Aku
tunggu Ash sambil tengok Tv. Janji pukul 8 dah nak balik. Ni batang hidung pun
tak nampak buat penat tunggu je. Geram betul la. Baik tak payah janji nak makan
luar. Benci!
Deruman
kereta Audi Ash kedengaran di ruang parking kereta. Cepat-cepat aku tutup tv
dan berlari panjat tangga lepas tu masuk dalam bilik.
“Darling..”
aku dengar suara Ash di muka pintu. Cepat-cepat aku tekup dengan selimut.
“My
darling sweetheart.” Dengar pulak suara Ash di pintu bilik.
Aku
diamkan diri. Tak mahu kawan abang!
“Sayang
kat mana tu?”
Hish!
Boleh lagi tanya confirm-confirm la aku dekat dalam comforter ni. Alahai sayang
oi.
Senyap!
Aku
kira sampai sepuluh. Cukup-cukup sepuluh memang dah yakin tak ada. Aku buka
comforter perlahan-lahan.
Buka-buka
saja comforter tu muka Ash sambil pegang bunga ros merah ada dekat depan muka
aku. terkejut aku.
“Apa
abang ni!” aku marah dia tapi suara tak naik pun.
“Apa
sayang ni..main sorok-sorok pulak.” Ash masih tersenyum dam sua bunga ros dekat
aku.
Aku
tak sambut. Aku palingkan muka dekat tempat lain sambil tarik muncung panjang.
“Merajuk
ke?” dia cubit manja pipi aku.
“Tak
la..suka.”
“Kalau
suka senyum la. Penat abang beli bunga ros untuk sayang.”
Aku
masih diamkan diri.
“Tak
nak tak apa la.. abang buang la..”
Aku
cepat-cepat capai bunga ros tu dari tangan Ash. Wangi. Nak cium malu.
“Merajuk
lagi?” Ash pandang muka aku.
“Erm..”
“Jangan
la merajuk sayang.. abang mintak maaf sangat-sangat. Client dari Jepun tu ada
yang tak puas hati dengan kertas kerja abang.. sepatutnya dah habis 5 tapi
lajak sampai pukul 7.. abang solat pun dekat masjid. Kesian abang kan?” Ash
muncung mulut. Nak raih perhatian aku la tu.
Dalam
aku marah-marah dia. Aku angguk jugak. Kesian!
“Abang
mintak maaf ye.”
Aku
angguk sambil tersenyum.. memang la..kalau macam ni confirm aku kalah.. suka
sangat buat muka sweet macam tu. Konon handsome la.
“Lapar.”
Aku cakap dekat Ash sambil muncung mulut.
“Abang
masak okey?”
“Tak
nak nanti abang masak maggi lagi.”
“Kita
makan dekat luar okey?”
Cepat-cepat
aku angguk. Makin hari Ash suka buat aku jatuh cinta. ‘selamat ke datang ke
dunia penuh romantik milik Tengku Yusri Ashraf’ aku ingat lagi kata-kata ni.
Alahai sayang.
********************************************************************
Esok
dah puasa. Kali pertama aku puasa dengan Ash. Malam ni bermula sesi terawih aku
sebagai isteri. Selama ni pergi dengan bonda, abah tak pun dengan kawan-kawan
masa dekat UUM dulu.
Malam
ni nak masak siap-siap esok masa sahur hangatkan balik je. Awal-awal lagi aku
dah warning Ash suruh balik awal nak terawih sama-sama. Kalau tak balik siap
dia. Aku merajuk lagi.
Tapi
sebelum tu aku update blog dulu.
Selamat berpuasa.
Hai assalamualiakum
Sihat? Lama kan tak update blog. Maklum
la dah jadi isteri..huahuhauh. okey sudah-sudah. Sedar tak sedar esok dah puasa
kan? Kejap je. Rasa macam semalam baru kahwin. Konon nak feeling-feeling
pengantin baru la ni. Hampeh!
