semperna hari guru dan hari ibu yang dah berlalu zati tetap nak ucap selamat hari guru buat guru-guru diseluruh dunia dan buat mak.. selamat hari ibu.. sayang mak ketat..ketat..
terimalah..
Pulang saja dari sekolah mama suruh aku duduk jumpa dia dekat ruang
tamu. Lepas tengok music video k-pop dekat youtube aku dengan langkah malasnya
turun dekat bawah untuk jumpa mama. Tak sempat nak buka mulut tiba-tiba..
Pang!
Aku sapu perlahan pipi aku yang gebu nie. Waaah! Sedap.
“Dari tingkatan tiga sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan mama.
Mana mama nak letak muka nie?”
“Dah la tu mamanya pun.” Abah urut lembut belakang mama.
Abah buat isyarat suruh aku masuk bilik. Aku segera bangun.
“Malu muka saya nie bang. “
Malas nak dengar lagi terus aku masuk bilik.
“Sakit tak kak?” Aida panjat katil aku.
“Hish! Penyibuk dah datang. Sedap sangat kena lempang dengan mama. Nak
rasa tak?” ayat sarkastik aku untuk adik tersayang.
“Boleh rasa ke?”
Aku tepuk dahi. Apasal la dapat
adik biul macam nie.
“Keluar la.”
Dengan mulut muncungnya, Aida keluar dari bilik aku. Aku pandang cermin
sambil belek-belek pipi.
Huh! Macam mana boleh kantoi aku ponteng kelas. Ala mama nie pun
setakat ponteng kelas saja pun pejam la mata,
bukan ponteng sekolah. Kalau ponteng sekolah aku rasa berbaloi la kena
lempang.
Telefon berdering.
Nia!
“Kau apasal?”aku baring atas katil sambil mata memandang syiling.
“Jadi tak malam nie? Aku dah booking tiket nie.”
“Memang tak jadi la malam nie. Aku baru lepas kena lempang dengan cikgu
disiplin tersayang kau tu. malaun mana entah pergi bagitahu mama aku yang kita
ponteng kelas.”
“Kau biar betul?”
“Muka aku nie muka penipu ke?”
“Hahaha.. tak jadi la malam nie?”
Aku geleng. Eh dia bukan nampak aku geleng pun.
“Tak jadi! Mood aku dah hilang.”
*********************************************************
Esok paginya dekat sekolah macam biasa pagi-pagi aku dah bedal dua
keping roti canai. Nak makan dekat kantin? Aku makan dalam kelas senang sikit.
Tak payah nak keluar dah.
“Eh sedapnya kau makan.” Fakhri duduk depan aku.
“Kenapa nak ke? Nak beli sendiri la.” Aku terus suap masuk mulut.
“Tak mahu la, aku pagi-pagi makan spagethi tak pun mummy aku masak
scramble egg with bread.”
Huih! Berlagaknya. Apasal tak duduk US je? Menyemak datang Malaysia
buat apa. bangga sangat dengan makanan omputih kau tu.
“Kau menyibuk kacau aku makan nie kenapa?” aku tanya dia lagi.
“Aku nak bagitahu tak lama lagi bapak aku dapat pangkat Dato.”
Aku pandang dia pelik. “Tu je kau nak cakap?”
“Yela tu je la.”
“Tahniah la lepas nie confirm kau jejaka paling hangat dalam sekolah
nie. Saham pangkat Dato bapak kau tu telah menyebabkan saham hidup kau meningkat dengan itu aku telah buat satu hipotesis
untuk kau. Nak dengar?”
Fakhri angguk kepala.
“Dengar erh. semakin tinggi pangkat bapak kau, semakin tinggi kehadiran
pisau cukur dalam hidup kau.” Aku lap
mulut dengan tisu sambil pandang muka dia.
Muahahahah..hebat tak hipotesis aku?
“Kau jadi girlfriend aku nak?”
Aku angkat kepala sambil pandang muka Fakhri. Apakah benar apa yang aku
dengar?
“Aku jadi girlfriend kau?” aku tanya dia lagi minta kepastian.
“Yela.”
