Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

26 Feb 2012

prolog.. kisah kita di KISDAR



Surat tawaran masuk Kisdar dah sampai rumah. Kursus diploma perakaunan. Aku tak nak masuk tapi kena paksa dengan mak. Mak kata duduk je dekat kuala tu ramai sedara dekat sana.. lagipun kampung kita kan dekat kuala. Aku taknakkkkkkkkkkk!!!!! Dah la 18 tahun ulang penang- kuala bosan tahu tak! tapi aku kan anak solehah ikut jela.. pekan koboi pun pekan koboi la..


Masa hari pendaftaran dekat kampus baru Kuala Kangsar sebelum nie kampus dekat Ipoh.. masa tu abah aku parking kereta dekat padang hoki.. mau nangis aku tengok semua pakai tudung labuh.. uwaaaaa!! Tak nak!! Tak nak!! Pendaftaran dibuat dekat library kami yang kini dah cantik.. nak cari buku online aje pakai internet..haha.. guna jari pun boleh senang kan.! Yeah.. mula-mula daftar dah buat jahat..potong line orang masa beratur.. bukan aku sowang ja ada lagi 4 anak buah aku… budak bank..haha..siapa taw kisah nie diam-diam tau. Lepas je habis daftar tak sampai setengah jam. Orang lain berjam-jam.

Aku ajak mak aku pergi pekan koboi. Cari tudung labuh warna hitam sebab mereka cakap wajib! Mengikut hasil dan ujikaji yang dijalankan aku pergi orentasi dengan tudung labuh bulat + tak bergosok! Ini la namanya pemberontakan..haha..

Orentasi seminggu.. dah la hostel baru..kampus baru.. semua baru dan kami pun dikacau dengan ‘tuan tanah’.. takut jugak aku.. cuak beb!! Tapi tak apa yang tu ok lagi.. masa orientasi kami kena dera dah la bagi makan lambat.. mereka yang bagi patahkan kerusi dekat kafe cakap kami pulak. Lepastu cakap kami semua kutuk diaorang.ala itu lakonan semata-mata..yang paling kesian ada yang kena marah dengan ‘abg celoreng’ smp nangs..


kelas pertama masok kelas ACC dengan puan nurul.. garang beb.. tpi tu dulu la lama-lama dia dah baik.. macam-macam kami kena buat.. satu group tu kena menjual barang-barang.. kira macam syarikat la.. kena buat jurnal la..lejar la.. KKK..penyata la.. syok gak.. jual dari satu bilik ke satu bilik.

Masa sem 2 dekat asrama kami dikecohkan dengan hantu pocong yang ‘tuan tanah’ number berapa pun aku tak tau la.. semua student takut.. weii aku pun takut jugak tapi tak pernah pun ‘tuan tanah’ tu nak melawat aku.. haha.. masa duduk dekat asrama best jugak.. malam-malam keluar makan dekat kafe kalau time sahur 2-3 pagi pergi kafe. Tapi yang I geramnya you.. sabtu ahad kafe tak buka lak.. kesian kami kena jalan sampai kedai brother tau..yang ada tenaga lebih pergi makan dekat jalan depan tu.. ala yang ada orang jual kuih petang-petang tu.


Yang bestnya kan kat sini semua boleh buat calon suami.. haha,, well MUH (my ustaz hafiz) terjumpa I masa dekat .. ooo..bukan terjumpa silap.. dia teman kawan dia dan I teman kawan i.. sooo.. tapi dia kata selalu ternampak aku dekat kafe..tapi aku tak pernah pun nampak dia..haha kesian aku.. setakat itu aja boleh citer.. nanti MUH tegur saya.. dia kan USTAZ..haha.. semoga berjumpa lagi ustaz..


Kembali balik ke dunia kampus.. cukup-cukup lupakan MUH.. masa sem 3 kami kena buat persembahan lakonan dalam bahasa Engglish.. u know what! group aku menang (tengok la siapa punya jalan cerita dan penulis skrip kan).. Haha.. ini semua kerjasama korang.. kelas intermediate English with miss nurul now madam nurul.. kita buat kisah pasal syurga cinta tapi kita tukar sikit-sikit.. orang gaji kita adalah lelaki..haha.. kesian kau!! Tapi semuanya bagus-bagus.. group kita bdk akaun + usuluddin +bahasa arab.


Masa sem 4-sem 5 kita buat praktikal.. ada yang praktikal sama-sama dan ada yang sorang-sorang.. tapi tak apa.. bidang kita masih serupa akaun. Bila dekat kisdar walaupun kos lain tapi kami kawan dengan semua orang.. study sama.. ponteng pun sama-sama..

Hehe..sweetkan?? sampai la sem 6.. kita still together-gether.. kurang dari sebulan ,3 minggu je kita nak berpisah.. harap korang happy la.. jangan lupa cari kerja tau.. nak sambung study pun boleh jugak.. yang penting bayar duit PTPTN.. kang mengamuk kang.. ok? Salam perpisahan dari aku.. and u know what?? I will miss u guys.. yaa… memori kita dekat kisdar tak pernah aku lupakan…

*InsyaAllah zati akan wat cerpen sekarang tengah kumpul idea dari kawan-kawan.. actually ni kisah benar.. kisah masa time study *2008-2011*

25 Feb 2012

adakah ini takdir kita

BAB 1

 "Aaaarrgghhh..malas betul la nak pi sekolah hari ni..mata pun tak boleh buka lagi nie..". Merungut Azzam sendirian yang bangun awal pagi untuk memulakan aktiviti harianya iaitu ke sekolah...

"AdiK..pi mandi cepat..nak pi sekolah lagi..nak sarapan lagi..iisshh!!..pi cepat!! ". Adik??..itu lah panggilan manja yang diberikan oleh ahli keluarga kepada remaja egois ini. Arahan oleh ibu tersayang pantas di " iya " oleh remaja nakal ini.

 "Peerrggghhhh..handsome betul aku ni..hahaha". sambil tersenyum menghadap cermin yang baru di beli abah sebulan lalu.

Azzam yang sedang berhias diri untuk ke sekolah di sapa ibunya yang menjemput dia untuk bersarapan. "tak mau ar mak..kenyang la..".

"Aik..pelik la adik nie..baru hari ni tak nak sarapan?"

 Pantas di sahut AZZAM " saja ".

*******************************************

 "Angah..awal sampai..lapar dah ka??". teguran daripada 'mama'..iaitu ibu yang menegur sikap anak manjanya iaitu suhaila. Gadis yang di gilai oleh kaum-kaum adam di serata tempat. Suhaila gadis remaja yang berusia 14 tahun yang mempunyai penuh sifat kasih sayang dan adakalanya mempunyai sifat panas baran dan keras hati.

 "Angah lapar la mama..lagi pun angah rindu mama..hehehe". Usik kan manja oleh suhaila kepada ibunya yang sedang menyediakan makanan untuk anaknya yang paling di kasihi dalam keluarga mereka. Ibunya yang mempunyai sebuah kedai makan yang terkenal dan enak. nyum. nyum

"Nah makanan anak mama yang comel ni. Makan puas-puas sampai kenyang..kejap lagi dh nak pi sekolah..ingat angah..tahun depan PMR tau..belajar rajin-rajin". Peringatan yang diberikan oleh ibu suhaila kepadanya agar dia bersedia untuk masa hadapan.

