SALAM SEMUA.. ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ZATI DAH DELETE PINANGAN KE 20.. IN SHA ALLAH LEPAS NIE KALAU ADA REZEKI PK20 IA AKAN DITERBITKAN VERSI NOVEL TAPI TAJUK SAJA YANG LAIN..
HARAP-HARAP KISAH CINTA PERTAMA INI TIDAK MENGHAMPAKAN.. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ZATI OKEY..
SELAMAT MEMBACA :)
AKU
angkat telefon yang duk berdering lagu Ayumi Hamasaki. Masuk nie sudah tiga
kali ia berbunyi. Aku tengok nama dia skrin kak Nina!
“Assalamualaikum
kak Nina.”
“Waalaikumsalam.
Buat apa tu?” suara kak Nina kedengaran.
“Tak
buat apa baru balik sekolah.” Aku landing atas katil.. lega dapat baring.
“Esok
nak join tak program dekat USM?”
“Program
apa?” aku lepaskan rambut biar terurai.
“Ada
la, kalau nak suruh abah hantar Zara datang rumah kak Nina malam nie, tidur
sini lepas tu esok pagi lepas subuh kita gerak.”
“Okey.”
Aku
letak telefon. Ada
program dekat USM? Kenapa aku tak tahu pun padahal kami satu sekolah. Mungkin
tak cukup orang kut.
Lepas
maklumkan dekat abah aku siap-siap kemas beg. Baju tidur untuk malam nie,
losyen harus la, berus gigi, pencuci muka,
charger sebab nampak gaya
telefon aku pun bateri macam nak habis. Baju jubah seluar untuk esok, tudung
putih sedondon dengan baju. Baju kecik dan seluar kecik. Apa lagi erh? Aha…
pencil box dengan buku nota. Siap!
Mak!
Penuh satu beg galas. Macam nak pergi tiga hari saja, belum masuk tuala lagi,
telekung, sejadah. Tidakkk….!
Malam
tu jugak aku bergerak pergi rumah kak Nina. Kak Nina sikit pun tak terperanjat.
“Tau
dah mesti Zara nak datang punya.”
Aku
bersalaman dengan kak Nina. Abah hantar dekat depan saja dia tak masuk katanya
nak cepat lepas nie nak bergerak pergi Langkawi sebab kena outstation.
Pagi-pagi
lepas subuh kami dah bergerak tunggu bas ingatkan ada orang nak hantar rupanya
kena naik bas sendiri. Makanya pagi itu terciptalah sejarah aku pertama kali
naik bus, sebab selama nie nak pergi mana-mana pun abah yang hantar. Maklum lah
anak bapak!
Ingatkan
dah sampai station bas terus naik feri untuk ke USM. Tapi kak Nina kata dia nak tunggu orang
sekejap.
“Kita
nak tunggu sapa nie kak Nina?” aku
betulkan beg galas aku.
“Tunggu
kawan-kawan yang lain la.”
Aku
terangguk-angguk. Ada
jugak orang lain ingatkan kami saja. Hehe.
“Nie
bukan under sekolah kan ?”
sebenarnya dari semalam lagi nak tanya tapi asyik terlupa saja tu la banyak
makan kepala ikan.
“Tak,
yang nie program luar sekolah macam aktiviti sukarelawan. Tak apa la nanti Zara
tahu la.”
Aku
angguk-angguk saja la. Patut la kena pergi sendiri.
“Haaa
tu pun.” Kak Nina bangun sambil tersenyum.
Dari
jauh aku nampak Abang Dollah, kak Jun dan dua orang lelaki. Abang Dollah dengan
kak Jun tu senior aku dekat sekolah budak STPM. Yang lain aku tak kenal.
Kami
naik feri lepas tu turun feri ambik pulak bas pergi USM. Dari perjalanan dari
feri ke USM aku diam aje. Yela aku nie bukan rapat sangat dengan budak
‘besar-besar’ tapi dalam diam-diam aku ada jugak aku bertegur dengan dua orang
itu. Sorang namanya Putra lagi seorang lagi nama Khairi yang pasti dua-dua
orang tu lagi tua pada aku.