“Tak boleh.. tak boleh.. aku tengah dalam proses nak mengayat budak
sekolah depan. Buat masa sekarang kau
tak layak nak melamar aku lagi.”
Tiba-tiba rasa macam aku nie kejam pulak. Ah! Lantak la.. janji aku
memang tak nak couple dengan budak perasan kaya macam dia nie. Entah betul entah
tidak bapak dia nak dapat pangkat Dato!
Lepas saja waktu rehat..
Aku mulakan rancangan nak kenakan budak perasan kaya iaitu Fakhri. Dengan bantuan Nia, Min
dan Syawal.. makanya aku akan mulakan misi aku sekarang.
Aku sapu gam UHU dekat atas kerusi tempat Fakhi duduk. Bukan sapu
sikit-sikit sekali aku sapu 3 gam aku guna. Haha..
Bila Nia nampak Fakhri terus dia isyaratkan dekat aku yang Fakhri dah
datang. Aku pun buat-buat la buka novel sambil baca dengan khusyuknya..
1..2..3..4..5
“Siapa letak gam nie. Habis seluar sekolah aku, 200 ringgit aku beli
nie.. adoi..”
“Laa sapa buat dekat engkau nie,, kesiannya.. tadi aku tak perasan
pulak sebab aku tengah baca novel..” aku pun buat-buat la prihatin.
“Kenapa Fakhri?” Puan Fatimah a.k.a mama aku masuk kelas.
Ehh lupa pulak yela lepas rehat kan time mama aku mengajar subjek
akaun.
“Tak tahu la cikgu ada orang letak gam atas kerusi saya nie.”
Mata mama mencerun dekat aku. Aku angkat bahu lepas tu buat-buat tak
dengar.
“Tak pa kamu boleh minta pelepasan untuk balik awal.. nie kertas ujian
kamu 80/100 tahniah.”
Lepas Fakhi keluar sambil tunjuk muka moody dia tu.. mama a.k.a Puan Fatimah terus berdiri depan
kami semua. Kertas ujian dipegang erat.. 10 orang nama disebut nie tolong
bangun.
“Nia.. Min.. Syawal.. Jez Ranjini, Bryan.. Tan Choong.. Cerlyn.. Ah
beng.. Safirah..dan akhir sekali.. Lisa..” mata mama dekat aku.
Lisa? Aku la tu.
“Markah ujian kamu semua dari 20 ke 30/100 tapi untuk Lisa markah ujian dia 2/100”
Satu kelas pandang aku. 2/100.. mati la aku kena berleter dengan mama balik sekolah nanti. Wajar la aku
dapat 2/100 sebab aku nie pemalas nak belajar.. nasib..nasib..
“Lepas nie Lisa jumpa pengetua.”
Aih! Sadisnya hidup aku.
**********************************************************************
“Seharusnya kamu berasa malu kerana ibu kamu merupakan guru disiplin
dan juga guru akaun kamu.”
Aku pandang muka pengetua.
“Kalau percubaan masih tak lepas saya mahu kamu bertukar ke kelas
sastera. Faham?”
Kepala aku angguk.
“Ibu kamu merupakan guru cemerlang peringkat negeri Pulau Pinang. Tak
pernah seorang pun pelajarnya dapat 0, tiba-tiba anaknya pulak dapat 2/100..
kamu nie budak pidato.. budak perbahasan.. bukan sahaja kamu mengharumkan nama
sekolah tapi seluruh pelajar sekolah di kawasan nie kenal kamu. Kamu tak malu
ke?”
Kepala aku tundukkan.
“Saya tengok cikgu Fatimah tak pernah abaikan pelajarnya.. balik
sekolah dia buat kelas tambahan.. dekat kelas dia bagi lagi kamu kerja
tambahan.. saya tahu perakaunan nie sangat susah tapi kamu kena paham seorang
guru takkan melihat anak muridnya gagal, tambahan pula seorang ibu. Sekarang
kamu boleh pergi balik ke kelas kamu. Fikirkan apa saya cakap tadi.”
Lepas ucap terima kasih terus aku melangkah ke surau. Tak ada mood nak
masuk kelas dah.