"Ye tahu la..".

**********************************************

  Sekolah ku taman permainan ku. Hahaha. Bahasa hati Azzam tentang sekolahnya yang tersergam indah yang telah lahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya. Namun, bagi jejaka nakal ini. Sekolahnya merupakan taman permainannya bersama rakan-rakan nakal yang lain.Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk serius dalam pelajaran.

"Weyh Mirul , Pedot..jom blah kelas..tak payah belajar hari ini..jom lepak atas loteng sekolah ". Ajak Azzam kepada sahabat baiknya iaitu Amirul (Mirul) dan Firdaus (Pedot).

"Tak mau la..kami nak belajar hari ini ". Pantas di balas oleh mereka. Azzam yang tersentak mendengar ungkapan daripada mulut sahabat baiknya, Azzam cuba memujuk tetapi tidak berjaya .Mau ke tak aku terpaksa la guna peluang terakhir..takkan nak lepak sorang-sorang..tak best ar..aduhhh Bisik Azzam di dalam hati kecilnya.

 "Ala jom la..lagipun kerja sekolah korang kan tak siap lagi..sat lagi kalau cikgu tu masuk..korang dah nak kena submit homework tu tau tak !!!". Hasutan Azzam diteruskan lagi agar dapat memujuk teman-temannya untuk ponteng kelas.

Mirul dan Pedot berfikir sejenak dengan kata-kata  Azzam itu sambil membuat keputusan tepat. Akhirnya mereka pasrah dah terus patuh dengan ajakan Azzam.

**************************************


 "Iissshhh..tak larat la nak pi sekolah time-time tengahari camni..tension betul la cam ni..dah la tahun depan PMR".  Berbicara sendirian Suhaila bersama hatinya sambil bersiap untuk ke sekolah.

"Suhaila..ko tak nak couple  lagi ke??..kawan-kawan kita yang lain semua dah berpunya..sampai bila ko nak solo??". Teguran dari kawan baik nya iaitu Mona telah memeranjatkan Suhaila yang asyik berjalan menuju ke bilik darjahnya.

"Ko ni tak reti bagi salam dulu ke??..isshh..buat apa couple , x bebas..". Balas Suhaila sambil teruskan perjalanannya yang terhenti.

"Tak reti la." Mona tersengih.

Suhaila menggelengkan kepalanya pelahan. Pertanyaan Mona dibiarkan begitu sahaja.

*************************************

p/s > bersambung

23 Feb 2012

thanks you so much

Bismillahirohmanirohim...

salam jumaat korang..assalamualikum.. sihat ke? harap-harap korang sihat la ye.. insyaAllah..


thanks you so much.. yang tu sebenarnya zati nak ucapkan.. sebab zati baca balik BBJM dekat P2U tadi.. banyak komen-komen yang membina.. tocei..tocei..

zati terharu sangat-sangat.. yang dekat FB pun.. thanks a lot ye dear..

ada yang cakap Yaya tu memang ada ke watak macam tu? dan jawapannya adalah..

yup ada.. tak percaya? syukur la tak pernah jumpa orang macam ni.. zati tulis ni berdasarkan kisah realiti yang terjadi sekeliling.. erm.. betul.. zati tulis nie bukan sebab nak mengaibkan sesiapa tetapi ni la realiti dunia, manusia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka inginkan.. jadi sila la berhati-hati.

eeeii..zati punya ayat macam syok sendiri saja.

yeke? kalau macam tu sorry la k.. tp tu je yg  zati rasa okey.. xpew la..

thanks tau! zati dah edit balik semua tu dan pendek zati dah panjangkan, yang tergantung tu zati dah penuhkan.. yang salah tu zati dah betulkan..

lambat lagi ke zati??

tak tau la.. sebab zati kerja so payah sikit la nak buat cepat-cepat... InsyaAllah kalau ada kesempatan zati akan siapkan cepat-cepat untuk penilaian penuh. tapi tak tau la di terima ke tak.. tapi jgn berharap sangat tau..

bye..bye.. salam jumaat ye.. lebiu.. hehe

22 Feb 2012

SEDIKIT SEDUTAN BBJM

hallo.. korang sihat? harap-harap sihat la erh.. kat sini zati masukkan sikit bayang-bayang jalan cerita BBJM ni..

> Risya akan berbaik dengan Ash dan menerima cinta Ash.

> diorang honeymoon atas Cruise okey..

>Ash nyanyikan lagu Pencinta terbaik oleh Sofarz masa bufday Risya.

> Ash hadiahkan kereta dekat Risya..

>Wujud blog puaka untuk jatuhkan Risya.

>Wafiy still lagi berharap dekat Risya.

> Yaya pasang perangkap untuk kahwin dgn Ash dan dia berjaya.

>Risya gugur..

>Risya akan bercerai dengan Ash atas sebab hasutan Yaya..

> korang nak happy ending ke sad ending?? hehehehe...

*semua ni plot yg tak tersusun.. zati main bubuh aje.. so tak tau nak bubuh hepi ending or sad ending.. hehehe..*

bubye..

BBJM belakang tabir.. :p

lagu ni dari Risya buat Ash


yuna terukir di bintang...


ni pulak lagu Ash untuk Risya 


sofazr > pencinta terbaik...



serius aku cakap suara amir macho habis..tettttttttttttt...

21 Feb 2012

adakah ini takdir kita

hello.. lama x update blog.. sekarang ni zati tengah siapkan manuskrip BBJM.. so lambt kut nak update cerpen or citer baru..harap bersabar yew..

Adakah ini takdir kita adalah nurkilan adik zati azzam azry yang tengah study dekat UNIKL-MSI dekat kulim.. so sape kenal dia sila buat-buat tak kenal..hehe.. kali ni zati bagi sinopsis dulu. okey. bubye..

*****************************************************



Azzam seorang jejaka egois baginya wanita adalah sama! mana bisa perempuan lain mampu menambat hatinya. namun, inilah takdir dia bertemu dengan Suhaila gadis kampung yang ayu dan cantik. betul kata orang cinta pertama susah nak lupa.

takdir telah menemukan mereka. bila bersama mereka bagai anjing dan kucing, aur juga tebing.. lama kelamaan hati mereka terpaut dalam satu keadaan. mereka akhirnya bersama.

tanpa di duga takdir telah memisahkan mereka. mereka terpisah dalam satu keadaan yang amat perit untuk di kenang.

adakah mereka masih dapat bersama?? mampukah mereka membina istana cinta mereka kembali??

"Awak..tunggu jap..saya ada benda nak bagi taw nie?" -Azzam-

"Err..hang nie kenapa hah??asyik ikut aku ja!!!!!..." -Suhaila-

tunggu keluaran penuh. (x penuh pun episod aje ni..sila jangan tetipu.)


"Azzam Azry"

Bila blogger jadi maid ep 18


Aku menghenyakkan badan di atas katil. Beg tangan dan telefon bimbit aku campak entah ke mana .Aku terus baring atas katil dengan tudung di kepala. Kejadian tadi betul-betul menyakitkan hati. Janji palsu la Tengku ni. konon sayang. Sayang taik kucing dia! Pirahhh.. sikit pun aku tak heran la.

Aku terus menuju ke bilik air, nak mandi, nak tenangkan hati ni. lagi fikir lagi sakit hati. Tuala yang tersangkut di belakang pintu terus aku capai dan melangkah dengan seribu kekecewaan.

