Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

24 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 4

 Muncung mulut aku bila nampak abah tersengih sambil tunggu ketibaan kami. Tak suka la macam nie. Aku tak mau Taufik rapat sangat dengan family kami. Bukan sebab tak suka Taufik tapi entah la aku rasa Taufik nie macam ada benda tersembunyi.


“Assalamualaikum Pakcik.” Taufik menerpa ke arah abah. Diikuti yang lain.


“Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Makcik ada dekat dalam. Nian bawak kawan-kawan masuk.”


Aku pun bawak diorang masuk. Tengok semua lauk untuk makan tengahari mak dah siap susun dekat bawak. Aku suruh diorang duduk sementara masuk dapur dan tolong ambik pinggan bawak keluar.


Gulai kepala ikan, sambal kuinin, ulam, telur masin dan sambil tumis udang. Sedap!


Aku tak terus makan dengan diorang, sebaliknya duduk didapur dengan mak. Tolong masak air. Tambah mana-mana lauk yang tak cukup.


“Berkenan sungguh abah dekat Taufik tu.” mak tegur aku perlahan-lahan.


Aku pandang mak. “Mak. Kakak dengan Taufik tu kawan ajelah.”


“Mak tengok macam lain ja. Macam dia ada hati dekat hang Nian.” mak masak air nak buat air gula.


“Tu pada zahirnya mak. Batinnya kita tak tau.” aku duduk atas keusi.


“Nian.. bawak mai gulai lagi nie.”


Abah jerit dari ruang makan depan. Cepat-cepat aku jalan ke arah abah. Clear! Tiga mangkuk gulai clear. Abah kalau masak gulai memang sedap. Kalah tauke nasi kandar beratur.


Masa aku nak ambik gulai tu. Aku terperasan Taufik pandang aku sambil senyum.


Terus tak selesa nak buat kerja.


“Nian bancuh air teh dengan kopi.” sempat lagi abah selit pesanan ringkas.


Aku angguk aje.


“Petang nie masak apa mak?”


sebab aku nampak ada ubi kayu dekat dapur belakang.


“Masak ubi kayu rebus.”


Aku tolong masakkan air panas. Ubi kayu rebus kesukaan aku tu. Makan dengan sambal tumis.


“Mak kenapa tiba-tiba abah ajak Taufik tu datang tidur sini?” saja nak korek rahsia.


“Sebab abah cakap Nian tak pernah bawak balik lelaki datang kenal-kenal, asyik Ujang aje. Bila dah jumpa Taufik nie, abah terus berkenan.”


Abah nie! Boleh pulak berkenan dekat si Taufik tu. Aku nie tak ada hati dekat dia nie macam mana?


Dari dapur nie aku dengar suara gelak ketawa abah dengan Taufik. Kira ngam la tu.


“Malam nie abah buat BBQ.” mak cakap lagi.


Bertambah-tambah terkejut aku. Tiba-tiba buat BBQ nie dah kenapa?


“Abah nak buat kenduri ke mak?”


“Abah nak sambut menantu.” mak tersengih sambil pandang aku.


**********


Petang tu abah, Taufik dan kawan-kawan Taufik yang lain ikut abah ke laut. Ambik udang, sotong dan ketam untuk buat BBQ malam nanti. Ayam pulak awal-awal mak dah perap. Kawan-kawan perempuan Taufik yang lain. Ada yang ambik angin dekat pondok depan. Ada jugak yang tolong buat coslaw.


Aku pulak ambik kesempatan naik bilik. Sejak tadi tak jenguk lagi bilik sendiri.


“Kakak Nian, abang Ujang bagi.” adik aku yang paling bongsu suakan satu beg kertas yang dalamnya berbalut dengan pembalut hadiah.


“Abang Ujang mana?” aku terus capai beg tersebut.


“Dia dah balik India.” Adik main-main kereta hotweel pemberian Taufik atas katil.


Balik India? Awalnya bukan hujung bulan nie ke dia balik.


Aku terus buka beg kertas. Terpegun aku sekejap, tengok kain sari warna krim pink. Boleh la buat baju raya tahun nie.


Aku terus buka WhatsApp, last seen dua hari lepas. Buka facebook pulak. Yes online. Terus aku hantar meseg dekat dia. Aku tanya kenapa dia balik awal sangat. Tunggu punya tunggu tak balas-balas jugak. Merajuk ke Ujang?


“Mak. Ujang balik India dah ka?” aku terus cari mak dekat dapur.


“Balik dah dua hari semalam.”


“Kenapa balik awal sangat. Dia cakap hujung bulan.”


“Entah. Haritu ada dia mai sini cari hang. Tapi abah cakap hang tak ada keluar dengan boyfriend.”


Hampir nak terlepas pisau ditangan. Abah cakap macam tu?


Abah memang nak sangat ke Taufik jadi menantu dia?


Aku rasa macam lelaki-lelaki lain memang dah tak ada peluang dah bila Taufik datang.


Aku dengar ada suara-suara bising dekat luar. Dah balik la tu. Abah dan Taufik terus masuk dapur dari pintu belakang sambil bawak ketam, udang dan sotong. Nie la untung duduk tepi laut semua fresh. Dah tu, abah pulak part time nelayan. Memang lagi senang la nak makan hasil laut.


Letak aje ketam, sotong dan udang tadi. Abah dengan Taufik beriringan menuju ke depan. Aku perhati aje abah dengan Taufik nie. Rapat betul siap tepuk-tepuk bahu lagi. Macam best buddy.


“Nian tengok apa tu. Hantar air sirap dengan ubi kayu nie dekat depan.”


jarang aku tengok abah senyum sampai telinga. Aku dengan abah nie bukan baik sangat sebenarnya. Sebab dulu ada satu kes abah hampir nak kahwin satu lagi. Mak dengan abah bergaduh teruk. Mak lari tinggal la aku sorang-sorang dalam rumah. Mak lari bawak adik saja sebab adik masih lagi menyusu. Mak terpaksa bawak adik. Tiga hari aku tak makan. Nasib baik ada mak Ujang bawak aku duduk dengan dia. Masa tu aku umur 10 tahun. Kecik sangat. Abah pulak kejap ada kejap tak ada sebab cari mak. Lepas tu nak siapkan perkahwinan abah lagi. Terus tak terurus aku tengok abah.


Sejak tu aku tak berapa suka abah. Cakap pun bila perlu. Tokwan bapak kepada abah nasihatkan abah macam-macam. Sampai abah sedar khilaf dia. Mana nak uruskan mak lagi. Nak siapkan hal kahwin lagi. Dari elok terus tak terurus. Macam tu nak kahwin dua. Lagi tak terurus la kami langsung.