Sesekali
pasti mata aku dan Putra akan bertembung. Asih! Jangan cipta kenangan nak pergi
USM pulak.
“Zara
sekolah mana? Tingkatan berapa?” Putra yang dalam diam tu tegur aku lagi
sekali. Tadi tegur aku wish good morning je. Macam aku nie minah salleh nak
wish wish bagai.
“Tingkatan
tiga, sekolah sama kak Nina. St Mark Butterworth.” Aku jawab malu-malu.
“Abang
putra sekolah mana? Tingkatan berapa? Yang pasti bukan sekolah sama Zara kan ?” aku tanya dia lagi
dalam duk malu-malu aku tu.
“Sekolah
Al-mashoor, tingkatan lima .
Abang semalam tak pergi sekolah. Pagi tadi dari rumah terus nak join kak Nina
sekali.”
Ooo
sekolah ponteng datang program nak pulak.
Kami
masuk dewan besar yang berhawa dingin dan bertingkat-tingkat rasanya lebih dua
puluh tingkat kut. Kami duduk di bahagian tengah. Dan yang pasti bahagian depan
sudah penuh. Bagus betul budak-budak nie. Kalau aku nak duduk depan so sorry
takut kena soal jawab. Bila tak dapat jawab confirm malu.
“Assalamualaikum
dan selamat pagi terima kasih sebab sudi hadir pada pagi nie, nama akak kak
Wan, adik boleh panggil kak Wan. Akak wakil dari sahabat Alam Malaysia . Terima kasih kepada
wakil-wakil sekolah Al-mashoor lelaki, Convent greenlane, Abdullah Munshi, St
Mark, sekolah menengah Sungai Ara.. bla.. bla.. bla…”
Aku
dah tak dengar, sibuk menguap. Mengantuk la pulak. Mengikut yang ada dalam
tentative yang tersarung dalam fail keras nie. Pukul Sembilan ada ceramah pasal
tumbuhan hijau, pukul sepuluh minum petang. Sepuluh setengah sambung balik
ceramah sampai lunch hour lepas itu
buat LDK latihan dalam kumpulan. Harap-harap
ada yang sama umur dengan aku, tak terasa la sangat yang aku nie ‘muda’ hehe.
***********************************************
Lepas
sembahyang Zohor berjemaah di masjid USM, kami dipecahkan mengikut kumpulan
mengikut nama semasa mendaftar tadi. Satu kumpulan tak melebihi dua puluh orang
dan setiap satu kumpulan ada seorang akak fasi.
Selepas
berkenalan dengan memberitahu nama, sekolah dan tingkatan berapa seperti yang
di agak aku yang paling muda. Sampai akak fasi tu cakap.
“Sebenarnya program nie lebih kepada
tingkatan empat dan lima
tapi bagus jugak pertama kali kami dapat budak tingkatan tiga.”
Budak?
Okey la, pasrah!
“Zara
nie kawan kak Ina ya?” kak Nadia fasi aku yang tengah duduk bertentangan dengan
aku mula bertanya.
“Zara
nie sepupu kak Nina.” Aku betulakan ayat kak Nadia.
“Kak
nina?” Kak Nadia macam pelik aje bila aku sebut kak Nina.
“Eh
silap kak Ina.” Macam mana la boleh lupa, hanya keluarga terdekat saja yang
panggil kak Nina.
“Akak
nak adik-adik semua cari pokok,bunga atau daun dan nyatakan kenapa adik-adik
pilih pokok tersebut.”
Aku
dah rasa macam budak sekolah rendah dah. Kami berpecah. Aku nak cari pokok apa
nie? aku pun tak tahu. Dari satu tempat ke satu tempat.
Aku
tercari-cari sampai tak sedar dah jauh dari kumpulan.
“Zara
cari apa?” kak Nina cuit belakang aku.
“Cari
daun ke, bunga ke.. kak Nina buat sama macam kami jugak ke?”
“Tak
la kak Nina kena cari pokok tumpang.”