Aku nak mengucapkan selamat menyambut
ibadah puasa pada semua umat islam terutamanya pembaca setia blog aku..hehehe..
maaf andai tersalah kata. Menulis benda yang tak sepatutnya. Tapi korang suka
baca jugakkan jangan nak menipu okey!
Tahun ni aku serah semua dekat En
Tengku. Biar dia uruskan semua. Selama ni aku kan hidup
sorang-sorang..sob..sob.. okey itu tipu. Maksudnya..selama ni baju raya tak de
naak sama warna dengan sapa-sapa. Buat kuih pun makan sendiri. Sahur pun
kadang-kadang minum air. Maklum la orang bujang. Haha
En Tengku sila sediakan duit
banyak-banyak.. haha.. okey selamat berpuasa semua. Jangan lupa terawuh malam
ni.. muahh..muahh
***********************************************************
Tiba-tiba
aku terpandang dekat telefon. Ehh ada sms masuk la.. dua pulak tu. Dua-dua dari
Ash.
I miss u so badly
Bosan la dalam meeing ni..busuk abang ni
tidur ke?
Aku
senyum sorang-sorang..ceh busuk dia panggil aku.
Abang la busuk.!
Aku
balas balik. Tak sampai seminit dia reply
Jom dating dengan abang.
Tak nak :P
Buat la macam tu.. abang cancel meeting
lepas tu abang terus balik rumah..jaga la dia.
Gatal la abang ni..
Sayang masak apa? Abang lapar.
Tak nak masak.. nak makan maggi je.
Tak elok la sayang.. makan abang nak? ;)
Gedik! Hehe..
Tak sabar nak balik rumah..nak tengok
muka sayang yang comel tu.
Aku
senyum. Aku terus tak balas. Terbuai dengan ayat-ayat Ash. Abang ni.. suka buat
ayat romantik tau.
*******************************************************************
Hari
ni hari pertama aku berpuasa dengan Ash.. kesian dia semalam pergi terawih
sendiri. Aku bukan tak nak teman tapi ada hal yang tak dapat di elakkan.
Pukul
4 pagi aku dah bangun, semangat nak masak untuk suami. Pagi ni tak makan apa
sangat Cuma masak ayam goreng blogger kegemaran Ash. Sambal tumis sotong kering
dengan up sayur tu aje. Simple dan kenyang.
“Abang..”
aku buka pintu perlahan. Nampak Ash tengah tidur dengan nyenyaknya.
“Abang
bangun la.” Aku gonyang badan Ash perlahan.
“Ye.”
Tu je dia jawab. Bangunnya tak jugak.
“Abang
bangun la cepat.” Aku kejut lagi
“Kan
dah bangun nie.”
Bangun
apa kalau mata tengah tutup badan duk baring lagi atas katil. Ni yang
kadang-kadang kesabaran aku tak boleh nak tahan lagi ni.
“Ooo..tak
nak bangun erh.” Aku geletek badan Ash. Terus dia bangun.
“Sayang
ni.. baru pukul 4.30 la.. abang masuk kerja pukul 8.30 pagi sayang.”
“Sahur
la abang.” Aku senyum dekat Ash.
“Risya
turun dulu nanti abang datang.”
“Tak
nak abang tipu. Nanti abang tidur.”
“Kan
dah bangun ni sayang.” Ash tolak confarter dan berjalan menuju ke bilik air.
Kami
sama-sama menikmati hidangan sahur. Sebenarnya seronok tau masak untuk suami
walaupun kita masak tak macam restoran tapi dah dapat pahala. Lepas sahur Ash
tolong aku basuh pinggan dan kemas meja.
**************************************************************
Pagi
tu terasa lagi nak update blog.. aku ni memang apa benda semua nak update.
Bersahur bersama suami.
Hari ni tak masak apa pun. Aku Cuma
masak ayam goreng blogger (sebenarnya ayam goreng rempah tapi saja gedik-gedik
nak letak nama ayam goreng blogger)
lepas tu sambal tumis sotong kerin.
