“Hahaha..” aku tahan perut sambil ketawa kuat-kuat.
“Song Ji Hyo.. perlahankan sedikit suara tu..” mak bagi
amaran pertama.
Beberapa saat kemudian aku ketawa lagi.. lagi dan lagi..
“Siti Jamilah Binti Harun kalau menghadap cerita Korea
sampai tak ingat dunia, bukan nak tolong mak masak ke apa.. nie tak, gelak
macam puntianak.” Mak muncul dengan senduk ditangan.
Aku tekan butang pause.
“Ala
mak nie.. orang tengah tengok running man nie mak! Mai la mak tengok sekali.”
Aku pandang mak. Kadang-kadang mak nie menyeramkan jugak kalau pegang senduk
macam nak pukul orang.
“Ish! Tak kuasa mak.. bukan mak paham apa diorang cakap.”
Mak terus berlalu pergi.
Aku tekan balik butang play.. ketawa lagi dan lagi..
Nie la dunia aku.. Korea ,
Korea , Korea .. aku terlalu obsess dengan Korea .
Kalau ada artis baca nie mesti aku kena cukup-cukup.. hehehe..
Dari K-pop, reality show, movie, drama semua ada dalam
simpanan aku dari 1 external sekarang aku dah ada 3 external.. dan semua tu
adalah cerita-cerita dari Korea ..
hebatkan aku.
Aku ada angan-angan.. aku nak sangat jejakkan kaki ke bumi Korea ..
tapi aku nie bukan anak orang kaya pun setakat nak pergi jalan-jalan dekat
Langkawi tak pun pergi Genting masuk rumah Salji yang kononnya aku dekat Negara
Korea ,
yang tu aku mampu la..
Mesti korang pelikkan kenapa mak aku panggil aku Song Ji
Hyo.. nie semua sebab aku nak feeling-feeling Korea la nie.. Siti tu aku tukarkan
kepada Song, Jamilah aku tukarkan jadi Ji manakala nama arwah abah aku Harun
aku tukarkan jadi Hyo bila sambung jadi la Song Ji Hyo.. haaa.. kan sedap tu..
Habis dah satu kampung aku panggil aku Song Ji Hyo.. sampai
cikgu-cikgu pun sama berjangkit. Mak aku suka berleter dari tingkatan tiga yang
umur aku 15 tahun sampai dah masuk tingkatan 6 aku tak habis-habis tonton
cerita korea .
Cerita melayu tu ada la.. tapi boleh kira dengan jari.. tolong Zed Zaidi jangan
ambik tindakan atas aku.. huhu.
Aku tutup laptop dan keluar tolong mak dekat dapur.
“Tak payah tolong.. semua dah hidang.”
Hebat mak aku nie! dari jauh dah boleh hidu aku.
“Nanti mak berleter pulak..” aku tarik kerusi dan duduk buka
tudung saji.
Gulai udang, sambal belacan dengan ulam timun, tiba-tiba
terbuka selera aku.
“Itu haa.. mak masak kimbab dengan kimchi je..” perli.
Aku muncungkan mulut. Hari-hari kena perli.. tambah-tambah
kalau aku teringin nak makan maggi.. mula la keluar ayat mak ramen.
‘mak beli maggi tak?’
‘tak beli pulak.. tapi
ramen ada la dalam laci tu.’
Uwaaa.. sedih tau tak..
“Mak kan best kalau kita
pergi Korea ..
jalan-jalan dekat Nami Island , pergi tengok konsert K-pop life dekat sana .. pergi Jeju Island ..
lagi best kalau kita pergi musim Saljikan mak? Syoknya mak…”
“Dah la tu berangan.. makan cepat!”
*********************************************
Dengan baju sejuk
tebal berbulu-bulu dileher, kasut but tinggi paras lutut.. sesekali
cebisan-cebisan salji yang turun menyapa lembut rambut dan pipi aku. Sejuk
hingga ke tulang hitam.