Bila abah berbaik dengan mak, aku diambil balik. Tapi aku boleh teringat macam mana mak dengan abah gaduh. Macam mana abah terjerit-jerit minta mak sign. Macam mana mak menangis sampai bengkak mata-mata. Dan sampai sekarang aku tak percaya mana-mana lelaki kecuali kawan baik aku Ujang.


Tapi itulah kehidupan berumah tangga takkan lari dengan masalah. Tapi paling takut kalau libatkan masalah kewangan.


“Nian.. ketam nie nak masak apa?” mak yang tengah siang ketam berpaling menghadap aku.


“Masak dengan telur masin. Takpun kita buat masak pedas letak telur.” kalau bab ketam aku memang pandai reka cipta resepi.


Udang dengan sotong buat bakar aje.


Lepas isyak, abah dah start bakar arang. Yang lain-lain pun tolong. Aku dengan mak ambik port masak dalam rumah. Bila dah siap semua baru bawak keluar dekat beranda luar. Malam-malam makan BBQ dapat pakej dengan angin laut memang best. Malam tu penuh dengan gelak ketawa. Ada jugak babak-babak aku dengan abah bergurau. Aku rasa dengan kehadiran Taufik sedikit sebanyak. Hubungan aku dengan abah dah semakin baik.


Masa aku tengah duk main bakar-bakar ayam tiba-tiba Taufik dah berdiri depan aku. Turut sama tolong aku bakar ayam.


“Seronok duduk sini.” dia pandang muka aku sambil senyum.


“Tau takpa.. malam-malam memang best tapi duduk tepi laut kalau tengahari memang panas ya amat.” aku sokong ayat dia sikit-sikit.


“Esok pagi-pagi saya nak balik KL dah. Awak tak rindu?”


aku sebenarnya terkejut tapi saja buat-buat cool dalam hati tuhan saja yang tahu.


“Buat apa nak rindu.”


“Mana la tau lepas nie rindu abang Taufik.”


Aku sengih aje sebab tak tau nak cakap apa.


Malam pun dah lewat. Aku ajak kawan-kawan perempuan Taufik tidur bilik aku. Taufik dengan abah ada dekat luar masih bersembang. Aku saja belek-belek telefon. Ujang tak online WhatsApp. Inbox aku pun dia tak balas. Aku taip lagi meseg dekat inbox.


'Ujang..kenapa balik tak bagi tau. Aku tak puas la jumpa hang.'


tak lama lepas tu Ujang balas.


'Aku tak mau kacau orang bercinta. Dah ada boyfriend habaq dekat aku pun tak.'


dia nie merajuk dengan aku ke?


'bila balik sini balik?'


'tak tau la..sibuk dengan thesis nie. Okey la Nian. Bye.'\
\
terus nampak dia dah tak online aku pun buka la news feed. Nak tengok apa yang patut sekali ternampak status Ujang


Ujang – bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor. Tapi seekor kumbang nie tetap mahu bunga yang satu tu walaupun si bunga sudah punya sang lebah.


Bawah sikit aku nampak status Taufik pulak.

Taufik – tika ini jiwa kumbang gembira kerana bersama bunganya. Selamat malam bunga. Walaupun di dahan yang sama tetapi terpisah kerana ikatan yang belum sah.


Alahai bunga-bunga pulak. Aku nak tulis la.


Nian – musim bunga dengan kumbang ke sekarang?


**********



Esok pagi-pagi lepas sarapan Taufik dan kawan-kawannya dah nak balik KL. Abah sempat pelawa lagi Taufik datang lain kali.


Sebelum Taufik bertolak. Sempat dia bagi satu kotak kecil hadiah untuk aku. Nak tak nak terpaksa aku terima.


Masa kereta Taufik dah bergerak dan hilang dari pandangan. Abah hela nafas lega.


“Abah suka dekat Taufik tu.” abah senyum pandang aku.


“Mak bapak dia pun keluarga yang elok-elok.” abah sambung lagi.


Amboi abah nie sempat temuduga ke? Semua benda dia tanya.


“Abah nie. Kami kawan la. Okey la Nian masuk bilik dulu nak rehat.” aku terus berjalan masuk bilik.


Aku buka kotak hadiah yang Taufik bagi.


Wei! Nie gelang yang aku nak beli dekat Batu Feringghi tu. Gelang ala-ala pandora. Mana dia tau aku suka nie.


Aku letakkan gelang tersebut atas kain sari yang Ujang bagi. Wah! Cantik, warna masuk. Rezeki..rezeki.


Tiba-tiba aku dapat WhatsApp dari Taufik.


'I hope you like it'


Memang suka pun. Lepas tu dia balas lagi.


'Nanti saya bawak awak jumpa mummy. Jaga hati awak untuk saya Nian.'


Apakah?










17 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 3

 Sampai-sampai saja kami terus check in hotel. Sebab masing-masing dah makan, kami duduk berehat dalam bilik dan dalam lepas asar macam tu baru kami mula aktiviti kami mandi laut.


Aku pun tak ada la teruja sangat pun nak mandi laut nie. Tengok kawan-kawan Taufik semua dah beria dengan bola la, baju mandi la tapi aku tengok Taufik relaks saja, t-shirt dengan bermuda. Kami berjalan-jalan dekat gigi air. Sebab rumah aku dengan laut tak sampai 100 meter pun aku berganjak la naik ke atas sikit. Punya seronok budak-budak nie terus terjun masuk laut.


“Tak nak mandi?” Taufik tengok aku yang dah duduk dekat atas pasir.


“Tak nak la. Rumah saya dengan laut pun bukan jauh sangat.”


“Okey.” dia tinggal selipar dia tepi aku dan terus dapatkan kawan-kawan dia. Bukan selipar dia aje ada dekat situ. Kawan-kawan dia punya sekali pun ada.Tapi tak ada pulak dia terjun laut.


Sebab bosan sangat tengok Taufik and the gang duk bergelak ketawa dalam laut. Aku terus bangun sambil jalan-jalan. Dapat makan laksa sambil disapa angin laut pun sedap nie. Okey mulalah misi baru cari laksa dengan rojak. Sedapnya.


Aku jalan sambil tengok manusia dekat batu feringghi nie.


“Adik manis tak mau nak kuda ka?”


“Tak nak. Terima kasih.” Aku geleng kepala sebab aku tak berminat nak naik kuda pun.


“Adik manis tak mau naik kuda ka?”


Aku terus pusing belakang dengan harapan nak marah tapi terus tak jadi bila nampak muka Taufik dekat atas kuda.