Kalau betul dia nak kan Aimie aku tak boleh halang dia. Lagipun dia bukan betul-betul suka dekat aku. Dia kahwin dengan aku pun sebab terpaksa, sebab nak jaga maruah dia dan keluarga. Tapi kenapa setiap hari dia perlu beri aku harapan yang dia tu macam cintakan aku.

Air shower aku buka dengan kuat. Bila air dari pancutan itu mengena kepala aku. Terasa ketenangan jiwa. Macam duduk bawah air terjun pula. Air mata aku gugur perlahan-lahan.

Aiman, kenapa Aiman pergi cepat sangat? kenapa Aiman tak tunggu Risya? Tengok sekarang apa dah jadi dekat Risya ni. Risya rasa Risya dah mula sayangkan Tengku. Tapi kenapa bila Risya dah sayang dia, dia buat Risya macam anak patung. Air mata aku jatuh laju.

Aku duduk sambil memeluk tubuh. Aku tersendu-sendu. Aiman, Risya nak ikut Aiman. Nak ikut sekarang Aiman. Tolong la bawak Risya, Risya tak tahan macam ni dah.. bonda, abah.. tolong la Risya. Tengku main-main saja dengan Risya. Dia bagi harapan dekat bonda, abah dan maktok.. tapi lagi besar harapan yang dia bagi dekat Risya..

Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa la perkahwinan ni terjadi macam ni. mungkin ni sumpahan untuk aku sebab banyak sangat baca novel? Aku pasrah, aku redha.. lepas saja aku keluar dari bilik air ni, tiada lagi Tengku Yusri Ashraf dalam hidup aku. Titik!

***************************************************************************
Yaya yang sedang mengunyak keropok corntoz sambil menonton TV sesekali dia ketawa bila melihat rancangan ‘amekaw’. Sampaikan emaknya di sebelah pun dia tidak perasan.

“Ya..” makngah memanggil.

Yaya menoleh pada emaknya.. keningnya di kerutkan tanda tidak puas hati.  Makngah tersenyum.

“Ya..” makngah menepuk bahu Yaya.

Yaya mendengus. “Apa mak duk Ya..Ya..” Ralit sungguh dia dengan rancangan TV terbabit sampai emaknya disebelah pun dia tidak menoleh.

“Aku ada cerita ni fasal Risya..”

Serta merta Yaya.. menoleh, dengar saja nama Risya mesti dia suka, dari dulu memang dia tak puas hati dengan sepupunya itu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin pengaruh emaknya kut yang tak suka bonda Risya.

“Apa mak?” pantas Yaya menjawab.

Hang fasal Risya, laju saja noo.. ni fasal Risya dengan Ash ni.. Ada cerita bagus punya mak nak cerita ni,” mami jarum sungguh!

“Cepat la mak oii.. lambat sungguh la mak ni..” Yaya makin teruja.

Makngah berdehem seketika sebelum menyambung “ Ash dengan Risya tu kahwin sebab Ash paksa Risya, dia paksa Risya sebab tunang dia tak jadi mai masa depa nak nikah, sebab tu Risya terpaksa gati, konon nak jadi heroin, menyelamatkan maruah orang. Padahal nak kikis la tu, hang bukan tak tau bonda Risya tu suka menunjuk.”

“Mana mak dengar semua ni?” Yaya tersenyum. Dasar perempuan pengikih!

“Aku? Takkan hang tak kenal kut, CNN.. lagi cepat dari melodi.” Kata makngah sambil menunjuk dadanya.

Yaya tersenyum, lepas ni ada bahan la nak kenakan Risya. Ketawa Yaya di dalam hati.

“Aku ada idea ni Ya..” makngah sambung lagi.

Idea apa pulak?” kata Yaya sambil menggaru kepalanya.. aku pun tersangkut sekali apa ni..

“Aku nak hang pi goda Ash, lepas tu menikah dengan dia..” Senang makngah menutur ayat tersebut. Yang dia bercakap tu mengenai anak abangnya.

Awat pulak cheq yang kena mak.. Ijal macam mana?” Yaya sudah memuncungkan mulutnya.

“Jantan kerja kilang tu yang hang nak buat apa? hang nak kerja kilang sampai tua? Kalau aku tak sanggup la..  rezeki dah ada depan mata.. rembat saja la.. hang ni memang bodoh la..” kepala anaknya ditonyoh. Orang nak bagi hidup senang dia nak hidup susah.

“Takkan mak nak bagi bekas Risya tu dekat Yaya kut?”

“Habis tu? Dekat KL tu ramai saja perempuan muda ambik bekas orang. Yang bekas orang tu la banyak duit.. hang nak jadi macam aku? Sejak bapak hang mampus apa dia tinggal dekat kita? Barang kemas? Rumah banglo? Apa pun tarak..” lancang mulut makngah. Yaya terdiam, kata-kata maknya ada benarnya.

Makngah menyambung. “Bapak hang tu bukan tinggal harta tapi tinggal hutang. Bukan nak senangkan orang. Nasib baik dah mampus! Aku ni sejak kahwin dengan bapak hang barang kemas langsung dia tak pernah beli. Hang jangan jadi macam aku. Aku nak anak aku semua hidup senang.”

Yaya mengangguk faham. “Habis mak nak Yaya buat apa?”

Makngah tersenyum. Dia merapatkan mulutnya ke telinga anaknya. Rancangan itu sudah dia fikirkan lama. Kalau Yaya setuju segalanya akan berjalan lancar.  Yaya tersenyum ketika mendengar rancangan emaknya itu. Siapa tak nak kaya? Kalau Risya boleh aku lagi boleh. Aku ni apa kurang cantiknya. Nasib kau la Risya. Siapa bagus dia dapat.

************************************************************************
Ash mendaki anak tangga dengan briefcase sambil bersiul kecil, tadi dia ke rumah ibunya untuk mengambil kad jemputan. Dia dah siapakan tiga puluh keping untuk kawan-kawan isterinya itu. Dia tersenyum ketika melihat Risya sedang menonton TV tapi mata isterinya tekun menghadap novel tujuh hari mencintaiku.

“Hai sayang..” Ash menyapa Risya. Lalu dia terus ke biliknya untuk mandi. Dia akan bertemu isteri kesayangannya itu sekejap lagi.

Aku mengerling jam di dinding. Awal pulak balik baru pukul sembilan empat puluh lima minit malam. Bukan tidur umah Aimie ke? kejapnya buat ‘projek’. Air mata ni pun satu, asyik nak keluar saja. tau la novel ni sedih tak ingat. Tapi jangan la duk keluar saja. Air mata ni sebab novel ke? sebab Tengku? Aku berteka-teki sendiri.

Setengah jam kemudian Ash keluar sambil memegang kad jemputan mereka. Dia tersenyum memandang Risya yang begitu tekun mengadap novel. Makin hari dia semakin sayangkan Risya. Sampai tak terucap dek kata-kata.

“Sayang..” Ash duduk di sisi Risya.

Aku buat endah tak endah.

“Ni..ada kad untuk Risya, ibu suruh bagi dekat officemate Risya.” Ash meletakkan kad itu di atas riba aku. Aku hanya menoleh seketika. Kad yang tak bermakna.

“K” tu saja yang aku jawab.

“Kenapa ni sayang? Isteri abang ni kenapa?” Ash memandang aku.