Bonda aku cakap nak sedap sotong ni kena buang kulit dia yang hitam-hitam tu.
Lepas tu masak sup sayur.
En Tengku makan banyak. Tu la seronok
bila dah kahwin ni kita masak suami makan. Sedap tak sedap makan jugak. Berani
dia cakap tak sedap! Lagipun suami aku ni jenis tak kisah. Semua dia makan
tolak batu dengan kayu je tapi badan tak gemuk-gemuk pulak.
Ok la..selamat berpuasa untuk semua...
“Jom
beli baju raya.”
Aku
pusing 180 darjah bila dengar ada suara Ash belakang aku.
“Aik
abang bukan pergi kerja ke?”
“Bosan
la pergi kerja. Jom shopping raya.”
Mak!
Kerja pun boleh bosan ke? Nasib la dia ni bos..
“Abang
baru hari pertama puasa dah nak shopping raya?” aku tanya macam tak puas hati.
“Yela
nanti baju cantik-cantik orang dah ambik dulu lepas tu nanti confirm punya nak
shopping pun tak best sebab ramai sangat orang.”
Betul
jugak cakap Ash tu. Tanpa fikir panjang aku terus siap-siap nak keluar shopping
dengan Ash.
*******************************************************************
Kini
dah hampir dua minggu kami berpuasa dan Ash macam banyak aktiviti aku dengan
Ash dan aku rasa aku makin dekat dengan dia. Makin mengenali dia dan rasa indahnya
cinta Ash. Hehe.
Pagi
tu aku terjaga pukul 4 pagi, macam biasa aku nak sediakan sahur tapi
pusing-pusing kiri je Ash dah tak ada. Laa, pergi mana pulak. Aku turun bawah
sambil ikat rambut ekor kuda. Dari atas aku dah dengar bunyi bising dekat
dapur.
Abang!
Macam tak percaya je Ash yang sediakan sahur hari ni.
“Selamat
pagi puteri abang. Jemput duduk.” Dia tarik kerusi untuk aku.
Tiba-tiba
rasa macam seronok pulak dapat di layan macam ni.
“Abang
masak apa?”
“Masak
telur goreng”
What!
Telur goreng..siap pakai apron lagi.. Ash ni suka buat benda yang aku tak
jangka.
“Lauk
semalam semua abang dah hangatkan.”
Ash
duduk depan aku. lepas baca doa makan terus laju je dia makan.”
“Abang
tak tidur ke semalam?” aku tanya macam tu sebab nampak dia macam segar gila je.
“Tak.
Sebab tu abang masak. Lagipun kesian dekat isteri abang ni, hari-hari dia kena
masak untuk abang.”
Syukur
aku sebab ada jugak orang prihatin dengan nasib diri aku. ni yang sayang abang
lebih ni.
“Abang,
lama tak jejak restoran kan?”
“Ala
Risya duduk je rumah diam-diam. Lagipun ramai dekat restoran tu semua boleh
percaya punya.”
“Tapi
restoran tu abang yang bagi dekat Risya jadi Risya rasa macam tak best la kalau
buat tak tahu je lepas tu nak harapkan orang.”
Ash
tersenyum. “Lepas raya la pergi restoran sayang.”
Yela.yela.
“Malam
ni jangan lupa ada majlis buka puasa dengan anak yatim.”
“Okey
abang.” Aku senyum je.
Kebiasaannya
macam tu la kalau tiba bulan puasa, mesti akan ada majlis buka puasa. Ash cakap
ayah memang dah biasa buat macam tu bila tiba puasa.
********************************
Malam
tu majlis diadakan dengan meriah sekali, bukan sebuah rumah anak yatim yang di
jemput tapi 3 sekali tu tak campur orang kurang upaya dengan orang tua-tua. Anak-anak
staf pun dapat duit raya.