Aku menikmati keindahan Salji di Nami Island ..
pokok-pokok tinggi dikiri dan kanan.. aku tersenyum saat melalui tempat yang
terdapat patung winter sonata. Aku amati perlahan. Hingga bahu aku disentuh
lembut.
“Ji Hyo aaa..” aku
pusing belakang.
Teayang.. Teayang Bing bang?
“Oppa..” aku panggil dengan panggilan paling manja..
“Saranghye..” tangan aku di pegang lembut.
Aku terpaku..
“Oppa..” aku panggil lagi tanda tak percaya.
Dia rangkul aku dalam pelukannya. Aku balas pelukannya. Tak
percaya ahli kumpulan Big Bang peluk aku.
“Tolong tampar saya.” Aku minta permintaan yang entah
apa-apa. Harap dia faham bahasa melayu.
Pap! Paha aku ditepuk kuat.
“Bangun Jamilah… pergi sekolah.. duk oppa..oppa apa.. bangun
sekarang.” Picing mak dah naik tinggi.
Aku hentak-hentak kaki tanda protes.
“Mak! Jangan la kejut.. orang nak kahwin dah dengan Teayang..
mak nieee!”
“Hang nak kahwin tu dapat restu mak ke tak?”
Kepala aku geleng… uwaaa.. nak mimpi balik…!
**************************************************
Loceng sekolah berdering kuat.. aku capai beg sekolah.
Matlamat utama nak balik rumah download show baru dekat kshownow.
“Song Ji Hyo tunggu.”
Aku berhenti melangkah dan pergi kepada cikgu Fatimah.
“Ada
apa cikgu?” aku tersenyum dekat cikgu Fatimah. Cikgu pegajian am.
“Nie ada borang pertandingan Chef muda, kalau boleh cikgu
nak kamu masuk.. wakil sekolah.”
Rasa nak gelak kuat-kuat aje sekarang nie.
“Cikgu saya setakat basuh beras, masak air tu saya hebat la
cikgu nie nak masak lebih-lebih memang tak mampu la saya.”
“Hadiah dia wang tunai RM 10,000 dan juga percutian ke Korea
untuk dua orang.”
Terbeliak biji mata aku.
“Apa cikgu cakap tadi? Korea ?”
Cikgu Fatimah angguk dan tersenyum.
“Haaa nak cikgu nak.. saya isi boring sekarang ye cikgu..
kira confirm nie tau cikgu.. Korea
cikgu.. siapa tak nak pergi Korea .”
Selesai isi borang pertandingan Chef muda, aku serahkan
dekat cikgu Fatimah borang tersebut.
“Okey kalau macam tu.. kiranya awak dah jadi peserta la nie
ye.”
“Oraite cikgu.. fantastic baby..”
Tak sabar nak balik nak cakap dekat mak.. nak suruh mak
siap-siap beg la sekarang.. oh tidak! Baju sejuk tak beli lagi.. kasut but..
aaaa… cepat-cepat kena balik rumah..
Sampai dekat depan rumah aku terpekik terlolong panggil
mak..
“Mak… mak..”
Mana mak nie..
“Oooo makk oii….”
Tiba-tiba baru aku teringat mak aku kerja la.. pukul 5 nanti
baru balik.. apa la punya bongok.!
Yang penting sekarang nie.. kita kena belajar masak.. aku
capai apron di tepi peti sejuk..
“Okey tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.. hari nie Chef
Ji Hyo akan memperkenalkan satu hidangan yang senag di masak untuk semua
lapisan masyarakat.” Sudip aku jadikan sebagai mikrofon.
“Okey untuk langkah pertama, kita mesti la hidupkan api
dahulu, tuangkan sedikit minyak ye.. agak-agak la jangan banyak sangat dan
jangan sedikit sangat.. kalau rasa dalam mood diet tu boleh la guna minyak
bijan jugak.” Aku hidupkan api dengan kadar yang sederhana.
“Sesudah tu, kita basuh sebijik telur dan kalau minyak tu
sudah agak panas boleh la kita pecahkan telur ke dalam kualiiiii….”
Aku terjerit kecil saat bunyi pecikan minyak dan air
bersatu.