Ya Allah kenapa la dia boleh duk bersayang-sayang lagi dengan aku ni? sakitnya hati aku, sabar Risya sabar.. dia saja-saja je tu, nak main-main dengan kau.

Aku gigit bawah bibir.. “ banyak ke kerja Tengku?”

“Banyak jugak la.. Risya marah ke?” dia duduk di sebelah aku.

“Nak marah kenapa?” aku tanya dia balik.

“Abang minta maaf la sebab tak perasan telefon bateri dah habis, sebab tu pinjam telefon Aimie tadi, Abang nak taip meseg sendiri dia tak bagi, dia kata biar dia yang taip sendiri. Risya balik dengan siapa tadi?”

“Dengan bos..” ooo..Aimie yang hantar ke meseg tu, tapi aku tetap marah juga sebab nampak dia dengan Aimie bawah satu payung.. marah! Marah! Marah!

“Wafiy?” dia tanya lagi.

“Kenal ke?” aku tanya balik.

“Laaa.apa pulak tak kenal, dia tu low profile betul, anak orang kaya tapi tak tunjuk pun, muka dia pun boleh tahan jugak.” Aik Ash yang lelaki pun boleh cakap dia kacak ni kan pulak perempuan-perempuan luar sana.

“Memang kacak pun, kalah abang..” sengaja aku cakap macam tu nak bagi dia sakit hati.

“Yela orang tu kulit putih, muka ala-ala artis korea. Tinggi macam model. Banyak duit. Anak orang VVIP lagi, kita ni dah la hitam, gemuk, pendek pulak tu, perempuan pun tak pandang.”

Pap! Spontan aku tampar belakang Ash sambil gelak terbahak-bahak. Gila lah ni bukan ayat pasrah tapi ayat tak mau kalah ni.

“Sakit la, nanti abang telefon talian Nur bagitahu kena dera dengan bini sendiri baru tahu.” Ash mengurut-ngurut belakang badannya.

Sorry,,Sorry tak sengaja la abang..” aku turut sama mengurut belakang badan Ash.

“Cantik tak kad ni?” Ash dah belek-belek kad yang ada dekat atas meja.

“Cantik.”

“Abang la yang pilih..”

“Tak tanya pun..”

“Kejam betul.. Risya tak nak jemput pembaca blog Risya tu ke?”

“Kadang-ladang tak semua benda boleh kita kongsi dengan orang luar, ada juga benda yang kita tak nak orang tahu..”

“Risya tak nak orang tahu yang abang ni suami Risya?” ayat Ash macam kecewa saja.

“Nanti Risya bagi tahu punya..abang jangan la risau..” aku tekan-tekan remote control cari channel yang menarik.

“Mana tak risau buka blog lelaki pun ada review pasal Risya mau tak risau..”

Aku tersenyum.. risau dia saja tau. Risau aku tak tau?

“Abang lapar la..”

“Aik bukan tadi makan dengan Aimie ke?” cepat-cepat aku tutup mulut. Alamak!

“Mana tau ni?” dia tanya sambil jeling dekat aku.

“Saja teka..” cepat aku lari turun bawah. Ehh! Yang aku nak lari ni kenapa? Biar la dia tahu yang aku nampak dia tadi..

**************************************************************************
Penat Ash mencari di internet akhirnya dapat juga apa yang dia ingini ‘cara-cara memikat wanita’.

Cara-cara memikat wanita.

1-      Paksa  > wanita tidak suka di paksa dalam apa-apa keadaan sekalipun. Jadi biar mereka menentukan sendiri jangan di paksa.

2-      Romantik  > wanita dambakan lelaki yang romantik, cuba buat kejutan untuk meraikan sesuatu majlis.

3-      Tak kedekut > tak kedekut tak bereti anda menjadi pemurah dalam pelbagai situasi. Sesekali ambil hati mereka dengan membeli barang-barang yang mereka inginkan.

4-      Jujur > jujurlah dengan insan yang bernama wanita sekali mereka ditipu parutnya hingga ke mati.

5-      Macho > macho bereti bukakan la pintu kereta untuk mereka atau tolong mereka mengangkat barang-barang berat. Pasti mereka cair!

6-      Bunga, coklat dan teddy bear > beli la buat wanita nescaya mereka milik anda.!!

Selamat mencuba J

Ash tersenyum sendirian. Hehe.. ala benda senang macam ni.. siapa tak boleh buat.. ni Ash la.. mula-mula sekali paksa.. nak kata paksa aku tak pernah paksa dia pun, sayang lagi ada la.. paksa-paksa manja tu ada la.. tapi aku rasa dia tak kisah pun.

Yang kedua romatik, aku memang romatik pun semua orang tau aku ni romantik. Yang ketiga.. tak kedekut.. ya! Aku ni pemurah giler.. jujur? Selama ni aku tak pun tipu dia.. macho? Ooo.. yang tu selalu aku buat..bunga, coklat dan teddy bear?? Haaa.. yang tu belum.. tak apa esok ada lagi artikel ni kata ‘nescaya dia milik anda’ fulamak..mesti esok dia milik aku punya.. bahagianya hidup.. Ash terguling-guling di atas katil.

Aku yang baru nak update blog terpandang artikel yang aku tergoogle secara tak sengaja. Aku di dalam bilik tersenyum sorang-sorang membaca artikel tersebut  ‘cara-cara memikat wanita’ number satu sampai enam langsung tak boleh pakai. Yang number satu tu paksa? Yang memang kenyataan kut.. mana-mana perempuan tak suka kena paksa.. number dua pula romantik? Takkan nak buat kejutan sahaja kut. Kadang-kadang bosan jugak. Kalau romantik saja kejutan buat la benda lain, romantik tu umum cakap I love you pun dikira romantik. Entah apa-apa la..

Number tiga tu kalau jenis lelaki yang tak ada duit tak payah la buatnya awek dia minta perfume jenama Britney Spears yang harga dua ratus tu kau sanggup beli? Tak pun dia minta audi sebiji.. kau mampu? Number empat tu aku sokong seratus peratus. Number lima lagi tak boleh belah! Nak jadi macho kena buka pintu kereta?? Huah..huah..huah..

Yang number lima tu? err.. zaman sekolah boleh la bro.. entah apa-apa punya artikel la.. siapa la lelaki malang yang tiru benda-benda macam ni..

aku rasa macam nak memperbetulkan cara-cara memikat wanita ni.. terus aku log in blog aku.

Cara-cara memikat wanita dengan betul.

Aku ada terbaca satu artikel yang entah apa-apa saja tadi.. bila fikir balik macam tak betul saja.. meh aku betulkan..

1-      Jadi la imam > nak memikat wanita kena la jadi imam dulu.. kalau tak pandai jadi imam siapa pun tak mau.

2-      Jaga solat > lelaki yang jaga solat bukan saja dapat memikat hati wanita tapi dengan family wanita tu pun dapat dipikat

3-      Hormat > hormat la wanita sebagai kaum hawa dan juga mak bapak dia..

4-      Macho > macho tak bererti kena buka pintu kereta tapi tegur la wanita tu andai korang rasa dia ada melakukan kesilapan.

5-      Romantik > tak semestinya kena buat ‘supriseeeeee’ tapi hadiahkan la dia dengan benda-benda yang berfaedah..