Taufik terus terjun dari kuda dan bagi kuda dekat tuan punya kuda balik.


“Nak pergi mana nie?” Taufik jalan beriiingan dengan aku.


“Makan laksa dengan rojak.”


“Sedapnya makan laksa.”


kami jalan-jalan bersama sambil menikmati angin laut.


Sampai satu kedai yang ada jual laksa. Masing order laksa dengan rojak. Lama tak makan laksa penang nie. Sampai aje laksa masing-masing terus makan.


“Awak ada teman lelaki?” hampir nak terkeluar buah yang aku makan nie.


“Kenapa?”


“Tengok macam awak tak pegang handpone 24 jam aje.”


Aku terus gelak bila dengar dia cakap macam tu. “Wajib ke pegang telefon? Saya rasa kalau kita saling percaya tu dah cukup bersyukur dah saya.”


“Saya tak handsome?” Taufik tanya lagi. Kali nie tepat anak matanya padang mata aku.


Cepat-cepat aku larikan pandangan. Aku geleng.


“Ingat saya nak percaya ke? Semua perempuan cakap saya handsome tau. Awak nie buta nie.”


Sesuka hati dia cakap aku buta. Perempuan tu semua tak pandai menilai.


“Awak dapat mana bunga tu?” Taufik tanya lagi. Kali nie nada dia macam serius sikit.


“Bunga mana?” aku macam blur sikit.


“Bunga yang saya nampak masa awak nak naik bus tu.”


Oh! Baru aku teringat yang bunga aku dapat masa dalam wayang tu.


“Ada orang bagi.” aku hirup teh ais.


“Siapa?”


Aku tengok reaksi Taufik macam berminat saja pasal bunga tu.


“Betul awak nak tahu nie?”


Taufik angguk. Aku diam lama sebelum sambung. “ Boyfriend Korea saya.”


terus aku gelak kuat-kuat. Memang gelak nie tak boleh nak tahan lagi. Sebab muka dia macam kelakar sangat. Macam nak telan aku pun ada.


“Ada jugak orang masuk paper Metro nie esok pagi. Surat khabar depan.” Taufik pandang aku macam nak telan.


Aku masih bersisa ketawa. “Ada orang bagi. Saya tak kenal siapa. Dia main campak aje atas riba saya.”


“Nampak ke muka orang tu?”


Aku geleng.


“Awak nie banyak sangat tanya nie kenapa?” aku marah dia.


“Takkan sampai tak boleh nak tanya langsung.” suara dia dah tukar volume slow.


Sentap la tu.


“Boleh.. tapi gaya tu dah macam polis pulak. Soal siasat orang macam-macam.” aku suap lagi rojak masuk mulut.






**********


Lepas saja makan malam kami buat keputusan untuk lepak-lepak dekat sekitar night market batu feringghi. Malam-malam minggu macam nie memang penuh dengan pelancong. Dari satu kedai ke satu kedai. Rajin jugaklah kawan-kawan Taufik nie membeli.


Aku lalu dekat satu kedai yang jual gelang ala-ala pandora. Cantiknya. Aku belek-belek setiap yang ada. Ambik dan cuba dekat tangan. Memang ada yang aku berkenan pun. Sekali tengok harga dekat Rm120 tapi ada less 20%. tapi masih mahal jugak. Terus aku batalkan niat nak beli gelang ala-ala pandora tu.


“Kenapa tak beli?” Taufik tegur aku dari belakang.


“Tak apalah. Mahal sangat.” aku teruskan berjalan pandang-pandang benda lain. Tapi hati masih dekat gelang pandora tu.


“Awak nie memang tak suka membeli erh. Jarang saya tengok perempuan macam nie.”


Nie puji ke bodek?


“Sebab saya memang tak suka membeli. Dari membeli baik simpan duit tu.”


“Nak ais krim saya belanja.”


kami sama-sama berhenti dekat tempat yang jual ais krim.


“Betul ke awak belanja?” aku tanya dia lagi.


“Setakat ais krim yang harga dua ringgit nie boleh la.” dia sengih dekat aku.


Untuk aku aiskrim mint dan dia ais krim chocolate.


“Awak berapa lama lagi nak habis belajar?” Taufik tanya aku.


“Lagi setahun.” aku pandang dia. “Kenapa?”


“Nak masuk meminang.” serius aje ayat dia.


“Kalau tak melawak tu bukan Taufik namanya.”


Kami sama-sama duduk dekat atas batu sementara tunggu kawan-kawan dia yang tengah seronok duk memborong.


“Eh jap erh. Saya ada barang nak beli dekat mummy. Awak boleh kan duduk sini sorang-sorang.” Taufik terus bangun dan tunggu jawapan aku.


“Boleh ajelah.pergilah cepat.”


Terus Taufik jalan laju-laju. Apa benda la yang dia nak beli dekat mummy dia tu. Tak sampai setengah jam Taufik datang balik. Eloklah kawan-kawan dia yang lain pun semua dah ada dekat sini. Masa kami sama-sama jalan kaki nak ke hotel dia sempat tunjuk t-shirt 'I LOVE PENANG' yang dia beli dekat mummy dia. Anak mummy la nie.


“Nanti saya bawak awak jumpa mummy saya nak?” Taufik cakap bisik-bisik dekat aku.


Aku toleh tengok dia dekat sebelah. Apa ke hal nak bawak aku jumpa mummy dia pulak.


“Kenapa pulak nak bawak saya?” aku pandang dia pelik.


“Boleh kenal-kenal dengan mummy saya.” dia senyum segaris.


“Hish. Tak naklah saya.” segan aku.


“Kenapa tak nak?”


“Awak nie kan. Banyak sangat sebut perkataan ayat kenapa hari nie. Kenapa?” aku tanya dia balik.


Terus dia gelak kuat-kuat.


“Nanti jumpa mummy saya erh.” Taufik masih lagi bersisa ketawa.


“Kenapa saya nak kena jumpa mummy awak.” aku jungkit kening.


“Sebab saya suka awak.” dia kenyit mata dekat aku.


Hampir nak terlepas telefon di tangan. Dia nie main-main ke serius? Aku terus jalan laju buat-buat tak layan. Bukan boleh layan sangat nanti jadi benda lain.


**********


Pagi tu kami berjalan-jalan ke bukit bendera. Orang punyalah ramai. Nasib baik keluar awal pagi. Masa nak naik keretapi Taufik dan Nian terpisah dengan rakan-rakan yang lain. Akibat orang yang ramai. Kami terpaksa tolak menolak. Aku dengan Taufik terpaksa merapat ke bahagian paling dalam. Dan kedudukan kami setentang.