“Yang tu perkara biasa ye.. bila dah agak telur tu hampir
garing kita boleh terbalikkan dia.. dan akhirnya jadilah telur goreng.” Aku
angkat dan letak telur dalam pinggan.
Aku amati telur yang aku goreng. Sempurna, cantik. Tak
sangka aku boleh masak telur goreng. Akhirnya mungkin aku berpeluang untuk
menang dan pergi ke Korea .
Ya Allah terima kasih sebab telah menjadikan aku pandai dengan mengoreng telur.
Terima Kasih tuhanku.
***********************************************
“Cikgu Fatimah nak apa jumpa saya nie?”
Aku terus bergegas ke bilik guru bila Mila beritahu yang
cikgu Fatimah nak jumpa aku.
“Macam nie.. isnin minggu depan berlangsung pertandingan
chef muda peringkat kelompok. Dalam satu kelompok tu ada 4 buah sekolah. Lepas
itu makanan pertama yang akan kamu masak bertemakan parti dan kena ada pencuci
mulut. Tak kisah la kamu nak masak apa pun.”
Aku dengar dengan teliti. Alamak macam susah saja. Aku dah
jadi bingung. Isnin nie bermakna tak berapa hari lagi la.. ala.. nak buat macam
mana nie..
“Esok jumaat ada lagi sabtu dan ahad.. esok kamu bagitahu
cikgu kamu nak masak apa. Kita mungkin boleh google tak pun kita try buat
resepi baru mungkin.”
Aku angguk perlahan. Kaki aku hayun laju. Sambil otak ligat
memikirkan apa yang mahu di masak.
Aha! Pisang salai dengan ais krim. Mak selalu buat pencuci
mulut tu kalau ada tetamu datang rumah. Pisang salai nie resipi Nani Rostam ala
mak si Hanis Zalikha tu.. okey pencuci mulut sudah. Sekarang kita nak masak apa
kalau time-time parti nie, kalau parti orang tak nak makan berat-berat takkan
nak masak bihun goreng pulak.
Tak apa nanti balik kita buka blog Chef Anis. Chef yang
comel kecil molek tu.. cun! Yes! Yes!
Akhirnya aku berjaya menjuarai pertandingan Chef Muda
peringkat kelompok dengan berbekalkan pisang salai dengan ais krim dan juga
hamburger kecil. Hasil pertolongan inchik google, mak dan cikgu Fatimah makanya
aku akan ke peringkat Daerah. Mintak-mintak la aku akan masuk final.
***********************************************
Akhirnya aku layak mewakili negeri beserta tiga lagi peserta
lain dai negeri yang sama. Kami dikehendaki berkumpul di Putrajaya. Acara
kemuncak akan berlangsung di sana. Akan berlaku dua peringkat separuh akhir dan
pertandingan akhir.
Demi matlamat aku nak pergi korea, aku harap dapat aku masuk
ke pusingan akhir.
Masuk saja dewan besar nie aku rasa macam aku masuk ke
pertandingan masterchef pulak. Hampir 30 biji dapur dan yang pasti dewan nie
sangat-sangat besar.
Pelbagai peserta dari perlis sampai johor dan juga termasuk
peserta dari sabah juga Sarawak.
Pengacara majlis memulakan mukadimah. Kami dikehendaki
memasak menu utama iaitu ayam. Serta seperti biasa aka nada pencuci mulut.
Pencuci mulut aku tak hairan sangat sebab awal-awal aku dah fikir aku nak buat.
Strawberry milk shake.
Aku jadi bengong lima minit. Langsung tak bergerak, tak tahu
nak masak apa. aku pandang sekeliling ada yang sudah potong bawang. Ada yang
dah perap ayam. Aku pandang mak yang duduk di kerusi penonton.
Aku pandang mak sebagai isyarat aku tak boleh fikir, tak
tahu nak masak apa dengan ikan nie. Mak tolong la ganti tempat orang kejap mak!
Uwaaaa…
Mak aku angguk sambil tersenyum. Boleh la senyum yang aku
nie haa gabra tak ingat dunia. Aku rasa
dah 7 minit berlalu.