Sekarang ni ramai perempuan nak cari lelaki macam ni.. jadi tak rugi pun kalau nak tiru.. sebab tu bila tengok rancangan imam muda ramai awek-awek dekat luar sana berangan-angan ‘kan best kalau dapat suami macam ni..untung la’ kan..kan..kan?? hehe…

Untuk lelaki dekat luar sana.. selamat mencuba..

Aku terus tutup laptop yang tersedia terbuka dari tadi, lepas saja update blog mata terus dipejam rapat.. badan mula terasa penat. Seketika aku mula terfikir, salah siapa yang aku nampak tadi? Salah Ash atau sikap gatal Aimie? Huh! Malas aku nak fikir la..

****************************************************************
Tangan Ijal mula merayap ke badan Yaya.. sekali pun Yaya tidak mengelak atau menepis. Seolah-olah dia meredhai dirinya dipegang sesuka hati. Sesekali Yaya turut melayan.. mereka yang berada di Padang Kota Lama itu tidak menghiraukan sesetengah mata yang memandang.

“Ijal Yaya nak cakap satu benda ni..” Yaya tidak langsung melihat Ijal.

“Cakap saja la..” Ijal berhenti pergerakkan tangannya.

“Nanti Yaya nak duduk Kuala Lumpur..”

“Kenapa?” Ijal bertanya sambil membakar putung rokok kemudian rokok disedut dalam.

“Yaya kena tolong sepupu Yaya.. dia buka business tapi tak ada orang tolong..” Yaya cuba menyimpan rahsianya sebaik mungkin.

“Tapi Yaya janji tau.. Yaya kena selalu jumpa Ijal.. selalu balik penang tau..” Ijal mengucup tangan Yaya..

Yaya mengucup pipi Ijal..

“Malam ni boleh tak?” Ijal mengenyit mata ke arah Yaya...

“Tak nak hotel murah nanti kantoi..” Yaya tersenyum.

“Okey kita pergi hotel mewah.. Yaya belanja tau..”

Yaya mengangguk laju. Ijal menyarungkan helmet ke kepala Yaya.. laju moto RXZ nya membelah angin pantai. Bukan sekali dua mereka begini, tetapi selalu. Bila saja ada kelapangan dan ada duit pasti hotel-hotel mewah mendapat kunjungan mereka.

Yaya tersenyum, lepas ni hilang terus Ijal dari hidupnya, mungkin malam ni malan terakhir dia akan bersama Ijal. Lepas ni aku tak akan naik motor buruk ni lagi, paling kurang pun aku nak mintak audi, baju pun mesti mewah-mewah.. lepas itu aku nak minta body guard baru bergaya bila keluar..





16 Feb 2012

AKAN DATANG > kiTa tAk boLeH kaHwin laH! (cerpen)

MENAMPILKAN > 


HENRY GOLDING sebagai HENRY WONG




FARAH DIANA ANUAR sebagai ZATI MOHD (buekkk!)
*gurau je*
FARAH DIANA ANUAR  sebagai IRA


mengisahkan tentang Henry yang jatuh cinta pada Ira pada zaman sekolah. biar pun Ira bertudung ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Henry untuk menyintai Ira. mereka terpisah kerana kerana kata-kata Henry. Henry membawa diri ke luar negara. manakala Ira menyepi diri di bumi Malaysia.

beberapa tahun kemudian mereka berjumpa kembali tapi kini masing-masing sudah punya pasangan masing-masing. bagi Henry memiliki Ira adalah suatu kemestian. dia tekad, biar pun Ira sudah bertunang. Ira di bawa pergi saat Ira hampir di nikahkan.

boleh ke Ira terima Henry semula? boleh ke Henry buat Ira jatuh cinta kembali.?

"Amoi aaa..lu manyak lawa la.. jom kita kahwin la.. nanti habis sekolah I pinang You" - Henry wong.

"Lepas la.. Henry are you crazy..put me down! I dah nak kahwin la.." -Ira

-AKAN DATANG- :)

14 Feb 2012

Akulah Puterimu II~




Lima tahun kemudian…

Kini dah masuk 5 kali handphone aku berdering, hish! Aku nak tidur pun tak senang.. aku raba-raba handphone di tepi aku. Tak ada! Mana pulak perginya ni! adoi..  aku baru terasa getar handphone tu dihujung kaki aku. Aku tarik handphone dengan kaki..

Kekanda Ardit! Terus aku berdehem beberapa kali supaya suara aku tidak kedengaran seperti bangun tidur..

“Haloo kekanda..” aku bersuara..

“Dah pukul berapa sekarang?” garang kedengaran suara kekanda Ardit.

“Ala.. lek lu baru pukul 11 pagi..” aku menguap..

“Bagus adik kekanda sorang ni bangun lambat.. macam ni ke anak dara..patut tak ada siapa yang sudi..”

Aku mencebik. “Ye r  kekanda tu lain la.. putera mahkota ramai yang nak.. adinda ni puteri cabuk aje.. sedih la macam ni..”

Sengaja aku buat suara menjauh.

“Ala..merajuk pulak sayang kekanda ni.. ala muchuk..muchuk..bam..bam..” suara kekanda Ardit seolah-olah memujuk kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan aje.. padahal.. aku ni dah 23 tahun.. ceh!

“Oit..kekanda..agak-agak la.. ingat orang ni.. budak-budak ke?” aku tergelak.. aku betul-betulkan rambut aku yang lurus di hadapan cermin.

Flight pukul berapa sayang?” kekanda Ardit baru tersedar niat sebenarnya.

“Pukul 3 petang..mungkin esok dalam pukul 8 malam sampai la kut.. kekanda datang dengan siapa?” aku buka sedikit tingkap bilik aku, angin sejuk menderu-deru masuk ke kamar. Ala ini sahaja yang terakhir aku buat macam ni.. lepas ni dah nak balik Inderaloka pulak.

“Dengan siapa lagi kalau bukan ayahanda, bonda, dan kekanda semua.. rindu kami tak?”

Of course la tak..” aku ketawa terbahak-bahak.. haha..

Giler la statement berani mati kut.. haha.. okey la my sweetheart kekanda  ada meeting ni.. dah nak fly nanti mesej okey.. Sayang puteri bongsu..”

“Sayang putera mahkota jugak..” terus talian aku matikan.

Aku mengeluh. Nak tinggalkan bumi kanggaro ni dan balik ke Negara yang punya 1001 kenangan tu? Sanggup ke aku nanti.. harap-harap aku dapat lalui dengan tenang.. amin!

***************************************************************************
Jejak sahaja kaki ke lapangan terbang.. orang pertama aku cari ayahanda dan bonda.. uwaaa.. balik tanah tumpah Negara sendiri, siapa tak suka…

“Bonda..! Ayahanda!..” aku berlari-lari anak mendapatkan kedua orang tuaku.  Biar pun boot aku setinggi 3 inci siapa kata tak boleh nak lari?

Aku terus peluk bonda kemudian ayahanda..  ayahanda dah tunaikan janji dia untuk biar aku berdikari.. Alhamdulillah dekat sana aku masih mampu menjaga adab dan sopan.

“Sayang..” kekanda-kekanda aku datang merapati aku.

Kekanda Ardit dah macam ahli korporat.. macho sangat.. kekanda Aryan pun sama..makin handsome.. aku tengok kekanda Arziq dari atas sampai bawah. Kain pelikat denga baju melayu.. ni apa kes ni?