Balik
saja rumah aku terus salin baju. Mana taknya nak main mercun la. Walaupun jam
pukul 11 malam tapi ia tak mematahkan semangat aku untuk main bunga api. Bukan setakat
bunga api ja aku beli tapi thunderclap, mercun telur naga dengan mercun mancis.
Tu je sempat aku beli. Nasib baik Ash tak tahu.
“Nak
pergi mana tu Risya?” Ash tanya aku bila aku tengah capai tudung.
“Nak
main bunga api..jom abang.” Aku ajak dia sekali. Dia mesti anak orang kaya yang
tak main benda-benda macam ni. Confirm lah!
“Jap
abang tukar baju.”
Sementara
tunggu Ash tukar baju. Aku berjalan keluar duduk dekat swimming pool. Malas la
nak main dekat luar, takut pulak malam-malam macam ni. Aku pun nyalakan lilin
dan bakar bunga api.
Dulu
masa tak kahwin lagi rajin la jugak aku main dengan adik-adik kadang-kadang
sampai sahur. Bising bonda. Kalau dekat
U pulak main dengan kawan-kawan. Haha. Memang syok la.
“Ala
setakat main bunga apa barang.”
Ceh
berlagak! Ash dah selak-selak mercun banyak-banyak tu.
“Mercun
bola mana?” dia tanya aku.
“Mana
ada..”
“Ala
setakat mercun budak-budak ni tak best la.”
Mercun
budak-budak dia kata, tercabar aku tau.
“Abang
ni..tu je yang ada bersyukur la.”
Malam
tu kami main mercun sampai pukul dua pagi. Ash ni la lebih-lebih pulak mainnya.
Aku ingat anak orang kaya tak main mercun. Tapi yang ni sebaliknya pulak.
Sedar-sedar
dah pagi dua-dua tak sahur. Bagus! Lepas tu masing-masing nak salahkan satu
sama lain. Tapi Alhamdulillah puasa jugak kami walaupun tak sahur.
********************************************************
Sayup-sayup
terdengar takbir. Tiba-tiba terasa sedih sangat. Selalunya kalau pagi raya
pergi sembahyang raya dengan Bonda, abah dan adik-adik. Tapi kali ni beraya
dengan suami dan keluarga mertua.
Kami
sama-sama sembahyang raya kemudian bermaaf-maafan di pagi raya. Tapi versi aku
dengan Ash kami minta maaf dalam bilik je. Maklum la tak biasa lagi.hehe
Aku
capai tangan Ash. Dia senyum pandang aku. segak betul laki aku ni. Baju raya
kami sedondon berwarna hijau pucuk pisang.
“Abang
Risya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halal kan makan minum
Risya sepanjang jadi isteri abang. Mula-mula dulu Risya macam tak suka abang
tapi sekarang Risya dah sayang abang. Risya minta maaf erh abang.” Aku kucup
tangan Ash lembut. Tiba-tiba terasa sayu.
“Abang
pun nak minta maaf dengan sayang.. abang banyak susahkan sayang suruh sayang
kahwin dengan abang.. abang sentiasa maafkan isteri abang ni. Abang pun nak
minta maaf sebab buat Risya jatuh cinta dengan abang.”
Aku
cubit dia perlahan. Ash kucup mesra dahi aku. seketika kami berpelukan.
“Dah
siap beg?”
Aku
angguk.
Ash
angkat luggage kami dan masukkan dalam boot belakang kereta. Kami berjalan
beriringan meninggalkan rumah ibu dan balik beraya dengan bonda. Yeah!
Tamat
romantiknyerr...ngee
ReplyDeletemesti la kena romantik2 hehehe..
Deletehuhuhuhuu..rindu ngan Ash.. omaii..Ash masak seksi wehh!! hahahaha..
