Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

6 Feb 2016

novel : NIAN TAUFIK - 1








Aku kerling jam di tangan. Lagi 15 minit pukul 5.30 petang. Mana Farah nie. Janji nak tengok wayang sama-sama. Aku dah beli tiket sampai dua nie.


Dari satu sudut lain aku ternampak seorang lelaki dengan sejambak bunga ros merah. Tukang jual bunga atau nak melamar kekasih nie.


Cepat-cepat aku keluarkan telefon dari poket seluar jeans aku. Terus aku dail number Farah. Dua kali telefon, dua kali tak terangkat. Aku cuba untuk kali ke tiga.


“Hello Farah. Kau kat mana? Aku dah lama tunggu nie.”


“Wei Nian sorry, aku sakit perut giler nie. Dah enam kali ulang masuk tandas. Kau kat mana?”


“Aku dah sampai pun. Kau sakit teruk ke? Kalau tak jadi tak apa lah.” aku buat suara mendatar.


“Nian.. sorry sangat-sangat. Memang aku tak dapat datang pun.”


“Yelah tak apa. Jaga diri tau. Kalau teruk sangat pergi klinik.”


Takkan nak paksa Farah pulak. Kesian dia dengar suara tadi pun macam sakit yang teruk sangat.


Aku cuba cari lelaki yang pegang sejambak bunga ros besar tadi tapi dah menghilang. Ala baru nak tengok acara lamar melamar macam dalam internet tu. Tiba-tiba baru aku perasan yang number hall aku dah menyala. Cepat-cepat aku melangkah masuk dalam hall.


Sampai aje dalam hall lampu dah padam. Berbekalkan lampu telefon bimbit yang dah nak mati bateri nie aku gagah jugak suluh number tempat duduk 8B. Bila dah jumpa terus aku duduk ehh baru aku perasan selang enam seat dari aku ada mamat yang pegang jambangan bunga ros merah tu. Maknanya aku tak terlepas lagilah acara lamar- melamar nie. Macam kes Fizo Omar melamar Mawar Fareeda dalam panggung wayang pulak.


Dari iklan sampai dah mula cerita lelaki tadi masih dalam keadaan yang sama. Keseorangan. Dah la gelap nak tengok muka mamat tu pun tak nampak. Elok aku masukkan popcorn dalam mulut.


“Ambiklah.” sejambak ros merah dah ada atas riba aku.


Terkebil-kebil biji mata aku pandang lelaki yang dah keluar dari hall. Dia nie melamar aku ke bagi dekat aku? Nak panggil tak terkeluar suara. Last-last aku duduk je diam-diam sambil kepala aku tertumpu dekat cerita dalam nie. Dapat bunga ros masa tengok wayang sorang-sorang? Adakah ini jodoh?


**********




Hari nie kenduri rumah Farah. Aku dengan Farah nie dah kira macam best-friend-forever sejak semester satu sampai semester sekarang nie. Dulu Farah roomate aku tapi masuk tahun kedua mama Farah minta dia duduk dekat rumah. Sebab tinggal mama Farah dengan ayah dia aje berdua dalam rumah tu. Aku pun tiap-tiap minggu kalau tak balik penang mesti lepak rumah Farah. Mak Farah pun aku dah panggil mama.


Sampai satu tahap tu mama Farah ajak aku pindah sekali duduk rumah diorang tapi taknak lah aku segan. Takkan nak duduk percuma. Lagipun kalau duduk asrama selesa sikit nak belajar atau ada kelas malam.


Baju kurung moden warna gold aku kenakan dengan curve shawl warna krim. Merangkap anak angkat mama Farah aku dengan berbesar hati jadi tukang bagi doorgift dekat tetamu sambil berdiri sebelah mama Farah. Along Farah nie nikah dengan orang Johor. Kak Zara namanya.


Tepat pukul 2 petang pengantin pun sampai. Dengan iringan paluan kompang pengantin dan kaum keluarga sebelah perempuan disambut mesra oleh keluarga dan sedara mara Farah.