“Kekanda ni nak datang ambil dinda ke, nak pergi masjid ni?”

“Ayahanda la ni tak menyempat tunggu kekanda tukar baju, katanya..dinda tunggu lama la, nanti kena culik la.. takut sesat la..”

Aku hanya tersenyum.. bersyukur aku sebab masih ada keluarga yang ambil berat dan masih sayangkan aku..

“Dinda nak pergi toilet kejap.. tak tahan dah ni.. tunggu dinda dekat kereta tau..”

Aku terus berlalu pergi.. giler tak tahan dah ni.. nak terkeluar dah ni..aku berlari-kari kecil..

Dam!

Aku jatuh terduduk.. tersentap aku nak pergi toilet..

Sorry Miss tak sengaja..”

Suara tu! Aku terkedu. Aku tak boleh nak fikir.. suara tu..suara tu yang buat aku jatuh sakit! Suara tu yang buat aku pergi jauh dari keluarga! Aku kenal suara tu!

Dalam pada aku nak bangun, Azrin sudah pergi meninggalkan aku. Dia langsung tak pandang aku. Dia pergi pun dalam keadaan tergesa-gesa..kenapa aku harus jumpa dia lagi?

Azrin..

***************************************************************************
Kini sudah sebulan aku buka kedai kek aku sendiri, memang jauh etrpesong dari bidang yang aku belajar tapi sahaja nak cuba sesuatu yang baru. bukan aku tak nak kerja dalam bidang lain tapi semenjak berdikari ni aku suka sangat buat kek..jadi tak salahkan.?

Kedai kek aku nama Adrien cake house.. okey kan nama ni? nama ni pun bonda yang cadangkan.. sebab tu aku sayang bonda ketat-ketat..

“Tuan puteri..bila nak kahwin?” aku yang tengah seronok decorate kek Adrien  tersentap..

Aku pandang Juna..

“Tunggu orang masuk meminang la..” aku teruskan balik hiasan aku tadi..  kek Adrien? Ooo.. ni kek hasil aku sendiri.. cheese cake.. tapi cheese ni cheese terbaik yang aku ambil dari Negara Australi.. sebab tu sedap dan harga dia mahal sikit..

Juna tersenyum..

Juna ni anak pembantu di raja, kebetulan dia baru habis SPM aku offer la dia kerja saja di sini.

“Nah angkat kek ni, letak depan.. lepas tu tengok-tengok irang sama.. akak ada kerja lagi ni..”

Aku bagi kek tu dekat Juna.

Juna sambut.. “Berapa nak letak ni?”

Aku terfikir sejenak.. “ ermm letak la 120 ringgit.. yang dah siap potong ni letak 10 ringgit sekeping..”

Juna mengangguk faham.

Sedang aku sibuk-sibuk buat kerja.. aku terdengar suara Juna ketawa. Amboi seronok betul minah ni.. jap aku nak dengar dia sembang pasal apa.. tengah naik daun apa minah ni..

“Abang ni pandai buat lawak la.. abang ni nak beli kek apa?” Juna masih lagi bersisa ketawa..

“Kek yang paling sedap dalam kedai ni..”

Azrin! Aku tersentap..aku mengintai dari celah pintu. Ye! Azrin.

“Ni haa.. kek Adrien.. terbaik dari ladang..” Juna mempromosikan kek aku.

“Kalau betul sedap bagi kek ni sebiji.. kalau tak sedap abang datang balik mintak duit balik..boleh?” azrin seolah-olah mengugut Juna.

“Tapi tunggu saya blah dulu r..”

Mereka kembali ketawa..

Raut wajah tu yang aku paling rindu.. senyuman tu.. lesung pipit tu.. segala milik lelaki ni aku rindu.. tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

Bila kaki Azrin melangkah keluar, aku menanggalkan apron aku.

“Akak keluar kejap.. tolong jaga kedai tau..”

Aku terus berlalu meninggalkan Juna yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Aku ikut Azrin dari belakang.. aku nak tahu dia kerja di mana.. aku ikut dia selama 15 belas minit, betul cakap aku, tak jauh kedai aku dan office dia.. yeay! Boleh selalu aku jumpa dia.. hati aku berbunga-bunga kembali..

Cinta aku kembali mekar macam dulu.. hati aku kuat untuk Azrin.. betul kata orang cinta pertama susah nak lupa..aku berjalan kembali ke kedai kek.. tak sabar nak tunggu Azrin datang balik kedai aku.

****************************************************************************

Hari ni aku buat kek Adrien lagi tapi versi Azrin.. kenapa versi Azrin? Sebab kek ni berwarna oren.. warna kesukaan Azrin! Aku siap tulis lagi ‘just for you’

“Juna.. kalau ada abang semalam tu datang, Juna bagi kek ni tau.. half price ingat tau!” juna yang tengah menyapu sampah di belakang, terkejut.

“Amboi.. mentang-mentang first client dia yang beli.. dia nak bagi murah-murah pulak.. dia sorang saja ke puteri?” Juna merapati aku.

“Yup..only him..” 

Juna tersengih-sengih..

“Apa sengih-sengih?” aku buat-buat marah..

“Ala puteri ni.. berhenti nanti baru tau..”

Tu sahaja la ayat budak ni nak ugut aku.. cubit nanti baru tau..

“Assalamualaikum..” kedengaran suara Azrin di kaunter pembayaran.

Hati aku berdegup kencang.. aku berpeluh. Fuhhh!

“Bawak kek ni..jangan bagitau akak yang buat tau..” aku bagi kek Adrien dekat Juna. Juna angguk perlahan kemudian dia membawa kek ke depan.

Aku yang berada di dalam, mengintai dari celah pintu.. aku keluarkan telefon bimbit kemudian aku snap..snap..snap..gambar Azrin..banyak-banyak..

Azrin jauh beza dulu dengan sekarang.. aku tersenyum.. mau saja aku keluar dan tegur Azrin..tapi aku takut peristiwa 5 tahun lepas terjadi lagi. Aku takut kehilangan Azrin lagi..

Biar la aku nampak dia dari jauh.. biarlah aku jadi pemerhati dia dari jauh.. aku sanggup.. aku rela..

Azrin mula berlalu pergi..jadi aku pun macam biasa la..ikut dia keluar..

Sampai saja satu simpang aku dah tak nampak bayang Azrin.. mana mamat ni pergi. Hish! Takkan dah hilang.. belum pun sampai office dia lagi.. hais! Kacau betul la. Aku ikat rambut aku. Panas pulak tu.
Gaya aku nak kalih belakang saja.. Azrin betul-betul berada di belakang aku..

“Auw!” aku menjerit terkejut.. aku urut dada perlahan-lahan.

“Dah lama ikut saya?” Azrin bertanya..

Aku terkesima.. dia cakap dengan aku la.. face to face lagi.. bau perfume Polo Sport menusuk hidung aku.. bau ni.. dari dulu sampai sekarang Azrin tetap sama..

“Hello..” dia kedip-kedipkan ibu jarinya di hadapan aku..

Aku tersedar.. jauhnya mengelamun..

“Haaa..er..er..” aku tergagap.. nak cakap apa ni.. ‘hello..apa khabar’ tak pun ‘saya masih cintakan awak’ oih! Tu dah terlebih..macam ni okey tak ‘ohaiyo’ kang dia pelik pulak.. ‘saya minta maaf’..