Dengan rasa yang kurang seronok dan tak ada mood aku main
campak-campak saja mana yang aku nampak.. bila perap hampir lima minit aku
masukkan dalam pemanggang ajaib. Ye sebab disponsor makanya kena guna
pemanggang ajaib.
Selesai masak dalam 20 minit masa hanya tinggal kurang dari
sepuluh minit. Aku terus buat pencuci mulut dan kuah pencicah untuk ayam aku.
Aku cuit sedikit ayam aku dan rasa. Erm.. macam ayam Kenny
rogers la.. sedap!
Makanan kami masing-masing di nilai oleh para juri. Aku asyik
tersenyum saat mata aku bertembung dengan Sheila Rosli salah seorang juri untuk
acara kali ini. Kemudian dia mengangguk-angguk kecil. Kan aku dah kata mesti
sedap punya.
Keputusan telah berada di tangan para juri. Hati aku
berdebar-debar kecil. Keputusan untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan
esok sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku.
“Kini saya akan umumkan keputusan tiga peserta yang akan
melayakkan diri ke pusingan akhir dan seterusnya akan memenangi wang tunai RM
10,000 juga pakej percutian ke negara Korea.” Salah seorang juru acara
memulakan bicara.
Aku menahan debar. Wajah mak aku tengok dari jauh.
“Peserta pertama Mohd Sufian Abdullah dari negeri Perak.”
Tepukkan gemuruh bergema. Aku pejam mata rapat.
“Peserta seterusnya Seri Dewi Malam dari negeri Sabah.”
Tinggal satu tempat saja lagi.
“Dan peserta terakhir adalah Abdul Wafiy Abdul Wahab dari
negeri Johor.”
Zapp! Aku tersentak. Tiga kekosongan sudah diisi makanya aku
memang tak layak untuk peringkat akhir.
Aku tak dapat pergi Korea. Aku tak boleh tengok konsert
K-Pop. Tak boleh terserampak dengan Runningman. Aku tak dapat pergi Nami
Island. Tidakkk!
Aku sapu air mata dengan hujung baju. Sedih! Impian aku
berkecai! Aku benci menaruh harapan! Aku benci!
“Sekejap ye. Sebenarnya saya nak gunakan kuasa yang saya ada
selaku ketua juri untuk menjemput seorang lagi peserta yang saya rasakan layak
untuk masuk ke peringkat akhir.” Chef Ismail mula berkata.
Gunalah kuasa apa pun aku memang tak layak! Aku tak boleh
pergi Korea.
“Atas pesertujuan ramai saya nak menjemput Siti Jamilah
Harun dari Negeri Pulau Pinang.”
Siapa la Siti Jamilah Harun pulak tu. dah la nama sama macam
aku. Layak pulak pergi peringkat akhir. Uwaaaaa! Kejam! Kejam!
“Siti Jamilah Harun.”
Juruacara berdiri sebelah aku. Aku? Aku la Siti Jamilah
Harun. Aku dapat pergi ke Final? Yeah!!!
Aku melompat-lompat sambil naik ke pentas. Yeah! Yeah! Boleh
pergi Korea.!
**********************************************************
Semalam aku bersungguh-sungguh mencari segala resepi di
internet dan mak banyak menolong aku. Sampaikan buku resepi dia yang tak pernah
aku tau pun dia bari pada aku. Jenuh aku nak tengok satu-satu.
Sampai la aku tertarik dengan resepi turun temurun dari tok.
Resepi daging masak hitam warisan keluarga. Waaa kelas betul namanya.
Tapi juri cakap ada satu kejutan yang lain dari yang
lain. aku pun tak tahu kejutan apa. kena
tunggu esok la.
Keempat-empat kami berkumpul di KLCC, untuk acara kemuncak
peringkat kali ini dan juga akan ada beberapa artis yang akan membuat persembahan
antaranya Shila Amzah dan juga kumpulan forteen.
“Baiklah dengan ini tema kita kali ini adalah Daging.”