“Nian nanti keluarga pengantin perempuan dah duduk tolong bagi doorgift dekat diorang ye.”


Aku angguk dekat mama.


Tapi kan masa ahli keluarga perempuan jalan masuk aku perasan sorang lelaki nie. Pakai baju melayu lengkap siap sampin dengan songkok. Macam dia pulak yang kahwin. Haha.


“Kau dah kenapa gelak sorang-sorang Nian? Cepat la bagi doorgift tu.” Farah tegur aku dari tepi.


Nampak pulak dia aku senyum sorang-sorang. Aku dengan Farah beriringan bawak doorgift tu dan bagi dekat keluarga kak Zara. Aku beri sebelah kiri, Farah bagi sebelah kanan.


“Terima kasih.”


Aku pandang lelaki yang lengkap berbaju melayu tu. Aku angguk sambil tersenyum.


Lepas je bagi doorgift, aku terus duduk sebelah mama sambung tugas yang tadi.


Keadaan dah makin petang, orang pun dah makin pulang. Keluarga kak Zara ada yang dah balik, ada yang belum balik.


“Farah jadikan hantar aku? Train aku pukul 8 malam.” aku tanya Farah yang sibuk duk makan buah tembikai.


“Kau nak balik sekarang?” Farah tanya aku lagi.


Aku tengok jam dekat tangan dia. Pukul 4 lebih. “Pukul 5 la boleh? Hantar aku dekat stesen lrt dah la.”


Farah angguk-angguk kepala dia. Aku kerling dekat sedara mara kak Zara yang masih belum balik termasuk dengan mamat yang pakai baju melayu lengkap tu. Kenapa tak balik lagi. Tak sanggup nak tinggal kak Zara kat sini ke?


“Nian.. tak boleh la hantar kau. Haikal dah on the way nie nak sampai.” tersengih dia pandang aku.


Nie yang rasa nak marah nie.


“Habis macam mana. Tak apa lah aku naik teksi ajelah.”


“Ehh jap.”


Farah terus lari dekat kak Zara. Lepas tu kak Zara terus senyum pandang aku. Kak Zara dengan Farah jalan ke arah aku.


“Nian nak balik pukul berapa?” kak Zara berdiri depan aku.


“Pukul lima la tapi hantar dekat stesen LRT taman Melati dah la.”


“Taufik.” kak Zara senyum sebelum panggil seseorang.


Lelaki yang berbaju melayu lengkap jalan ke arah kami. Nie Taufik?


“Ye kak Zara.. ada apa?”


“Boleh nolong kamek sik?”


“Boleh.. anytime.” Taufik senyum.


“Sudah mahu balikkan? Tolong hantarkan Nian ke lrt boleh?”


“Sekarang?”


Kak Zara angguk.


Ehh apa pulak sekarang lambat lagi.


“Jomlah.” Taufik pandang aku.


Aku yang tengah blur-blur terus angguk tanda setuju.


Aku pergi dekat mama dan bagitahu aku dah nak balik. Betul ke aku nak ikut dia nie. Boleh percaya ke? Aku terus ambik bagpack dalam bilik Farah dan bila aje nampak Farah, aku terus tarik tangan dia.


“Kau nie tak ada masa lain ke Haikal tu nak datang. Ntah sapa-sapa mamat nie. Buatnya dia culik aku ke apa. Macam mana?” marah betul aku dekat Farah nie.


“Cuba bawak bertenang Nian.” boleh dia gelakkan aku.


“Dia nie okey la. Sepupu kak Zara. Tak ada apa-apa pun. Handsome apa. Macam muka chinese dengan korean look sikit. Orang sarawak tu.” Farah sambung lagi.


Kecik besar, kecik besar aku pandang dia nie.


“Cepat la Taufik dah tunggu tu.”