“Abang..” aku terdengar suara perempuan dekat sebelah Azrin.

Sayang? Dia panggil sayang? Oih! Pakwe aku tu..kau nak sayang – sayang pehal pulak ni?

Gadis yang sama tinggi aku tu..berambut perang dan berskirt labuh memandang aku..

“Sayang..You naik dulu nanti I follow..” Azrin memberi arahan kepada gadis tu, belum sempat gadis tu blah aku yang blah dulu..

Sakit hati aku jumpa budak ni.. tapi macam mana dia terperasan yang aku boleh ikut dia, mintak-mintak la dia tak tau aku tuan punya kedai kek tu.. yang penting sekarang ni.. aku sakit hati.. aku nak nangis.. nak nangis…!!!!!!!

Jeritan Azrin yang memanggil aku pun aku buat tak tahu.. yang ku tahu..aku tak nak tengok muka dia.. hari ni saja la.. hari lain aku nak..

******************************************************************************

Tiap-tiap hari aku buat kek dengan warna yang sama..cumanya tulisan atas kek tu saja yang lain.. ‘I love u’ ‘I’m sorry’ ‘I need u’ suma la aku letak.. kek tu hanya untuk Azrin saja.. hari-hari dia akan datang kedai aku dan hari-hari juga aku mengintai dia dari balik dapur..

Kalau tak pagi, petang..kalau tak petang, malam.. dapat dengar suara pun jadi la..

“Tuan puteri ni suka dekat abang tu ke?” Juna duduk di kerusi yang tersedia di dapur.

“Kenapa tanya macam tu?” aku yang tengah buat red velvet tak kalih tengok Juna pun..

“Yela.. puteri hari-hari buat kek untuk abang tu..”

Aku tersenyum.. “ nak dengar cerita tak?”

Juna angguk laju.

“Masa akak belajar dulu..akak ada seorang kawan ni.. dia ni anak orang kaya.. pakwe dia pun anak orang kaya juga.. mula-mula diorang bergaduh lepas tu diorang bercinta. Sweet sangat kami tengok.. pakwe dia baik sangat.. setia.. jujur.. baik.. beriman..” aku menahan air mata yang hampir terkeluar.

 Aku sambung balik “ sampai la suatu hari tu.. kawan akak tu terkantoi menipu pakwe dia..”

“Kawan akak tu curang ke? Eee.. jahatnya..” Juna mencebik muka tanpa meluat.

Jahat? Ye kut..

“Bukan curang.. selama ni dia tipu laki tu dia cakap dia anak orang susah..bukan suka-suka dia menipu tapi ada sebabnya.. dia tak nak lagi tu tau dia anak orang kaya..dia tak nak identity dia sebagai VVIP dikenali..dia nak orang kenal dia sebagai orang biasa..”

“Habis laki tu macam mana?” Juna menyampuk lagi.

“Laki tu bila dapat tau awek dia tipu, dia pergi macam tu aje..langsung tak dengar  penjelasan. Sejak tu kawan akak pun buat kek.. dia akan luahkan rasa kasih sayang dia dekat kek tu..akak belajar buat kek dengan dia la..”

“Kesian kan kawan akak tu.. lelaki tu pun dengar la penjelasan dulu..ni tak main lari macam tu aje..lepas tu kawan akak sekarang ni apa citer?” Juna macam tak puas hati saja.

“Kawan akak tu masih lagi tunggu pakwe dia..sampai sekarang..” aku tersenyum.. erm..masih lagi menunggu..

*************************************************************************
“Ikut ayahanda la..” aku duduk di bilik rehat bersama ayahanda, bonda dan kekanda-kekanda aku..

“Anakanda tak nak kenal dulu jejaka tu?” bonda tanya lagi.

“Tak payah la..ikut bonda la..” aku berkata malas.. Azrin pun dah ada awek  aku nak tunggu apa lagi..

“Tengok la gambar dia dulu..” kekanda Arziq pula berkata sambil memegang beberapa keping foto.

“Tak nak la..”

“Tengok la..” kekanda Aryan pula menyampuk.

“Orang kata tak nak kan..” aku memegang remote control mencari-cari siaran yang boleh masuk kepala.

“Tak nak sudah..nanti apa-apa hal jangan nak naik angin pula..” kekanda Ardit memeluk tubuh.

Aku kembungkan pipi..malas nak layan.. muda-muda suruh kahwin.. kekanda-kekanda aku pun tak kahwin lagi.. dah suruh orang kahwin. Benci!

“Ayahanda dengar budak tu baik budi bahasanya.. peramah.. setia.. “ sengaja ayahanda tekan perkataan setia.

Setia la sangat..

“Perkara lama jangan di kenang dinda.. dah tak ada jodoh..” kekanda Aryan menampar-nampar lembut bahu aku.

Mula la ni nak suruh aku buat drama air mata dekat sini.

Aku campak beruang koala dekat kekanda Aryan.

Kekanda Aryan tersengih. Suka erh nyakat aku. Tumbuk nanti baru tau kut.nak?

**********************************************************************************

Beberapa bijik kereta mewah terparkir canti di perkarang istana. Cepat sungguh masa berlalu. Sekejap lagi aku akan jadi tunang orang.. erm.. jadi tunang Azrin taka pa la jugak.. ni tunang entah siapa2.. aku tak suka la.. aku benci..

Majlis bertunang kali ni penuh adat istiadat..ni baru tunang belum nikah.. kadang-kadang rasa malu jugak.. orang lain bertunang simple aku pulak gah macam anak raja.. memang anak raja pun.. haha

Saat cincin tersarung di jari manis aku bakal-mak-mertua aku bisikkan sesuatu..  “Em selalu cerita pasal tuan puteri dekat kami.. bila dah jumpa betul la cantik sangat.. baik..sopan..”

“Mak cik panggil Yana sudah la.. jangan bertuan puteri pulak. Malu la saya macam ni..” aku berkata dalam senyuman.

“Kalau macam tu panggil makcik mama.. Em tak datang hari ni.. dia kena pergi Malaysia.. katanya ada kerja dekat sana.. ada projek baru nak naik..”

Aku angguk perlahan. Kemudian aku cium tangan dia.. kedua belah pipi aku di kucup mesra.

Baiknya makcik ni.. Em? Nama tak glamour langsung..

*******************************************************************************
Aku dah tak tahan macam ni.. sejak dari aku bertunang.. Azrin langsung tak jejak kedai aku.. aku tak boleh sabar..nak jadi apa..jadi la.. aku nak jumpa dia sekarang..

Aku bergegas ke pejabat Azrin. Aku naik lif menuju ke tingkat 6. Keluar saja dari perut lif aku terus mencari Azrin.

“Saya nak jumpa Azrin..” aku cakap dekat penyambut tetamu tu.

“Encik Azrin ada hal.. dia tak nak di ganggu..” kata penyambut tetamu yang muka macam Wawa Zainal tu.

Tanpa banyak soal aku terus meredah bilik yang tertulian Tuan Azrin.. lantak kau la.. suka tak suka aku nak datang jugak..

Pintu bilik dia aku buka dengan kasar.

“Awak ni kan..dah lima tahun saya minta maaf dengan awak.. tapi awak langsung tak nak dengar penjelasan saya.. awak tau tak saya dah bertunang..minggu depan saya dah nak kahwin…awak tak rasa apa-apa ke? Kenapa awak lari macam tu saja? Aku tak kesian ke dekat saya?”