Dengar saja ayat daging aku dah bersyukur panjang
harap-harap kali ni aku mampu buat yang terbaik.
“Dan pusingan kedua akan diberitahu selepas ini.”
Dengan masa yang hanya 20 minit aku memasak daging masak
hitam warisan keluarga. Aku yakin dan bersemangat sekali. Dan kali nie aku
bagaikan memasak dengan penuh kasih sayang.
Masa 20 minit kini tamat. Setelah menghias makanan kami
diangkat dan dipersembahkan kepada para juri. Hati aku puas sekali.
Tibalah ke pusingan ke 2. Kami di kehendaki menghias kek
dengan cara kami sendiri. Dan kali ni kami kena menunjukkan kesungguhan kami
untuk menang dengan caa menghias kek.
Keyakinan aku lari lagi. Tapi aku tetapkan dalam fikiran
aku. Aku harus menang walau apa pun yang terjadi. Aku bukan anak orang kaya
yang bila-bila boleh pergi Korea kan?
Akhirnya dengan kuasa percaya dan yakin pada diri maka telah
aku siapkan kek ini..
Tadaaa…
Hanbok cake doll.. saja nak buat ala-ala korea sikit. Nasib baik
aku tak buat kek k-pop. Hehe..
***********************************************************
Aku pejamkan mata rapat. Keputusan akan diumumkan bila-bila
masa sahaja dari sekarang.
Pemenang saguhati dan tempat ketiga diumumkan maka hanya
tinggal aku dan Abdul Wafiy sahaja untuk merebut gelaran juara.
“Kini tibalah masanya untuk saya umumkan Juara pertandingan Chef
Muda.”
Aku senyum dalam getaran.
“Juara disandang oleh… Siti Jamilah Harun.”
Aku terpaku, terpukau, terkesima. Aku juara! Aku menang! Yeah!
Terus aku dapatkan emak dan peluk emak erat. Terima kasih
emak! Aku berbisik di telinga emak.
Usaha tangga kejayaan. Berusaha la untuk mencapai kejayaan.!
P/s > hai korang.. selamat malam J zati sekarang tengah
siapkan novel kedua, Yang Tertulis dalam novel cinta. In sha Allah bila dah
siap separuh baru zati postkan yek.. J
yeahhh ! ader novel baruu . Cerpenn nehh memangg superb best sesangatttt ! HAHA . dahh ler pasal koreaa plakk tuhh . nehh ler orang yg palingg excited . LOL . :P akak pongg minatt korea jugakk ehh ?HAHA . can't wait for your new handmadee :DDD keep waiting and waitingg . Jyeahhhhh ! ^^
ReplyDeleteHoorey ada novel baru , cepat-2 inform k ta sabar na baca.. cerpen kalini best walaupun saya bodo kpop haha XD papepun two thumbs up for you kak zati :)
ReplyDeleteZati~~
ReplyDeletewa..best-best :)
siti jamilah harun @ Song Ji Hyo
Mong Ji?? Daebak!
Salam kak zati!! buku ni dah ada ke dekat pasaran?? macam best je.. :) n berapa harganya??hehe.. Inform kat blog azwa ye.. :)
ReplyDeletesalam kak zati. .bez la. .ne novek kw cerpen?
ReplyDeletesong ji hyo...hoho.. nice cerpen.
ReplyDeleteassalam.. akak best sangat cerpen ni.. akak pn mnt korea ea?? aja! aja! hwaiting!!! ;)
ReplyDeleteahahaha. Taeyang tak menahan tu.
ReplyDeleteNice cerpen :)
-fan daesung<3-
Daebak ! wow... memang best ar cerpen nii. ahaha .
ReplyDeletebestnyer cerpen nieyh !! lagi2 cerita nieyh ade plak terselit TAEYANG . DAEBAKK !! :)
ReplyDeletebestnyer cerpen nieyh !! lagi2 cerita nieyh ade plak terselit TAEYANG . DAEBAKK !! :)
ReplyDeleteBest laa . tapi ade typo sikit . ape2 pun kipidap dongibab !
ReplyDelete