Mula aku nak berpeluh kalau dah rapat sangat macam nie. Aku nampak Taufik dah senyum sampai ketelinga walaupun tak pandang aku. Sebab rapat sangat macam aku boleh bau minyak wangi dia dengan lebih dekat.


“Saya tak salah.” ayat pertama dia untuk aku masa dekat dalam kereta api nie.


Keretapi bergerak menuju ke atas. Taufik letak tangan dia dekat tepi aku.


“Saya tak nak orang lain tersentuh awak.”


Aku pandang dia. Mungkin dia dapat rasa yang aku mungkin tak selesa. Terpaksa la aku hadap scene yang macam cerita hindustan nie. Huhu.


Lega rasanya bila train dah sampai. Orang pertama yang tarik nafas lega adalah aku.


Dah lama tak naik Bukit Bendera nie. Last naik masa darjah dua macam tu. Lepas tu sekaranga jelah dapat naik.




“Nian..Nian berdiri dekat situ.” aku terus berhenti dan pusing menghadap Taufik. Belum sempat nak senyum. Taufik dah ambik gambar aku guna DSLR dia.


“Eh ambik gambar orang curi-curi.” aku buat-buat marah dia.


“Tak apa. Tak kena bayar pun.” dia sengih dekat aku. Ceh!


Lepas saja habis pusing satu Bukit Bendera nie, kami pergi pulak dekat Art street. Masa dalam kereta telefon Taufik berbunyi. Dia pandang aku sebelum jawab. Yang aku dengar . Baik pakcik. Baik pakcik.


Sampai dekat art street kami lepak sana sampai malam. Kebetulan dekat dengan padang kota lama. Malam-malam minggu macam nie. Ramai orang. Banyak couple. Ada busking pulak. Aku duduk dekat tembok yang dekat padang permainan. Dengan hembusan angin laut ditambah pulak dengan muzik budak- budak busking nie. Tiba-tiba rasa seronok. Taufik duduk tepi aku sambil sua kacang rebus. Aih! Tadi dah makan takkan tak kenyang lagi. Aku geleng sebab dah kenyang.


“Dah lama tak busking.” mata Taufik pandang budak-budak yang tengah busking.


“Eleh macam la tahu. Suara pun tak sedap.”


“Saya memang tak nyanyi tapi saya main instrument.”


Aku angguk tanda paham.


“Sir..Miss.. merpati dua sejoli. Mau beli bunga?” Amoi yang pegang bakul penuh dengan kuntuman mawar merah berdiri depan aku.


“Eh tak apa la..” aku geleng kepala dekat amoi tu.”


“Murah saja. Satu kuntum sepuluh ringgit dapat free gift teddy bear kecil lagi. Sesuai sangat untuk orang yang tengah bercinta nie. ” Amoi tu masih tak mengalah. Mesti major in marketing nie. Ayat dia manis.


“Bagilah satu.” Taufik keluarkan duit dari wallet dia.


“Terima kasih abang kacak.” senyum lebar amoi tu.


Taufik tenung bunga ros tu sebelum suakan dekat aku.


“Hadiah sebab sudi jadi pemandu pelancong saya.” dia letak atas riba aku.


Aku rasa macam tak jadi pemandu pelancong dia pun sebab semua jalan dia tau. Aku pandang Taufik yang dah jalan dekat bebudak busking tu. Apatah yang dia cakap terus budak busking tu bagi dia main drum.


Drum nie tak adalah kecik sangat. Tak adalah besar sangat. Drum untuk busking. Aku tengok Taufik main dengan penuh gaya. Kawan-kawan dia yang lain dah bersorak sakan dah. Dari dari raut wajah dia aku nampak dia kesunyian. Ada benda yang dia simpan.


Dah malam sangat. Kami pun pulang dekat hotel. Masa dekat lobi sempat Taufik pesan dekat kami.


“Esok lepas check-out kita pergi rumah Nian. Korang dah setujukan tidur sana. Isnin baru balik.” semua angguk tanda setuju. Sebelum balik ke bilik.


Rumah Nian? Maksudnya rumah aku. Apasal aku tak tau.


“Taufik.” aku jerit panggil nama dia. Tak sempat dia masuk lif.


Kami berdua aje ada dekat lobi.


“Ye sayang.” dia jalan dekat aku.


“Awak cakap tadi rumah Nian. Maksudnya rumah saya. Kenapa hari isnin baru nak balik. Nak tidur mana?”


“Tidur rumah Nian.” tenang saja ayat dia.


“Rumah Nian tu rumah saya. Macam mana saya tak tau?” suara aku kuat gaya macam nak marah.


Cepat-cepat dia tarik hujung tangan baju aku. Punat lif ditekan.


“Abah awak jemput menantu dia datang takkan nak tolak.”


Masa dekat dalam lif dia tekan tingkat 4 untuk bilik aku dan tingkat 5 untuk bilik dia.


“Kenapa saya tak tau. Kenapa awak tak cakap. Kenapa abah tak call saya pun.” aku pandang dia lagi.


Sampai tingkat 4 dia cepat-cepat tolak aku keluar. “selamat malam cik kenapa.”


Pintu lif ditutup. Dia nie menyakitkan hati betullah.











11 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 2





“Kau punya kerjakan?” aku berdiri sambil bercekak pinggang sementara sebelah tangan lagi memegang telefon disebelah kiri.


“Aku pulak. Aku tak tahu apa-apa okey.” Farah masih bersuara sahaja.


“Rasa nak cekik aje kau nie tau. Habis tu mana Taufik tu number telefon abah melainkan kau sorang aje.” geram betul aku dengan dia.


“Mana muka tu nak manis kalau asyik nak marah aje. Dah dia buat muka kesian aku bagilah. Aku mana boleh orang duk buat muka kesian nie. Aku jadi kesian.”


Aduh! Farah nie.


“Dah la aku nak tolong mama masak. Lagipun Taufik tu handsome tau. Rugi kau kalau lepas.” Farah gelak dekat hujung talian sebelum letak telefon.


Hish! Geramnya aku. Lagi aku nak elak. Lagi dia nak dekat. Aku geram betul la. Teringat aku semalam abah panggil aku katanya ada benda nak bincang.


“Nian ada kawan nama Taufik?” masa tu aku baru lepas basuh pinggan dekat sinki. Abah pulak kebetulan hari nie shift pagi. Abah aku kerja kilang dekat Prai.


Aku yang tengah basuh pinggan terus rasa macam nak terlepas pinggan dari tangan.


