\
“HAI awak apa khabar?”
Terkedu aku. Ewah dah pandai
cakap bahasa Malaysia. Tapi ada pelat Korea sikit.
“Hai awak, khabar baik. Dah
lama ke tunggu?” aku jalan merapati Lee Jong Hyun yang duduk atas
kerusi dalam mall.
“Dah leyma tugu?” Lee Jong
Hyun kecikkan mata dia tanda tak paham.
Terus aku gelak depan-depan dia.
Sorry tak boleh nak selindung lagi sebab ayat dia memang lawak.
“Why??” dia renung
aku tajam.
Haa sudah.. keluar bahasa
English pulak.
“Not dah leyma tugu but dah
la-ma tung-gu” aku duduk disebelah dia sambil hulur air susu pisang
kegemaran Lee Jong Hyun.
“Means?”
“Means you wait too long.”
“Okey.. thank you.”
Aku angguk dan senyum dekat dia.
Disebabkan esok dah mula kelas untuk semester akhir jadinya aku dan
Lee Jong Hyun dah janji nak keluar beli barang sama-sama. Lepas saja
keluar dari studio Lee Jong Hyun terus janji dengan aku nak jumpa
dekat sini.
“Minggu depan awak lapang?”
Lee Jong Hyun tanya sambil belek kertas A4 dirak.
“Tak tahu lagi. Kenapa?” aku
pandang dia sekilas.
“Saja tanya. Kalau free
bagitahu saya erh.”
Aku angguk tanda setuju sebab
masih sibuk mencari ballpen yang sesuai.
“Awak suka lelaki korea?”
Lee Jong Hyun masih tak pandang aku.
Aku rasa nie soalan killer nie.
Final exam punya soalan pun tak susah sampai macam nie.
“Suka macam mana? Cinta?”
aku letak ballpen dalam bakul dan pandang dia lama.
Lee Jong Hyun angguk. Muka dah
merah.
“Saya pun tak tahu.” aku
jungkit bahu.
“Kalau ada lelaki Korea minat
awak?”
aku gigit bibir. “Boleh
dipertimbangkan. Mungkin.”
Lee Jong Hyun tersenyum.
“Antara lelaki Malaysia dan
Korea?”
Aduh! Dia punya soalan.
“Kalau saya dah suka lelaki
Korea maknanya lelaki Korea sajalah. Tak ada dah lelaki Malaysia.
Tapi kalau saya tak ada teman lelaki Korea nanti balik Malaysia saya
carilah.” haaa.. details tak penerangan aku.
Letihlah cakap Korea.
“Kalau ada teman lelaki Korea
tak cari lelaki Malaysia dah?” lagi sekali Lee Jong Hyun nie tanya
aku.
Aduh.. nanti aku cakap bahasa
Malaysia nanti baru tau.
“Yes.”
“Sekarang nie awak pilih
lelaki Korea ke Malaysia?” Lee Jong Hyun pandang aku mintak
jawapan.
Rasa nak lari balik saja
sekarang nie.. aku letak tangan dekat dahi dia. Tak demam. Aku
raba-raba muka dia. Tak ada kesan kena pukul ke apa.
“Wae yo?”
“Awak okey?” aku tanya dia
pelik. Memang pelik pun dia nie.
“Saya okey. Awak tak jawab
lagi soalan saya.” dia capai jari aku.
Letih nk jawab soalan dia.
“lelaki Korea.”
Terus senyuman dia melebar.
Lebar sangat.
Lepas saja beli barang dan
makan-makan. Lee Jong Hyun janji nak bawak aku ke kelas esok
sama-sama dengan dia. Aku ingat nak naik bus saja jimat sikit tapi
dah alang-alang dia ajak baik aku ikut saja.
*********************
Minggu nie kami sama-sama sibuk.
Jarang sangat dapat jumpa. Kalau jumpa pun dia datang makan maggi
kari kesukaan dia tu saja. Aku yang tengah siapkan jurnal untuk
assignment kelas penyiaran tersentak bila dapat meseg dari Lee Jong
Hyun.
“Okey”
Aku
balas lepas tu sambung buat kerja. Nasib esok kelas aku sampai
tengahari saja. Tapi lepas tu boleh lepak library kejap nak cari
bahan untuk presentation. Tiba-tiba nak jumpa aku dekat Namsam tower
pulak. Boleh je jumpa dekat rumah tak pun kat kampus ke. Bukan tak
pernah terserempak.
*****************
Skirt
pendek paras lutut, t-shirt baby tee dan kasut boot tinggi hingga
lutut serta rambut diikat tinggi menyerlang sedikit penampilan aku
harinie. Suasana N Seoul Tower harinie agak sedikit lengang.