Aku jalan malas-malas menuju dekat kereta myvi Taufik. Segannya. Rasa nak makan aje Farah masa nie.


**********


“Hantar sampai lrt taman Melati dah la.” ayat pertama aku untuk Taufik.


“Nak pergi mana?”


Kereta sudah pun bergerak meninggalkan kawasan rumah Farah.


“TBS.. nak balik kampung.”


“Tiket pukul berapa?”


“Pukul 8 malam.”


Eh banyak pulak tanya dia nie.


“Kalau macam tu nanti saya hantar awak pergi TBS teruslah.”


“Eh tak payahlah.. saya boleh pergi sendiri. Saya dah biasa. Takpe.. hantar sampai lrt dah la.” aku rasa tak selesa pulak.


“Tak boleh.. nanti jadi apa-apa dekat anak dara orang saya pulak yang dipersalahkan. Jangan risau saya nie baik orangnya.”


puji diri sendiri nampak. Aku boleh cakap apa? Ikut ajelah.


“Saya Taufik. Awak?”


Baru nak buat sesi suai kenal ke nie?


“Saya Nian.”


“Orang sarawak?” dia tanya lagi.


“Tak lah orang penang.”


“Saya orang Sarawak. Nama awak ada sikit-sikit macam orang sarawak. Student ke?”


Dah macam sesi ice-breaking saja nie. Ke dia berminat dekat aku. Muehehehe. Perasan betul la.


“Aha student lagi. Satu kelas dan satu kos dengan Farah.” aku kerling jam dekat dashboard kereta. Awal lagi.


“Saya nak balik rumah kejap, tukar baju.”


aku terus pandang dia. Apa? Nak balik rumah. Aku cakap dah dia nie ada niat tak betul nie. Uwaa nak buat apa nie. Takkan nak lompat keluar kereta?


“Awak nie kenapa? Macam takut aje.” Taufik pandang aku sekilas. Tak lama lepas tu dia gelak kuat.


“Saya nak balik rumah sebab nak salin baju, bukan nak bawak awak masuk rumah sekali.”


Aku kerling dia sekilas. Rasa bersalah pulak.


“Saya tahu awak tengok saya pelik tadi sebab saya sorang aje pakai baju melayu lengkap siap sampin dengan songkok lagi kan? Saya pagi-pagi lagi dah jadi dulang boy kawan saya nikah, lepas habis aje majlis nikah tu terus saya pecut majlis kak Zara pulak.”


Aku simpan senyum. Perasan pulak dia aku pandang dia tadi. Malunya!


“Lain kali jangan pandang saya macam tu. Rasa macam artis pulak.”


Buerkk! Perasan.


Taufik berhentikan kereta depan rumah teres dua tingkat. Rasanya dia duduk rumah sewa nie sebab bersepah kasut dekat luar.


“Awak duduk dalam nie diam-diam. Kunci pintu lagi 15 minit saya keluar.”


“Okey.”


Elok aje Taufik keluar aku terus kunci pintu dan belek-belek telefon. Belek-belek dalam kereta. Muehehe. Ada kad pelajar dekat tempat duduk belakang. Budak MSU rupanya. Dan ada kasut perempuan dalam kereta dia. Mesti awek dia nie. Aku terus belek telefon sambil layan facebook. Tak lama lepas tu Taufik ketuk tingkap. Jeans dengan t-shirt aje. Dia senyum dekat aku sebelum mulakan pemanduan.


Aku tak tahu nak sembang apa sebenarnya dengan dia. Rasa kekok. Sebab pertama kali aku naik kereta dengan budak lelaki berdua sebelum nie ada la jugak tapi ramai-ramai bukan berdua macam nie.


Kami masing senyap sampailah dekat TBS, aku mintak dia turunkan aku aje dekat tempat turunkan penumpang tapi dia sibuk nak hantar aku sampai naik bus.