Aku
tinggalkan kak Nina dan pokok tumpangnya. Tiba pulak aku jumpa group kak Jun.
hanya senyum-senyum aje. Nampak macam kak Jun tu pun sibuk duk mencari aku
berjalan ke depan lagi.
“Haaa
Zara.. cari duit ke?” Abang Dollah yang berdiri depan aku turut sama
terbongkok.
“Tak
aih Zara cari bunga..daun tak pun pokok.”
“Ingatkan
duit hilang ke apa sampai terbongkok-bongkok. Fasi dia Nadia ke?”
“Aha
kak Nadia. Abang Dollah kena buat apa?”
“Abang
Dollah jadi fasi ganti kak Wan..”
Waaa..
mesti budak-budak perempuan group abang Dollah cuci mata nie. dapat Fasi yang
kacak, stylo pulak tu.
Aku
tinggalkan abang Dollah. Last-last tak tahu nak cari apa aku bawak balik pokok
semalu la. Senang.
Masa
nak berjalan balik masuk group sempat jugak aku cuci-cuci mata tengok group
lain.. berbalas-balas senyuman. Karang tak senyum kena cop sombong pulak. Mata
aku terpandang seseorang. Kami berblas senyuman. Dalam diam hati terpaut. Aish!
Buat ayat sastera la pulak aku nie.
Kami
duduk dalam bulatan sambil memegang pokok, daun dan bunga masing-masing.
“Cepat
la Zara.. semua dah tunggu nie.” semua mata tertumpu pandang aku.
“Saya
pilih pokok semalu nie kerana identity saya yang pemalu.. err..” betul ke aku
cakap nie? aku garu-garu kepala.
“Lagi?”
Kak Nadia bertanya macam tak puas hati aje.
“Bila
kita pegang pokok semalu nie automatic dia tertutup sendiri.. dia mempunyai
sifat pemalu yang tinggi, bagaikan seorang gadis penuh dengan sikap pemalu dan
yang pasti pokok semalu nie menghormati orang lain. Bila kita pegang dia, dia
akan tertutup dan akan menunduk.. macam tu la lambang seorang gadis.. pemalu
dan terhormat. Tapi jaga-jaga pokok semalu nie garang.. silap-silap terkena
durinya.”
Satu
tepukan untuk aku. Bukan dari group sendiri tapi dari group sebelah. Group
abang Dollah.
“Ala setakat pokok semalu
nie apa la sangat tengok saya nie haa pokok pandan..” abang Arm dah
goyang-goyang pokok pandannya siap dengan akar lagi mana di kutip pun tak tahu.
“Haaa
cepat Ikram kamu pulak excited sangat dengan pokok pandan tu mana kutip pun tak
tahu.” Kak Nadia marah-marah manja dekat abang Arm.
Kami
semua tersenyum..
“Pokok
pandan nie wangi macam saya. Sangat diperlukan dalam masakan dan sangat
istimewa untuk raja sehari kerana aromanya mampu meningkat pasangan pengantin
untuk melakukan….”
“Sudah-sudah…
melalut kuat budak nie baik kamu diam.” kak Nadia cepat saja memintas.
Kami
semua sudah ketawa.
“kalau
adik-adik nak tahu pokok-pokok, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan sangat penting
buat kita.. kenapa? Haa kita biar budak ARAS
yang jawab.. Ikram mana Ikram?” kak Nadia tercari-cari Abang Arm.
“Saya
kat Sini.” Abang Arm angkat tangan.
“Cepat
jawab kenapa alam sekitar nie penting untuk kita?”
“Tak
nak.”
“Laa
kenapa?”
“Tadi
suruh diam.”
Aku
ketawa saja dengan gelagat abang Arm nie.
“Akak
melawak je la.. cepat la Arm.. nanti lambat upacara penyampaian sijil.”
“Sebab
kita berpijakkan bumi dan berbumbungkan langit.. lagipun hubungan manusia dan
alam sekitar sangat rapat, kita bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok
dan hidupan sekelilingnya. Kalau tak ada pokok nie pemanasan global akan
terjadi. Dan hidupan-hidupan lain akan hilang tempat bergantung.”