“Awat abah?” dah balik penang haruslah cakap utara.


“Taufik tu dia mintak izin abah nak buat Nian jadi pemandu pelancong dia nanti. Abah izinkan. Pi lah. Dia kata tiga hari dua malam tidur sana.”


“Abah bagi ka Nian tidur sana?” aku masih teruskan cuci pinggan dalam sinki.


“Taufik kata dia bawak kawan perempuan dia. Kalau dia jahat dia tak telefon abah minta izin nak bawak Nian.”


Aku tarik nafas berat. “Abah percaya ka?”


Abah diam lama. “Dia kata dia bertanggungjawab sepenuhnya atas Nian lagipun Farah kenal Taufik jugak kan?”


“Tengok la dulu macam mana. Nian tak berani nak janji.”


“Ikut suka Nian lah abah dah bagi izin. Sebab hati abah kuat cakap yang Taufik nie budak baik.” abah terus bangun dari kerusi dan tinggalkan aku yang dah pun habis basuh pinggan.


Ada baki lagi tiga hari sebelum aku buat keputusan muktamad lagipun aku bukan jenis perempuan yang kaki jalan melepak sana sini. Rasa berat hatilah jugak. Lepas habis cakap telefon dengan Farah, Taufik pulak telefon aku. Aku pandang skrin lama sebelum angkat.


Aku bagi salam.


Taufik jawab salam.


“Macam mana Cik Nian setuju?”


Nie sorang lagi kalau ada depan muka aku dah lama aku cekik dia nie.


“Tengok la dulu Encik Taufik saya tak berani nak janji.”


“Rugi Cik Nian tolak pelawaan saya nie. Dah la sehari dua ratus. Dapat pakej penginapan dan makan sekali. Rugi tau.”


“Ye ke rugi? Macam tak saja.”


“Terserah dekat Cik Nian. Cik Nian boleh fikir-fikir dulu. Bagi keputusan malam nie ye.”


“Ehh awat pulak malam nie. Bukan ada baki lagi tiga hari ke?” aku mula rasa nak marah dia nie.


“Dia keluar dah bahasa utara dia kalau kita cakap bahasa sarawak iban nanti baru dia tau.” Taufik gelak kuat.


“Betul-betul la Taufik. Tak kan malam nie.” aku garu kepala yang tak gatal.


“Esok malam bagi saya jawapan. Saya tunggu. Okeylah Nian. Bye.” Taufik terus letak telefon.


Salam apa pun tak bagi main letak terus saja telefon. Benda nie rasanya paling susah dalam hidup aku. Nak buat keputusan.




**********






Aku hidupkan enjin moto EX5 abah sebelum menuju ke kedai adik Ujang. Oh ya! Ujang nie kawan aku dalam kampung nie dia sajalah kawan lelaki yang aku ada. Sebab aku duduk sekolah asrama kebetulan Ujang nie satu sekolah dengan aku tu yang rapat tu.


Ujang nie pelajar perubatan dekat India. Biasiswa sepenuhnya. Aku tak tau apa dia makan sampai pandai macam ni. Adik aku baru bagitau tadi yang Ujang tengah cuti tu yang aku sibuk nak pi cari dia.


“Adik manis...” Ujang dah jerit dari jauh bila nampak aku.


“Wei nak order oblong. Tapi lepas isyak nanti abah aku mai ambik.” aku berhenti moto depan kedai dia.


“Boleh.. untuk adik manis semua abang boleh buatkan..” Ujang dah buat ayat gatal dia.


“Geli aih tak payah duk berabang- abang la dengan aku.” Aku dengan Ujang dah biasa melawak kasar macam nie.



gelak aje dia dengar ayat aku.


“Hang cuti sampai bila?” aku duduk atas motor sambil pandang Ujang yang tengah duk potong sayur.


“Dua bulan. Hujung bulan nie aku balik la sana balik.”


“Cepatnya.”


“Awat rindu aku la tu. Jangan risau aku pi tak lama. Nanti lagi 2 tahun setengah aku balik la Malaysia.”


Aku cebik muka.


“Dah la aku nak balik. Jangan lupa nanti lepas balik masjid abah aku datang ambik. Buat special punya untuk aku.” aku start enjin moto.


“Baiklah Cik Nian.”


Aku terus pulas minyak. Belum sampai sekerat Ujang dah jerit panggil nama aku. Terpaksa aku buat break mengejut.


“Pasaipa?” aku marah dia.


“Esok free tak?” dia jerit dekat aku.


“Tak free. Awat?” aku jerit balik.


“Baru nak masuk meminang.”


jerit panggil aku semata-mata nak cakap benda nie saja?


“Aku tak sudi.”


“Hang tunggu pinangan ke 20 yang macam dalam cerita tv tu ka? Bukan setakat 20. 30 pun aku sanggup pi pinang hang.”


“Hang nie banyak tengok drama la. Dah la aku nak balik. Bye.” aku terus pulas minyak.


Dia nie banyak sangat tengok drama tv la. Entah apa-apa nak masuk meminang aku.


**********




“Yelah..yelah..jadi.” aku buat suara pasrah.


“Terima kasih Nian.” girang betul suara dia.


Mana tak pasrah, pagi petang siang malam hantar meseg minta aku join. Aku nie dah la tak pandai sangat jalan dekat Pulau nun.


“Kalau macam tu nanti saya ambik awak dekat tol juru boleh?”


“Ye boleh. Nanti saya suruh abah hantarkan.” buka facebook menggunakan laptop. Sebelah tangan lagi masih pegang telefon.


“Macam tulah Nian saya.”


Aku tersentak. Nian dia?


“Hello bukan Nian awak ye.”


Aku dengar dia ketawa di hujung talian. “Nanti kita nak jalan mana?”


“Jalan mana apa?” aku pelik dengan ayat dia yang satu nie.


“Maksud saya.. nanti dekat mana aje kita boleh jalan-jalan saya tak nak lepak mall.”


“Takkan saya nak bawak awak lepas mall.”


“Tak sabar nak jumpa awak Nian.” perlahan suara Taufik.


Aku diam seketika. Dalam ayat Taufik nie.


“Ada apa-apa pesanan lagi tak?” aku pecah kesunyian. Tiba-tiba rasa kekok pulak.


“Cuma nak cakap.. Aram tua kawin diatu.”


“Apa?” aku bertambah pelik. Bahasa apa pulak dia cakap dengan aku nie.


“Tak ada apalah. Good night Nian. Salam.” talian terus di matikan.


Aku jawab salam Taufik. Aku pandang telefon. Apa dia cakap tadi? Kawin diatur? Ehh sesuka hati nak atur perkahwinan aku pulak. Aku belajar pun tak habis lagi.