Dekat tempat parking dia tolong galas bagpack. Bila aku cakap tak payah lagi dia sibuk nak tolong. Habis aku nak cakap apa? Biarkan ajelah. Aku pegang beg kertas yang dalam tu ada bunga ros merah yang aku dapat masa tengok wayang tu.


Yang aku perasan dia asyik renung jambangan bunag ros merah. Dengan kaca mata rayban yang tersangkut di batang hidung kami sama-sama berjalan tunggu nak masuk balai berlepas. Dah macam dekat airport pulak TBS nie.


“Mana dapat bunga ros merah nie?”


kami sama-sama duduk dekat ruang menunggu.


“Boyfriend bagi erh.” belum sempat aku nak jawab dia dah mencelah.


Aku mampu sengih ajelah dekat dia.


“Boleh saya whatsapp awak tak nanti?” dia dah keluarkan Iphone dia.


“Nak buat apa?” aku tanya dia.


“Saya cadang nak pergi penang minggu depan.”


Aku terus bagi number aku dekat dia.


“Cuti sem nie buat apa?” dia tanya lagi.


Kenapa aku rasa macam dia nie banyak cakap pulak.


“Cuti sem nak dekat tiga bulan.. kerja part time ajelah.”


“Awak kerja dengan saya nak?”


Terkejut jugaklah aku dengar ayat dia. Dia nie CEO mana pulak mintak aku kerja dengan dia.



“Kerja apa?” aku pandang dia sambil betulkan hujung tudung.


“Jadi pemandu pelancong saya.”


aku pandang dia tak berkelip. “Pemandu pelancong?” aku jungkit kening.


Dia angguk.


Aku geleng. “Tak berminat.”


muka dia berubah sikit macam riak kecewa “kenapa?”


“Saya nak kerja la. Nak buat bayar yuran.”


“Kerja dengan saya lagi masyuk. Sehari lima puluh ringgit.”


aku geleng. Tak mau!


“Sehari seratus.”


aku geleng lagi. Terima kasih ajelah.


“Saya datang tiga hari aje. Jumaat. Sabtu dan ahad.”


“Tak nak.” aku masih berkeras.


“Sehari dua ratus. Muktamad.”


“Abah saya tak bagi ikut lelaki yang bukan-bukan.”


“Abah awak? Tak ada masalah. Benda kecik aje.” dia senyum pandang aku dengan pandang yang dia akan berjaya.


Hek eleh hang tak kenal lagi abah aku macam mana. Ingat senang ke dia nak lepas anak dara dia dengan lelaki yang bukan-bukan.


Aku tengok jam dekat telefon lagi setengah jam nak naik bus.


“Saya gerak dululah.” aku terus galas bagpack dan pegang beg kertas yang ada bunga ros merah tu.


“Bye Nian. Kacak na kitak aritok.” Taufik melambai-lambai masa aku turun escalator.


Aku yang tak berapa nak paham apa dia cakap terus melambai – lambai tangan. Kacak? Aku nie perempuan la bukan lelaki. Aritok? Tok aku ke? Mana dia tau tok aku kacak? Apa – apa jelah Taufik oi. Janji hang bahagia.




bersambung...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. dah lama zati tak post apa-apa cerpen/ cerita dalam blog nie.

zati nak beritahu nie yang Zati akan jual sendiri NIAN TAUFIK nie. jadi nanti dah siap sepenuhnya Zati akan buka pre-order. semoga ada yang sudi dapatkan Nian Taufik nanti. dan tak banyak bab yang zati akan post dalam blog nanti. sebab kalau post banyak-banyak bab nanti dalam buku dah jadi sikit untuk dibaca, apa-apa pun terus menyokong zati mohd dan Nian Taufik. terima kasih.









































2 comments:

  1. Bru nak siok2... sah habes pulak. Adoiiii..hahahaa. cot kak zati. Xsabaaauuu

    ReplyDelete
  2. Bru nak siok2... sah habes pulak. Adoiiii..hahahaa. cot kak zati. Xsabaaauuu

    ReplyDelete