Kepala
aku angguk-angguk perlahan.. sesekali aku dan abang Arm berbalas senyuman bila
kami terpandang satu sama lain.
Selesai
sudah aktiviti dalam kumpulan kami kini tiba masa untuk majlis pemyampaian
sijil. Setiap sekolah hanya seorang wakil sahaja. Untuk sekolah kami, kami
serahkan kepada Abang Dollah untuk ambikkan sijil bagi pihak kami..
Sebelum
majlis penutup kami di minta untuk nyanyikan lagu hijau yang dinyanyikan oleh
Zainal Abidin. Lagu yang dinyanyi dalam dialek kelantan ada seribu satu makna..
Bila
kita jadi manusia kita lupa pasal alam sekeliling. Rasa nak buat rumah kita
buat saja rumah tanpa nak pikir apa-apa. Kalau rasa nak tebang pokok untuk
pasaran global kita tebang saja tanpa pikir habitat yang lain. Ekosistem kian
terjejas.
Tiba-tiba
aku rasa sebak dengar lagu tu. Manusia memang suka lupa diri!
*********************************************
Masa
nak balik kami diminta untuk menikmati hidangan minum petang. Hanya teh O dan
bihun goreng.
Masa
dalam perjalan nak duduk dekat kak Nina and the gang, ada sekumpulan gadis
jelita yang tersenyum-senyum pandang aku. Kesemuanya 5 orang. Dan yang pasti
salah seorang itu kak Nora budak group aku masa LDK tadi.
“Zara
ada number phone?” kak Nora mintak masa aku sibuk-sibuk nak salam dengan kak
fasi.
“Aha
ada.” Aku bagi saja number phone aku dekat kak Nora.
********************************************
Habis program pukul lima petang, sampai rumah kak Nina pukul
tujuh setengah malam. Sampai rumah pukul lapan sebab kak Nina yang hantar balik
dia tahu aku tak biasa naik bus.
Sampai
kat rumah mak ajak makan yong tau fu belakang rumah. Ooo lupa nak cerita rumah
aku rumah flat empat tingkat. Dan yang pasti aku duduk atas sekali dan tak ada
lif. Azab wei bila nak naik.!
Dekat
bagan ajam nie yang famous pun pantai bersih dan yong tau fu.. petang-petang
sebelum maghrib aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah suka berkumpul di
tepi pantai menikmati angin petang.
Aku,
Safirah, Shawal, Bainun dengan Emira sebenarnya kami dah kenal masa sekolah
tadika lagi. Lepas itu kami satu sekolah rendah , SK bagan Ajam dan bila darjah
enam masing-masing bawak diri. Ada
yang pergi sekolah Convent dan ada yang duduk sekolah yang pandai sedikit. Tapi
yang tu tak jadi masalah buat kami untuk terus berhubung.
Masa
tengah menikmati yong tau fu pak karim nie boleh pulak Abang Arm dengan Putra
sms aku serentak tapi dua-dua aku tak balas. Macam tak ada mood saja nak layan
dua-dua orang nie. hehe..
Sedapnya dia makan.
Aku
dapat Sms yang aku tak tahu number siapa. Aku pandang sekeliling tapi muka
masing-masing macam tak ada yang mencurigakan pun.
Tercari-cari ke?
Hish!
Siapa dia nie!
Kirim salam dekat mak kita tau.
Aku
try call orang yang hantar sms dekat aku. Tak berbunyi pun. Ala … siapa dia nie.. tak suka la macam nie!
Last-last
aku tak layan number tu pun. Malas. Aku tak suka orang yang sms aku tapi tak
perkenalkan diri. Macam tak hormat orang pun ada. Baik aku nikmati yong tau fu
depan mata nie. Nyum! Nyum!
Bersambung..
Kenapa tajuk sama dgn cerita dllm blog sassy gurlz.?
ReplyDeleteiyalah. tajuk sama. dengan sassy gurlz
ReplyDelete