Aram tua kawin diatu – jom kita kahwin sekarang. (merupakan bahasa sarawak iban.)


**********






Lepas solat jumaat dalam pukul 3 petang macam tu abah dah siap- siap nak hantar aku ke tol juru. Kebetulan abah shift malam. Elok saja kami sampai Taufik dan kawan-kawan dia masing-masing dah tuggu dekat kereta.


Abah keluar dari kereta bila perasan aje aku, Taufik terus berjalan dekat kami sambil tersenyum manis. Dia salam abah sambil bertanya khabar.


“Jaga anak pakcik elok-elok.” pesan abah dekat Taufik.


“InsyaAllah pakcik. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas Nian.”


“Baguslah kalau macam tu. Nanti ahad nie singgah rumah pakcik. Boleh kita sembang panjang-panjang.”


“Tak payah la abah.. diorang nak balik KL lagi.” aku cepat-cepat menolak.


Abah nie cepat sangat baik dengan orang.


“Apa pulak tak payah. Nanti Taufik datang. Boleh makan tengahari sekali.” abah tepuk-tepuk bahu Taufik.


Amboi dah lebih dah nie.


“Boleh jugak tu pakcik.” Taufik senyum mesra dekat abah.


Aku jeling dia dengan rasa agak kurang senang. Harap-harap dia paham la yang aku tak berapa suka kalau dia rapat dengan abah dan siap nak datang rumah.


“Jom Nian kita gerak sekarang.” Taufik angkut bagpack aku letak dalam boot belakang.


Aku salam dan cium tangan abah. Sempat abah pesan macam-macam. Kemudian, Taufik pulak cium tangan abah. Kami sama-sama beriringan menuju ke kereta Taufik.


“Okey kita check in hotel lepas tu kita lepak tepi pantai.” ayat pertama aku dekat Taufik dan kawan-kawan dia seramai 2 orang dalam kereta aku nie.


Ada lagi sebijik kereta viva dekat belakang. Rasanya kawan Taufik semua dekat tujuh orang.


“Awak booking hotel apa?” aku tanya Taufik.


“Bayview beach resort dekat batu feringghi.” aku angguk-angguk tanda paham. Hotel mahal tu.


“Awak tahu jalan nak ke Batu Feringgi?” aku tengok dia dekat sebelah sebab dia macam yakin semacam saja bawak kereta.


“Tahu la. Tengok signboard.” dia sengih dekat aku.


Ciskek sungguh.


“Dah tu buat apa ajak saya datang.”


“Saja.”


Macam bosan pulak sembang dengan dia nie.


Taufik kenalkan kawan dia dekat belakang. Seorang Faizal seorang lagi Aini, awek Faizal. Dalam kereta tu aku tak banyak sangat cakap pun. Taufik nie rileks aje bawak kereta. Macam dah pernah datang penang aje.


“Awak dah biasa datang sini erh?” aku macam tak puas hati.


Dia pandang aku sekejap sebelum kembali senyum.


Dia nie nak main-main dengan aku ke? Orang tanya tak nak jawab.


-bersambung-


**********


ada yang mintak sinopsis NIAN TAUFIK haritu kan? Okey kat sini zati bagi sekali ye.


SINOPSIS.


Perkenalan antara Nian dan Taufik secara tak sengaja di kenduri keluarga angkat Nian membawa bibit-bibit perkenalan yang berpanjangan. Taufi sentiasa mencari alasan untuk mendekati Nian.
Hingga suatu tahap Taufik ambik jalan mudah dengan masuk meminang Nian. Dengan restu keluarga Nian, mereka selamat ditunangkan. Sedikit demi sedikit hubungan mereka kian erat.
Kemunculan Tia merubah segalanya, kerana Tia pertunangan Taufik dan Nian putus. Dalam masa yang sama Nan kehilangan abah tersayang.
Hati Nian sakit, nasib ada Ujang yang selalu disisi. Beberapa tahun kemudian Taufik kembali menuntut cinta Nian. Tapi sayang hati Nian kini milik Ujang.


“Sorry awak tak ada sikit pun petak parking dalam hati saya.” - Nian-


“Saya masih sayangkan awak macam dulu. Kita kahwin” - Taufik-


“Nie cincin merisik, aku tau ngam-ngan saiz jari hang. Eh silap! Abang tau saiz sayang.” -Ujang-


hati Nian berbelah bagi. Antara Taufik atau Ujang. Mana satu?


*nie draf aje ye. Tapi lebih kurang macam nie la.*



6 Feb 2016

novel : NIAN TAUFIK - 1








Aku kerling jam di tangan. Lagi 15 minit pukul 5.30 petang. Mana Farah nie. Janji nak tengok wayang sama-sama. Aku dah beli tiket sampai dua nie.


Dari satu sudut lain aku ternampak seorang lelaki dengan sejambak bunga ros merah. Tukang jual bunga atau nak melamar kekasih nie.


Cepat-cepat aku keluarkan telefon dari poket seluar jeans aku. Terus aku dail number Farah. Dua kali telefon, dua kali tak terangkat. Aku cuba untuk kali ke tiga.


“Hello Farah. Kau kat mana? Aku dah lama tunggu nie.”


“Wei Nian sorry, aku sakit perut giler nie. Dah enam kali ulang masuk tandas. Kau kat mana?”


“Aku dah sampai pun. Kau sakit teruk ke? Kalau tak jadi tak apa lah.” aku buat suara mendatar.


“Nian.. sorry sangat-sangat. Memang aku tak dapat datang pun.”


“Yelah tak apa. Jaga diri tau. Kalau teruk sangat pergi klinik.”


Takkan nak paksa Farah pulak. Kesian dia dengar suara tadi pun macam sakit yang teruk sangat.


Aku cuba cari lelaki yang pegang sejambak bunga ros besar tadi tapi dah menghilang. Ala baru nak tengok acara lamar melamar macam dalam internet tu. Tiba-tiba baru aku perasan yang number hall aku dah menyala. Cepat-cepat aku melangkah masuk dalam hall.


Sampai aje dalam hall lampu dah padam. Berbekalkan lampu telefon bimbit yang dah nak mati bateri nie aku gagah jugak suluh number tempat duduk 8B. Bila dah jumpa terus aku duduk ehh baru aku perasan selang enam seat dari aku ada mamat yang pegang jambangan bunga ros merah tu. Maknanya aku tak terlepas lagilah acara lamar- melamar nie. Macam kes Fizo Omar melamar Mawar Fareeda dalam panggung wayang pulak.


