyum kemudian mengangguk perlahan. Setuju barangkali dengan rancangan gila Aimie itu.

“Sekarang ni aku nak kau pergi office Wafiy aku pula pergi office Ash. Pastikan perempuan tu siapa.” Aimie memberi cadangan.

“Nanti jumpa dekat mana?” Dilla bertanya.

“Kita jumpa dekat sini balik. Jangan lama-lama sudah la ye.” Aimie berlalu setelah membuat bayaran. Masing-masing membawa haluan sendiri.

************************************************************************
Ash tersenyum sendiri di bilik pejabat miliknya. Kerusi yang di duduki dipusing perlahan sambil tangannya leka bermain pen. Fikirannya melayang kepada Risya.

Peristiwa semalam membuatkan dia tersenyum. Mana taknya. Apabila Risya sudah lena tidur dia akan menyelinap masuk ke dalam bilik Risya dan sebelum Risya bangun dia akan bangun dulu. Bukan tak hormat keputusan Risya tapi apa guna jadi suami isteri kalau tidur asing-asing.

Dan ternyata Risya tidur memang lasak beberapa kali dia hampir jatuh katil bila kaki Risya menendang Ash. Nampak saja sopan tapi rupanya ganas juga.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk perlahan.

“Masuk” Ash memberi arahan. Dibetulkan duduknya semula.

“Encik Ash ada meeting dengan director dari Syarikat International World Sdn Bhd pukul tiga petang ni.” Azlina selaku setiausaha Ash berpesan supaya majikannya tidak terlupa.

Azlina tersenyum. Kalau bukan sebab ada meeting atau pun nak jumpa client tak adanya nak pakai formal macam ni. selalunya pakai jeans dengan t-shirt saja.

“Baiklah kak Ina yang baik.”

Sebelum kak Ina berlalu sempat Ash memanggil.

“Macam mana nak mengorat?” kak Ina yang mendengar hampir ketawa. Biar betul majikannya macam ni? tak pernah pun tanya sebelum ni.

“Encik Ash nak buat apa?” kak Ina bertanya.

“Ala.. kak Ina ni banyak tanya pula la.. cakap saja la..” Ash seakan merajuk.

Kak Ina hanya ketawa kecil. “Encik Ash beli la teddy bear ke, bawak pergi candle light atas cruise ke.. tak pun beli bunga ke..”

“Selain pada tu?” Ash bertanya lagi.

“Bawak la, orang yang Encik Ash nak mengorat tu pergi mana-mana.”

“Antaranya?”

“Genting ke, Cameron ke, Bali ke.”

“Kalau dia tak nak?”

“Beli la barang kemas ke..”

“Kalau dia tak sudi?” Ash mengangkat kening.

“Main-main dengan akak erh.” Kak Ina bercekak pinggang. Ash tersengih.

“Okey terima kasih kak Ina” Ash kembali bermain dengan pen dan kerusinya di goyangkan perlahan. Hatinya semakin berdebar bila teringatkan Risya.

Dia sedang memerhati blog Risya. Segala aktiviti Risya dia tahu melalui blog milik Risya. Malah gambarnya juga ada dalam blog milik Risya. Kini dia tahu Risya sudah pun mula melupakan Aiman. Dia bersyukur di dalam hati.

Pintu bilik Ash ditolak kasar. Ash yang terkejut, terlepas pegangan pen dari tangan. Dadanya di urut perlahan. Aimie dihadapan di pandang kasar. Ni nak apa masuk bilik orang sampai tak bagi salam.

“Apa hal datang sini?” Ash menyoal kasar. Mesti kak Ina pergi mana-mana ni sebab tu minah ni boleh masuk. Badannya di sandarkan di kerusi.

Kerusi dihadapan Ash ditarik perlahan, Aimie melabuhkan punggungnya. Dia kemudian tersenyum.

“Saja nak jumpa kawan lama. Tak boleh?” rambut Aimie di selak ke belakang.

Ash menjongket bahu. Dia mendiamkan diri. Malas nak melayan Aimie.

Okey fine. Aimie datang nak minta maaf dekat abang. Aimie tahu Aimie salah. Aimie menduakan abang dan Aimie dah dapat balasan atas apa yang Aimie lakukan.”

Dia terdiam. Matanya memandang bawah. Ash pun sama turut terdiam. Mungkin ingin Aimie meneruskan bicaranya.

“Aimie datang bukan nak abang balik, tapi Aimie datang Cuma nak jadi kawan abang. Abang pun dah dapat isteri yang baik. Jauh lebih baik dari Aimie.” Aimie tersenyum.

“Memang pun. Risya tu baik segala-galanya.” Ash bersuara.

Eleh kau tak tahu belakang kau dia curang. Kalau kau tahu, padan muka kau! Puja sangat perempuan tu! Getus Aimie di dalam hati.

“Abang dah lama maafkan Aimie.” Ash pun turut tersenyum sambil menyambung bicaranya.

“Friend?” tangan Aimie di hala kan ke arah Ash untuk berjabat tangan.

“Friend” tangan Aimie di sambut. Ash tersenyum kerana Aimie datang untuk  meminta maaf tapi Aimie tersenyum kerana kehancuran rumah tangga Ash akan bermula tak lama lagi. Tunggu la kau. Tunggu untuk hidup merana.

“Abang dah makan?” Aimie bertanya lagi.

“Dah, Risya masak pagi tadi.”

“Untung abangkan. Risya kan pandai masak. Kalau dengan Aimie mesti abang makan dekat luar je kan.” Aimie membetulkan duduknya.

“Risya tu blogger ye abang? Ramai yang duk puja dia, cantik la, bijak la.. kiranya macam Risya ni famous di alam internet kan bang?” Aimie cuba untuk membodek.

“Aha.. dulu pun abang tak tahu juga. Ingatkan budak kampung mana. Tapi rupanya di memang famous.” Ash tersenyum bangga. Selebriti pun kenal isteri aku. Dan Aimie sendiri mengaku yang Risya tu cantik.
“Dah lama tak jumpa auntie dengan uncle kan.”

“Senang-senang pergi la rumah.”

“Aimie memang nak pergi pun. nak mintak maaf, harap-harap diorang sudi memaafkan orang macam Aimie ni.” Aimie berkata sayu. Moga-moga dapat simpati dari Ash.

“Ibu dengan ayah dah lama maafkan Aimie. Jangan risau okey, semua manusia melakukan kesilapan Cuma kita perlu insaf saja.” Ash tersenyum.

Aimie menggenggam tangan Ash.

“Okey la abang, Aimie nak pergi shoot untuk magazine ni. by the way, suka tengok abang pakai macam ni.” aimie berlalu dengan gaya sopannya.

Take care

Lepas ni kau lagi glamour Risya. Bukan internet saja malah semua stesyen Tv akan focus dekat kau! Tunggu la nanti. Hari kau akan sampai. Aimie berlalu meninggalkan Ash. Rancangannya akan berjalan tak lama lagi.

Kalau betul Aimie dah berubah, abang tumpang gembira. Harap-harap Aimie dah dapat hidayah daripadanya. Bisik Ash perlahan.




No comments:

Post a Comment