ReplyDeleteopkos la.. Ash sapa.. haha
Deletezati~~
ReplyDeletewa..rindu dgn ash-risya..
selamat hari raya :)
selamat hari raya jugak cik pemetik durian :)
Deletepeh peh.. sweet sangat ash ni.. kencing manis aii dibuatnya. hahaaaha
ReplyDeletehahahaha...
Deletek.zzati nak duet raye taw...hahahhahah
ReplyDeletexleh..umur lebih dari jgkaan dah..haha
DeleteSalam aidilfitri
ReplyDeleteSalam aidilfitri
ReplyDeletesalam aidilfitri kak..maaf zahir dan batin
Deletehow sweet..c:
ReplyDelete:)
Deletetak tau nape ye akak baca sambil senyum sensorang!terlebih sudah.......romantik lah dek.sukenye make me hapy........
ReplyDeletetq kak.. hehe
Deletecantikkk gilosss rumahhh diorangg ~ rumahh sapee lhaa yangg bertuahh gilaaa tuhh eykk ?
ReplyDeletewow ! best bace novel akak ! nanti buat lah lgi novel tentang ash & risya :)
ReplyDeletebest cerita ni seriusly best giller....
ReplyDeletebaru je abis baca novel nie kali kedua... btw, good job!
ReplyDeleteakak nnt buat la bila blogger jadi maid 2....best sgt sye bace citer ni
ReplyDeleteminta2 akak bley buat...nk beli lg
the story about them is so sweet... i hope you can do the second book of the story about ash & risya
Deletebest.... sweet giler.. snyum sngsorang hehehe...!!!!!
ReplyDeletemane hariz mizuar? kan mizuar nak adik. ahaha
ReplyDeletekran cerpenua gan..
ReplyDeletemakasih banyak buat informasinya gan..
http://pelangipoker168.blogspot.com/2017/05/muncul-petisi-bebaskan-ahok-di-amnesty.html
ReplyDeletehttp://beritaterupdate168.blogspot.com/2017/05/menuju-motogp-italia-rossi-kembali.html
http://ceritapelangi97.blogspot.com/2017/05/dikendalikan-dari-rutan-mahasiswa-dan.html
http://pelangipunyacerita168.blogspot.com/2017/05/juara-dunia-motogp-2006-nicky-hayden.html
http://kisahhpelangi.blogspot.com/2017/05/cabuli-2-bocah-pemuda-pengangguran-di.html
http://coolairr.blogspot.com/2017/05/serangan-di-marawi-tewaskan-1-polisi.html
ReplyDeletehttp://fireflieszs.blogspot.com/2017/05/kendala-polisi-tangani-korupsi-dan.html
http://qqmerah168.blogspot.com/2017/05/pelaku-serangan-bom-di-konser-ariana.html
http://room168ct.blogspot.com/2017/05/hasil-tes-kesehatan-10-tersangka-pesta.html
Masih Bingung Mencari Situs Poker Online Yang Bisa Di Percaya ?
Perkenalkan Kami Adalah Agen Poker Terpercaya .
Menang Berapa Pun Akan Kami Bayar !!
Nikmati Fasilitas Exclusive Dari Kami :
Proses Transaksi Yang Cepat Dan Super Mudah .
Minimal Depo & WD Terjangkau , Cuma 25Rb .
Kartu Di Meja Juga Lebih Ringan !!
Dapat Kan Tips & Trick Yang Super Jitu Dari CS Kami ..
Mudah Di Akses Dari Berbagai Gadget .
Layanan CS Yang Ramah Dan Online 24 Jam Setiap Hari Nya .
Jangan Pusing Lagi Boss .
Bermain lah Dengan Santai Dan Tenang Bersama Kami .
Kembang Kan Hobi Anda Dan Warnai Hidup Anda Bersama Kami .
( QQmerah.com )
Dilanjut Updatenya gan!
ReplyDeleteagen bola sbobet
judi bola piala dunia 2018
bandar bola online
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
WA: +85577773548
Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM
KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL
WELCOM : WWW . SMSQQ . COM
I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