Dari iklan sampai dah mula cerita lelaki tadi masih dalam keadaan yang sama. Keseorangan. Dah la gelap nak tengok muka mamat tu pun tak nampak. Elok aku masukkan popcorn dalam mulut.


“Ambiklah.” sejambak ros merah dah ada atas riba aku.


Terkebil-kebil biji mata aku pandang lelaki yang dah keluar dari hall. Dia nie melamar aku ke bagi dekat aku? Nak panggil tak terkeluar suara. Last-last aku duduk je diam-diam sambil kepala aku tertumpu dekat cerita dalam nie. Dapat bunga ros masa tengok wayang sorang-sorang? Adakah ini jodoh?


**********




Hari nie kenduri rumah Farah. Aku dengan Farah nie dah kira macam best-friend-forever sejak semester satu sampai semester sekarang nie. Dulu Farah roomate aku tapi masuk tahun kedua mama Farah minta dia duduk dekat rumah. Sebab tinggal mama Farah dengan ayah dia aje berdua dalam rumah tu. Aku pun tiap-tiap minggu kalau tak balik penang mesti lepak rumah Farah. Mak Farah pun aku dah panggil mama.


Sampai satu tahap tu mama Farah ajak aku pindah sekali duduk rumah diorang tapi taknak lah aku segan. Takkan nak duduk percuma. Lagipun kalau duduk asrama selesa sikit nak belajar atau ada kelas malam.


Baju kurung moden warna gold aku kenakan dengan curve shawl warna krim. Merangkap anak angkat mama Farah aku dengan berbesar hati jadi tukang bagi doorgift dekat tetamu sambil berdiri sebelah mama Farah. Along Farah nie nikah dengan orang Johor. Kak Zara namanya.


Tepat pukul 2 petang pengantin pun sampai. Dengan iringan paluan kompang pengantin dan kaum keluarga sebelah perempuan disambut mesra oleh keluarga dan sedara mara Farah.


“Nian nanti keluarga pengantin perempuan dah duduk tolong bagi doorgift dekat diorang ye.”


Aku angguk dekat mama.


Tapi kan masa ahli keluarga perempuan jalan masuk aku perasan sorang lelaki nie. Pakai baju melayu lengkap siap sampin dengan songkok. Macam dia pulak yang kahwin. Haha.


“Kau dah kenapa gelak sorang-sorang Nian? Cepat la bagi doorgift tu.” Farah tegur aku dari tepi.


Nampak pulak dia aku senyum sorang-sorang. Aku dengan Farah beriringan bawak doorgift tu dan bagi dekat keluarga kak Zara. Aku beri sebelah kiri, Farah bagi sebelah kanan.


“Terima kasih.”


Aku pandang lelaki yang lengkap berbaju melayu tu. Aku angguk sambil tersenyum.


Lepas je bagi doorgift, aku terus duduk sebelah mama sambung tugas yang tadi.


Keadaan dah makin petang, orang pun dah makin pulang. Keluarga kak Zara ada yang dah balik, ada yang belum balik.


“Farah jadikan hantar aku? Train aku pukul 8 malam.” aku tanya Farah yang sibuk duk makan buah tembikai.


“Kau nak balik sekarang?” Farah tanya aku lagi.


Aku tengok jam dekat tangan dia. Pukul 4 lebih. “Pukul 5 la boleh? Hantar aku dekat stesen lrt dah la.”


Farah angguk-angguk kepala dia. Aku kerling dekat sedara mara kak Zara yang masih belum balik termasuk dengan mamat yang pakai baju melayu lengkap tu. Kenapa tak balik lagi. Tak sanggup nak tinggal kak Zara kat sini ke?


“Nian.. tak boleh la hantar kau. Haikal dah on the way nie nak sampai.” tersengih dia pandang aku.


Nie yang rasa nak marah nie.


“Habis macam mana. Tak apa lah aku naik teksi ajelah.”


“Ehh jap.”


Farah terus lari dekat kak Zara. Lepas tu kak Zara terus senyum pandang aku. Kak Zara dengan Farah jalan ke arah aku.


“Nian nak balik pukul berapa?” kak Zara berdiri depan aku.


“Pukul lima la tapi hantar dekat stesen LRT taman Melati dah la.”


“Taufik.” kak Zara senyum sebelum panggil seseorang.


Lelaki yang berbaju melayu lengkap jalan ke arah kami. Nie Taufik?


“Ye kak Zara.. ada apa?”


“Boleh nolong kamek sik?”


“Boleh.. anytime.” Taufik senyum.


“Sudah mahu balikkan? Tolong hantarkan Nian ke lrt boleh?”


“Sekarang?”


Kak Zara angguk.


Ehh apa pulak sekarang lambat lagi.


“Jomlah.” Taufik pandang aku.


Aku yang tengah blur-blur terus angguk tanda setuju.


Aku pergi dekat mama dan bagitahu aku dah nak balik. Betul ke aku nak ikut dia nie. Boleh percaya ke? Aku terus ambik bagpack dalam bilik Farah dan bila aje nampak Farah, aku terus tarik tangan dia.


“Kau nie tak ada masa lain ke Haikal tu nak datang. Ntah sapa-sapa mamat nie. Buatnya dia culik aku ke apa. Macam mana?” marah betul aku dekat Farah nie.


“Cuba bawak bertenang Nian.” boleh dia gelakkan aku.


“Dia nie okey la. Sepupu kak Zara. Tak ada apa-apa pun. Handsome apa. Macam muka chinese dengan korean look sikit. Orang sarawak tu.” Farah sambung lagi.


Kecik besar, kecik besar aku pandang dia nie.


“Cepat la Taufik dah tunggu tu.”


Aku jalan malas-malas menuju dekat kereta myvi Taufik. Segannya. Rasa nak makan aje Farah masa nie.


**********


“Hantar sampai lrt taman Melati dah la.” ayat pertama aku untuk Taufik.


“Nak pergi mana?”


Kereta sudah pun bergerak meninggalkan kawasan rumah Farah.


“TBS.. nak balik kampung.”


“Tiket pukul berapa?”


“Pukul 8 malam.”


Eh banyak pulak tanya dia nie.


“Kalau macam tu nanti saya hantar awak pergi TBS teruslah.”


“Eh tak payahlah.. saya boleh pergi sendiri. Saya dah biasa. Takpe.. hantar sampai lrt dah la.” aku rasa tak selesa pulak.


“Tak boleh.. nanti jadi apa-apa dekat anak dara orang saya pulak yang dipersalahkan. Jangan risau saya nie baik orangnya.”


puji diri sendiri nampak. Aku boleh cakap apa? Ikut ajelah.