Azrin kelihatan tenang. Aku sambung lagi..

“Awak langsung tak ambik kisah hal saya.. awak langsung tak nak dengar penjelasan saya.. kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa! Teruk sangat ke saya ni? Saya tunggu awak dari lima tahun yang lalu..tapi awak langsung tak cari saya.. kenapa?”

Aku terhenti seketika.. menarik nafas panjang..

“Awak tahu tak sayang nak kahwin… ye awak mungkin tak tahu..sebab awak tak kisah pun fasal saya kan? Saya memang teruk.. teruk sebab terlalu cintakan awak..tapi awak..”

Belum sempat aku nak habiskan ayat Azrin dah mencelah..

“Saya tahu dan tahniah”

Walaweh mamat ni! bikin waa panas pulak..

“Sampai hati awak kan? Awak memang..hish!” aku terus berlalu.. geram!

“Yana..dengar dulu..” Azrin dah tarik tangan..

“Lepas r.” aku rentap tangan aku..

Aku berlari bersama air mata yang tak tertahan. Oh hati wanita memang macam ni..

**********************************************************************************
Hari ini istana menjadi gilang gemilang.. penuh adat istiadat.. perarakan dan tembakan meriam.. kecoh seketika satu Negara apabila puteri bongsu akan menamatkan zaman bujangnya.. ramai wartawan yang berada di perkarangan istana bagi meraikan dan merakam detik yang penuh adat itu.

Jantung aku makin berdegup kencang.. Kimah setia menanti di sisi aku. Kamar diraja aku penuh dengan warna putih tak lupa juga bunga tulip segar kesukaan aku penuh satu kamar. Akad nikah di istana, majlis persandingan juga di istana..

Ayahanda kata nak buat nikah dengan majlis sanding sekali.. sebab nanti tak payah susah-susah nak tukar baju..lagipun memang adat diraja kami macam ni..

Aku rasa macam nak nangis saja.. sejak kes aku serang office Azrin..dia langsung tak tunjuk muka dekat kedai aku. Memang dia tahu ke yang tu kedai aku? Hish! Takkan la kut..
“jom turun..” Kimah dengan Juna berdiri di kiri dan kanan aku.

Aku pandang mereka berdua sambil gelengkan kepala.

“Kenapa?” Kimah tanya..

“Tak nak kahwin..” aku muncungkan mulut. Hyep! Dah macam budak-budak dah ni..

“Jangan nak gatal tuan puteri.. jom..jom..” Kimah tarik tangan aku.. nak tak nak aku kena ikut jugak.. hish! Benci r aku tak kenal pun mamat tu.

Sampai di anak tangga ke tiga. Aku pusing dan patah balik ke belakang..  “Tak nak r kahwin..”

“Hey! Jangan nak gatal.. “ Kimah tarik kuat tangan aku. Giler r minah ni.. nak patah tangan aku dah ni.. aku cepuk kang haaa..

Aku duduk di atas singgahsana yang berwarna putih.. warna diraja puteri bongsu.. aku mencari kelibat bakal-suami-aku.. tapi tak nampak bayang pun.. dekat mana ceruk dia duduk pun tak tahu.. aku masih menanti lafaz ijab dan Kabul.

“Muhammad Azrin Yuzreem bin Tuan Besar Ahmad Kadir temenggong.. aku nikahkan dikau dengan yang mulia tuan puteri bongsu kesuma dewi Asriyana Adrean  dengan mas kahwinnya sebanyak 3,333 hengget Inderaloka.”

Aku hanya dengar dari pembesar suara yang disediakan. Oih! Oih! Tu macam nama Azrin sahaja.. nama sama la pulak. hais! Macam-macam la..

“Aku terima nikahnya yang mulia tuan puteri bongsu kesuma dewi Asriyana Adrean  dengan mas kahwinnya 3,333 hengget Inderaloka. “

Woi! Memang dia r..

“Sah..” tok kadi menghala pandangan kepada saksi dan juga ayahanda

“Sah..” ayahanda, kekanda-kekanda aku serta beberapa saksi yang lain mengia dan mengangguk tanda sah.

“Yang mulia tuanku, permaisuri, putera mahkota, putera tengah dan putera bongsu..” tok kadi mengangkat sembah.

4 das tembakan meriam dilepaskan.

Setelah Azrin solat sunat dia merapati aku di atas singgahsana.. mau saja aku tendang dia kuat-kuat.. tahniah konon.. tahniah ngok ngek mu!

“Hai sayang..” Azrin duduk di sisi aku.

“Sayang taik kucing awak..” aku berbisik perlahan tapi masih tersenyum. Terbakar kut hati aku.

“Nanti abang terangkan.. sekarang bagi tangan tu.. tangan yang abang rindu sangat.. tangan yang pandai buat kek Adrien..”

Azrin memegang tangan aku, kemudian dia sarungkan cincin di jari manis aku.. ngaa! Aku ternganga.. mana dia tau ni.. nampaknya ada rahsia yang aku kena korek ni..

“Meh abang sayang sikit..” dia mencium dahi aku..

Kenapa dalam hati aku ni meletup-letup macam ada bunga api ni.. aku cium tangan Azrin..

****************************************************************************

Aku berpeluk tubuh di dalam kamar, masih menanti penjelasan Azrin..

“Sebenarnya abang dah tau kedai kek tu sayang yang punya.. Azriq yang bagitahu.. sejak sayang tipu abang tu, abang datang balik cari sayang tapi sayang dah pergi Australia..  putera mahkota cakap sayang bawak diri.. abang datang nak minta maaf dan abang nak sayang tunggu abang balik dari Spain..” Azrin merapati aku kemudian dia selitkan tulip di celah telingan aku.

Aku hanya biarkan saja..  seronok juga ada orang pujuk.

“Abang selalu datang istana tunggu sayang balik.. tapi 5 tahun sayang tak balik, sampai la Arziq cakap nak pergi airport nak ambil sayang.. abang pergi la sana.. abang sengaja langgar sayang.. sebab abang rindu sangat-sangat..” Azrin peluk tubuh aku dari belakang.

Aku tersenyum tapi cepat-cepat aku sembunyikan senyuman aku tu.

“Habis yang perempuan seksi tu siapa?” aku tanya dia.

“Tu skandal.. tapi sekarang dah putus.. sebab abang memang gilakan sayang..”

Dia pusing badan aku suruh mengadap dia.

Aku muncungkan mulut.

“Abang sayangkan sayang sangat-sangat.. jangan bawak diri lagi erh sayang.. abang boleh jadi gila tau sebab sayang.. abang cintakan sayang.. “ dia tarik aku dalam pelukan dia.

“Yana pun cintakan abang..”

“Kalau cintakan abang buktikan.” Azrin tersengih.

“Tak cukup ke 5 tahun tu?” aku tarik manja telingan Azrin..

“Tak.. nak lebih lagi..” Azrin kenyit mata..

“Gatal..” aku tampar lembut bahu Azrin..


Kini.. kebahagian milik aku.. aku bersyukur..  Azrin kini milik aku sepenuhnya.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah..


-TAMAT –

*tak dew sambung-sambung dah tau.. hehe.. sorry klu x best sgt tau..*