Aku panjat bumbung sekolah nasib baik aku pakai seluar fit di dalam
jadi senang la aku nak panjat memanjat nie.
Aku letak beg atas bumbung sambil aku duduk bersila. Aku keluarkan twisties
sambil melihat pemandangan dari atas bumbung.
Selama nie aku nakal sangat ke sampai tak pernah nak faham hati mama.
Setakat ponteng kelas, mengusik budak-budak junior.. letak gam uhu dekat Fakhri
rasanya yang tu tak la nakal sangat.
Nak kata ambik extacy memang tak la kan walaupun Nia selalu saja offer
sebab aku tak la jahat sampai macam tu. nak pergi clubbing pulak. Aku nie bukan
jenis suka keluar tengah- tengah malam. Paling jahat aku pernah buat pun aku
mengorat budak sekolah depan. Kira okey la tu aku mengorat.
Lepas saja loceng berdering tanda sekolah dah tamat aku bejalan duduk
dekat bus stop.
Sambil- sambil tu aku berfikir pasal kelas tambahan.
Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak.. ala kalau aku pergi mesti kena gelak.. tapi dari tukar kelas lagi malu. Pergi je la.
Sambil- sambil tu aku berfikir pasal kelas tambahan.
Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak.. ala kalau aku pergi mesti kena gelak.. tapi dari tukar kelas lagi malu. Pergi je la.
“Assalamualikum.”
13 orang pelajar kelas akaun semua pandang aku.walaupun kelas aku ada
42 orang pelajar tapi yang hadir yang 13 saja. Budak- budak kurang cemerlang.
“Cikgu saya nak join kelas tambahan. Sebab minggu depan dah trial lepas
tu lagi 3 bulan SPM.. saya tak mahu tukar kelas..” ahhh! Malunya.. gasak je la.
“Silakan Lisa ambik tempat kamu.” Mama senyum dekat aku.
“Okey hari nie kita start buat revision dari tingkatan 4 paham." Jurnal dan legar di agih-agihkan untuk setiap seorang.
Dengan lafaz bismillah aku mula membuka buku akuan yang selama nie aku
buka bila hanya perlu.
**************************************************************
Balik dari kelas tambahan mama paksa lagi aku buat revision. Lepas
solat isyak dan baca quran aku mula pergi dekat mama yang dah pegang rotan.
“Mama..”
Mama angkat kepala sambil tersenyum. Mama sua beberapa kertas.
“Nie ada Soalan ramalan SPM.. mama nak ajar Lisa buat balik dari
tingkatan 4.. masa 3 bulan tak cukup untuk cover balik semua subjek tapi penting
kalau Lisa dapat buat jurnal, legar, kunci kira-kira dengan imbangan duga.”
Aku mula buka kertas yang mama bagi, okey fine sepatah haram aku tak
paham.
“Mama tak faham.”
“Mula-mula tengok invoice, nota debit, nota kredit, memo.. baca dulu..
kemudian paham.. anggap bahawa kita nie syarikat XYZ.”
Okey.. okey.. aku baca dulu.. erm..paham..paham..
“Angguk-angguk tu kenapa? Paham tak?”
“Paham ma.. kiranya syarikat Lisa nie jual kasut jadi bahan mentah
utama dia adalah getah.. jadi kiranya semua invoice nie berkenaan dengan nak
buat kasut la kan?”
Mama angguk-angguk sambil tersenyum.
“Haaa pandai pun.. akaun nie sebenarnya senang.. tak susah pun sayang..
kita kena paham setiap yang tertulis..seronok sebenarnya belajar akaun nie..
ramai sangat oang nak masuk kelas akaun.. dah la kelas akaun 1 saja dekat
sekolah.. jadi mama hadkan sehingga 42 orang saja itu pun yang dapat A dan B dalam
peperiksaan matematik PMR.”
“Tapi mama Lisa betul-betul tak minat la..”
“Lisa kena ubah..minat tak minat Lisa kena minat jugak.. Lisa try buat
dulu mama nak bancuh air untuk Lisa dengan adik.. tak adalah nanti Lisa mengantuk
buat akaun.”