“Saya Taufik. Awak?”


Baru nak buat sesi suai kenal ke nie?


“Saya Nian.”


“Orang sarawak?” dia tanya lagi.


“Tak lah orang penang.”


“Saya orang Sarawak. Nama awak ada sikit-sikit macam orang sarawak. Student ke?”


Dah macam sesi ice-breaking saja nie. Ke dia berminat dekat aku. Muehehehe. Perasan betul la.


“Aha student lagi. Satu kelas dan satu kos dengan Farah.” aku kerling jam dekat dashboard kereta. Awal lagi.


“Saya nak balik rumah kejap, tukar baju.”


aku terus pandang dia. Apa? Nak balik rumah. Aku cakap dah dia nie ada niat tak betul nie. Uwaa nak buat apa nie. Takkan nak lompat keluar kereta?


“Awak nie kenapa? Macam takut aje.” Taufik pandang aku sekilas. Tak lama lepas tu dia gelak kuat.


“Saya nak balik rumah sebab nak salin baju, bukan nak bawak awak masuk rumah sekali.”


Aku kerling dia sekilas. Rasa bersalah pulak.


“Saya tahu awak tengok saya pelik tadi sebab saya sorang aje pakai baju melayu lengkap siap sampin dengan songkok lagi kan? Saya pagi-pagi lagi dah jadi dulang boy kawan saya nikah, lepas habis aje majlis nikah tu terus saya pecut majlis kak Zara pulak.”


Aku simpan senyum. Perasan pulak dia aku pandang dia tadi. Malunya!


“Lain kali jangan pandang saya macam tu. Rasa macam artis pulak.”


Buerkk! Perasan.


Taufik berhentikan kereta depan rumah teres dua tingkat. Rasanya dia duduk rumah sewa nie sebab bersepah kasut dekat luar.


“Awak duduk dalam nie diam-diam. Kunci pintu lagi 15 minit saya keluar.”


“Okey.”


Elok aje Taufik keluar aku terus kunci pintu dan belek-belek telefon. Belek-belek dalam kereta. Muehehe. Ada kad pelajar dekat tempat duduk belakang. Budak MSU rupanya. Dan ada kasut perempuan dalam kereta dia. Mesti awek dia nie. Aku terus belek telefon sambil layan facebook. Tak lama lepas tu Taufik ketuk tingkap. Jeans dengan t-shirt aje. Dia senyum dekat aku sebelum mulakan pemanduan.


Aku tak tahu nak sembang apa sebenarnya dengan dia. Rasa kekok. Sebab pertama kali aku naik kereta dengan budak lelaki berdua sebelum nie ada la jugak tapi ramai-ramai bukan berdua macam nie.


Kami masing senyap sampailah dekat TBS, aku mintak dia turunkan aku aje dekat tempat turunkan penumpang tapi dia sibuk nak hantar aku sampai naik bus.


Dekat tempat parking dia tolong galas bagpack. Bila aku cakap tak payah lagi dia sibuk nak tolong. Habis aku nak cakap apa? Biarkan ajelah. Aku pegang beg kertas yang dalam tu ada bunga ros merah yang aku dapat masa tengok wayang tu.


Yang aku perasan dia asyik renung jambangan bunag ros merah. Dengan kaca mata rayban yang tersangkut di batang hidung kami sama-sama berjalan tunggu nak masuk balai berlepas. Dah macam dekat airport pulak TBS nie.


“Mana dapat bunga ros merah nie?”


kami sama-sama duduk dekat ruang menunggu.


“Boyfriend bagi erh.” belum sempat aku nak jawab dia dah mencelah.


Aku mampu sengih ajelah dekat dia.


“Boleh saya whatsapp awak tak nanti?” dia dah keluarkan Iphone dia.


“Nak buat apa?” aku tanya dia.


“Saya cadang nak pergi penang minggu depan.”


Aku terus bagi number aku dekat dia.


“Cuti sem nie buat apa?” dia tanya lagi.


Kenapa aku rasa macam dia nie banyak cakap pulak.


“Cuti sem nak dekat tiga bulan.. kerja part time ajelah.”


“Awak kerja dengan saya nak?”


Terkejut jugaklah aku dengar ayat dia. Dia nie CEO mana pulak mintak aku kerja dengan dia.



“Kerja apa?” aku pandang dia sambil betulkan hujung tudung.


“Jadi pemandu pelancong saya.”


aku pandang dia tak berkelip. “Pemandu pelancong?” aku jungkit kening.


Dia angguk.


Aku geleng. “Tak berminat.”


muka dia berubah sikit macam riak kecewa “kenapa?”


“Saya nak kerja la. Nak buat bayar yuran.”


“Kerja dengan saya lagi masyuk. Sehari lima puluh ringgit.”


aku geleng. Tak mau!


“Sehari seratus.”


aku geleng lagi. Terima kasih ajelah.


“Saya datang tiga hari aje. Jumaat. Sabtu dan ahad.”


“Tak nak.” aku masih berkeras.


“Sehari dua ratus. Muktamad.”


“Abah saya tak bagi ikut lelaki yang bukan-bukan.”


“Abah awak? Tak ada masalah. Benda kecik aje.” dia senyum pandang aku dengan pandang yang dia akan berjaya.


Hek eleh hang tak kenal lagi abah aku macam mana. Ingat senang ke dia nak lepas anak dara dia dengan lelaki yang bukan-bukan.


Aku tengok jam dekat telefon lagi setengah jam nak naik bus.


“Saya gerak dululah.” aku terus galas bagpack dan pegang beg kertas yang ada bunga ros merah tu.


“Bye Nian. Kacak na kitak aritok.” Taufik melambai-lambai masa aku turun escalator.


Aku yang tak berapa nak paham apa dia cakap terus melambai – lambai tangan. Kacak? Aku nie perempuan la bukan lelaki. Aritok? Tok aku ke? Mana dia tau tok aku kacak? Apa – apa jelah Taufik oi. Janji hang bahagia.




bersambung...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. dah lama zati tak post apa-apa cerpen/ cerita dalam blog nie.

zati nak beritahu nie yang Zati akan jual sendiri NIAN TAUFIK nie. jadi nanti dah siap sepenuhnya Zati akan buka pre-order. semoga ada yang sudi dapatkan Nian Taufik nanti. dan tak banyak bab yang zati akan post dalam blog nanti. sebab kalau post banyak-banyak bab nanti dalam buku dah jadi sikit untuk dibaca, apa-apa pun terus menyokong zati mohd dan Nian Taufik. terima kasih.