Berbekalkan beg kelas, aku panjat tangga keseorangan. Rata-rata
pengungjung di sini semuanya berpasangan. Hanya aku saja yang
sendiri. Cemburu.
Aku
duduk dia atas kerusi yang disediakan. Lock love! Aku hanya memerhati
pasangan kekasih memasang lock love di setiap pagar. Dalam sedar aku
tersenyum sendiri. Aku cuba hubungi Lee Jong Hyun. Tak angkat mungkin
tengah memandu. Aku hantar sms memberitahu aku sudah tiba dan setia
menantinya di sini.
Sesekali
angin petang bertiup di kawasan N Seoul Tower. Aku tengk jam.
Lima
minit.
Sepuluh
minit.
L
is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Aku
pusing belakang.. Lee Jong Hyun! Oh may god!
Aku
tercengang..terkesima.. dia menyanyi bersama petikan gitar dan
pandangan yang redup sambil memandang aku. Dia melutut menghadap aku
sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Aku tergamam. Terkejut.
Adakah ini lamaran?
Semua
mata yang ada disitu terpaku memandang kami. Aku tahu dalam hati
mesti nak cakap romantik giler kan. Tapi dalam hati aku cakap. Malu
giler. Nak buat apa nie?
Ottokey..
ottokey..
“Awak
cakap kalau ada lelaki Korea suka dekat awak, awak akan terima kan?”
Lee Jong Hyun pandang aku.
“Saya
lelaki Korea yang suka awak. Awak terima?” dia cakap lagi bersama
petikan gitar tapi aku tak tahu irama apa.
“Awak
betul-betul suka saya?” aku tanya dia.
“Love.
I love u. from the deep in my heart”
Aku
terkesima. Jujur aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau bab
perasaan. Memang aku akui aku selesa sangat dengan dia. Cinta?
Mungkin.
“Terima
saya?” Lee Jong Hyun masih lagi melutut.
Dengan
senyuman semanis mungkin. Aku paut tangan dia dan aku anggu. Apa
salahnya buka ruang hati untuk lelaki yang bernama Lee Jong Hyun.
Terus
dia peluk aku erat. “Kumawo.”
Aku
balas pelukan dia. Bahagia.
Dalam
hati berbunga-bunga rasa cinta yang membara. Nama aku dan Lee Jong
Hyun di sematkan dia atas lock love. Kuncinya kami baling jauh-jauh.
N Seoul Tower lambang cinta kami.
“Kenapa
tak cakap yang awak suka saya selama nie?” Lee Jong Hyun tanya
semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.
Sebelah
tangannya memegang stereng mana sebelah tangan lagi menggenggam jari
jemari aku.
“Eh,
saya kena cakap ke? Saya kan perempuan.” Aku pandang dia sambil
tersenyum.
“Kalau
perempuan pun tak salahkan kalau nak meluahkan rasa?” dia pandang
aku sekilas tapi yang pasti tangan dia tak lepas dari mengenggam
tangan aku. Perlahan-lahan diambil dan dicium.
“Perempuan
Malaysia kan pemalu.” Ayat cover dari aku.
“Habis
awak nak cakap lelaki Korea tak tahu malu la?” Matanya mencerun
memandang aku..
“Ehh
saya pulak yang kena. Awak romantik.. baik..kacak..bla..bla..bla..”
belum sempat aku nak cakap lagi dia tarik hidung aku. Matanya di
kenyit pada aku.
Hanya
ada satu rasa dalam jiwa. Bahagia.
“Esok
awak ada kelas?” aku tanya dia.
“Esok
saya masuk studio sebab bulan depan YG panggil saya audition.”
YG?
Syarikat rakaman yang sangat terkenal dekat Korea. Penyanyi dia pun
bukan calang- calang. Kalau dapat masuk sana memang hebatlah.
“Good
luck.” aku tiup kata-kata semangat.
“Saya
nak panggil awak apa?”
oh
panggilan? Kat Korea lebih kurang macam Malaysia. Ada panggilan
manja-manja untuk kekasih.
“Honey?
Darling?” dia tanya lagi.
Aku
geleng kepala. “Call me sayang. Bahasa Malaysia sayang means
darling.”
“Sayang?”
Lee Jong Hyun cuba panggil dalam bahasa Malaysia.
“Yes
sayang.”
“Okey
sayang.” Lee Jong Hyun lirik manja ke arah aku.
Kami
sama-sama tersenyum. Sungguh aku terasa akan ada cinta mekar dibumi
Korea.
Kak bile nk smbung cite?? Sye dh xsbar² nk thu alkisah kesinambungan cite nie. Hhahahahahha.... Cite nie BEST GILESSSS!!!!
ReplyDeleteKak cpt² larr update cite nie er? err?
Hhehehehee