Aku senyum je dekat mama.. aih! Macam mana mama boleh cikgu? Dekat
rumah mama jadi mama tapi dekat sekolah mama jadi Cikgu. Dua benda yang berbeza
lepas tu jadilah mamaku cikgu.. hihi.
**************************************************************
Minggu nie peperiksaan SPM..
mata aku dah jadi mata panda.. subjek aku paling suka adalah BM dan paling tak
suka Ekonomi.. hihi..
“Selamat maju jaya..mama doakan anak mama bejaya dalam SPM.. jangan
gopoh-gopoh jawab soalan.. banyak baca doa.. kalau tak ingat cepat-cepat
istigfar.. mama sayang anak mama.” Mama kucup pipi aku.
Aku capai tangan mama..
“Mama Lisa minta maaf.. Lisa selalu malukan mama masa dekat sekolah..
ponteng sekolah.. kacau budak-budak junior.. Lisa minta ampun mama.. sebenarnya
Lisa yang letakkan gam dekat seluar Fakhri..”
“Mama tahu..”
“Haa mama tahu?” terkejut aku.
“Mama nampak masa nak pergi kelas sebelah.. Lisa kusyuk sangat sapu gam
sampai tak perasan mama..”
“Ehh tapi kan Nia ada.. dia yang usha line..”
“Dia bukan usha line pun dia duk main mata dengan budak kelas
sebelah..”
“Mama tak marah?”
“Marah la jugak ingat jangan buat lagi. Tahu?"
Aku gelak saja dengar ayat mama sambil angguk kepala.
************************************************
Aku pegang tangan mama.. akhirnya dengan berkat tunjuk ajar mama aku
dinobatkan sebagai pelajar cemerlang negeri Pulau Pinang.
Dengan kerjasama Bank Negara aku ditaja untuk sambung pengajian di UK
univesiti Manchester..
Aku tak sangka selama nie aku malas dan tak suka sangat dengan akaun
tapi akhirnya berkat tunjuk ajar dan tak putus asa mama mengajar aku
akhirnya aku sendiri tak percaya yang
aku akan belajar di bahagian perakaunan di luar negara..
Mamaku cikgu.. dan semua cikgu adalah mama dan ayah.. mereka yang
mendidik aku.. jasa mereka langsung tak dapat aku balas dengan kata-kata
ataupun wang ringgit. Mereka mengajar aku dengan penuh kesabaran dan penuh
kasih sayang walaupun kadang-kadang aku sering sakitkan hati mereka.
Aku pandang mama sekilas. Mama yang banyak berkorban demi aku.. biarpun
dua tiga pagi aku tak tidur sebab aku belajar tapi mama tetap di samping aku.
Terima kasih cikgu.. teima kasih mama.. kerna mama aku bejaya kerna
cikgu juga aku cemerlang dan juga kerna mamaku cikgu.
p/s > untuk anda nantikan sebuah cepen seram dari zati mohd yang bakal menghantui anda...
siot je tyang gamba tu pkul 3 pagi..
ReplyDelete>>k<<
T_____________T ngape post gamba tuu
ReplyDeletePerghh ! tak sabarr tak sabar nakk tunggu cerpenn seram tuhh . kak Zatii buadd ahh novel seram satuuu . Hikhikhik ><
ReplyDeleteWah ta sabar na tguw cerpen baru hihihihi
ReplyDeleteOmaigaddddd... Teringat form 3.. Aku buh gam uhu kt krusifl fakhri a.k.a kie bongo... Tapi kie relak je, chen fun wei yg sibuk bgtau cikgu disiplin... Tk gune! ... Ahahaha.. Tp kie tk mrh aku.. Tktau nape... Ksian dia, jahatnya aku time skolah dulu.. Kena minta maaf nih... Haaahhahaha terbaik la zati...
ReplyDeleteMmg terbaikk laaa... Teringat zaman sek dlu...slalu dok mengusik ckgu sejarah...sembunyikan kasut dia.. Satu kelas dia bising...siap nk dimerit smua org klau x bg balik kasut dia..hahaha... Terbaikk laa kak zati...
ReplyDelete