Jahatkah
aku mengambil cintanya dari wanita lain? Menghancurkan hidup kaum sejenis demi
cinta. Tapi apa yang mampu aku lakukan.
Aku terlalu menyintai dia walupun aku kini bersama yang lain.
“Sayang..”
aku tersenyum , suara Adli di hujung talian. Adli yang aku kenal hampir 5
tahun. Kami berkenalan semasa kami sama-sama belajar di Universiti dulu.
“Abang..”
aku menyahut balik.
“Sibuk
lagi?”
“Aha
sibuk sikit saja sebab tax last submit hujung bulan ni.”
“Jangan
nak kerja sangat. Jaga makan minum tu. Dah la badan tu kurus nanti kurus lagi
abang tak nak.” Adli menyakat.
“Abang!”
aku terjerit kecil. Adli ketawa.
Aku
dan Adli kini melakukan PJJ. *Percintaan
Jarak Jauh*. Selepas sahaja tamat belajar aku kini ni Ipoh manakala dia
pula di Terengganu. Walaupun jarak
memisahkan kami namun kami masih mempercayai satu sama lain.
“Nak
balik pukul berapa ni?” dia tanya aku.
“Tengok
la habis kerja balik la.” Aku sandarkan badan
pada kerusi. Mata di larikan ke arah jam dinding. 6.45 petang.
“Jangan
lewat sangat okey? Nanti dah kahwin abang tak benarkan.”
“Abang
orang tahu la.”
“Dah
la pergi buat kerja dulu okey. Abang
nak balik dah ni. Love you sayang.”
“Love you too abang. Drive kereta elok-elok ye. Take
care.”
Aku
mengeluh sendirian. Argh! Aku memang sayangkan dia. Sangat-sangat. Namun aku pun menyintai lelaki lain. Lelaki yang
sudah berpunya. Lelaki yang dicintai kekasihnya sepenuh hati.
Kring..!
Aku
memandang letefon bimbit. Ikmal.!
“Assalamualaikum
Izz..”
Aku
tersenyum. “Waalaikum salam. Ikmal buat apa? Sihat?”
“Baru
lepas jumpa client. Penat sikit la. Izz dah habis kerja?”
“Dah
habis dah.”
“Lagi
10 minit Ikmal datang.”
“Okey
orang tunggu.”
Ikmal
vs Adli. Dua lelaki yang berlainan sifat. Adli lelaki yang baik, sopan,
beradab. Ikmal lelaki yang happening, suka buat lawak. Masing punya kelebihan.
Masing punya kerjaya yang boleh membanggakan. Masing mampu untuk beri
kesenangan kepada pasangan mereka. Tapi
dua-dua punya persamaan. Mereka kini berjaya mengambil cintaku.
****************************************************************
Aku
tunggu di perhentian bus. Dari jauh
berderum enjin kereta Subaru Impreza
WRX warna biru milik Ikmal. Ikmal
tersenyum. Aku balas senyuman Ikmal sambil kaki melangkah masuk ke alam kereta.
“Dah
lama tunggu?” Ikmal menolah seketika wajah aku.
Aku
geleng. “Baru je.”
“Jom
kita pergi Jusco. Ikmal ada benda la nak beli.”
Aku
angguk. Rasa bersalah menghantui diri. Rasa bersalah kepada Adli tentunya dan
Maya kekasih Ikmal.
“Maya
tak call?”
“Call..
lagipun malam ni dia tak keluar. Jangan takut tak terserempak pun.”
Aku
senyum sekilas. Macam tahu-tahu saja.
“Adli?”
dia tanya aku balik.
“Ada
call tapi Izz cakap balik lambat hari
ni.”
“Tak
sayang Adli?” Ikmal tanya aku tapi mata masih di hadapan.
“Tak
sayang Maya?” aku tanya dia balik. “Kalau boleh buat pilihan Izz pilih untuk
tinggalkan dua-dua. Izz tak mampu nak berikan kasih pada dua insan istimewa
ni.”
Ikmal
pandang aku. Keruh mukanya.
“Kalau
tak pilih Ikmal pun tak apa. Asalkan jangan jauh dari Ikmal.”
Ayat
pembunuh! Pembunuh cintaku buat Adli.
“Dan
bagi Ikmal pulak. Kalau boleh pilih, Ikmal pilih insan yang sanggup berkongsi
rasa dengan Ikmal. Bukan yang menjauh dengan kerja setiap masa.”
Aku
faham maksudnya. Pasti itu untuk Maya.
Ya!
Maya yang workaholic, Maya yang tidak pernah pedulikan Ikmal. Tidak pernah
berkongsi rasa dengan Ikmal. Kasihan Ikmal ku.
“Kenapa
termenung?” Ikmal menoleh pada aku.
Oh!
Dah sampai rupanya. Aku geleng perlahan.
Petang
tu kami sama-sama meluangkan masa. Main boling, tengok wayang. Kami sama-sama
berkongsi kasih. Hingga aku lupa pada Adli. Ya! Adli yang setia menantiku.
Setia menyanyangiku.
************************************************************
“Esok
abang datang.” Tegas suara Adli di hujung talian.
Gulp!
Aku kelu.
“Tapi
ayang kerja.” Memang pun esok hari jumaat.
“Abang
jemput ayang balik kerja. Jangan drive. Tidur la esok bangun lambat pulak. Good
night.” Pap! Talian di matikan
Aku
telan air liur. Adli tahu ke aku ada hubungan dengan Ikmal. Mati la aku. Cepat-cepat aku capai telefon dan dail number
Ikmal.
“Ye
sayang.” Ceria suara Ikmal di hujung talian.
“Ikmal
esok Adli datang.”
“Ooo..sampai
bila?”
“Tak
tahu.”
“Tak
apa.. jangan risau. Nanti Adli dah balik contact Ikmal balik ok?”
“Okey!”
alu tersenyum.
“Maya
mana?”
“Maya
macam biasa la.. mana nak lekat malam-malam ni. Rindu Ikmal tak?”
Aku
tersenyum. “Gatal nak rindu-rindu pulak..”
“Haha..biar
la.”
“Esok
Ikmal jemput Izz balik ke?”
“Adli..
dia nak jemput Izz.”
“Okey
tak apa la kalau macam tu..kalau ada
apa-apa cepat-cepat call Ikmal okey?”
“Okey”
************************************************************************
aku
nampak honda crv milik Adli di hadapan pejabat. Dia tersenyum pandang aku.
“Nah!
Untuk sayang abang.” Di hulur bunga ros merah dekat aku.
“Terima
kasih sayang.” Aku cium bau bunga ros tersebut. Wangi.
“Hari
ni teman abang pergi makan. Lepas tu abang hantar balik rumah. Esok baru kita
keluar ye sayang.”
Aku
angguk. Sungguh! Aku terharu. Adli sangat-sangat menarik kembali cintaku.
Kadang-kadang aku fikir kenapa aku begitu kejam kepadannya? Salahkah aku
mencintai lelaki lain? Ya Allah tolong la aku.
**********************************************************************
Pagi
tu Adli ambik aku di hadapan rumah. Katanya nak pergi jusco, pergi makan di
simpang tiga, bawak aku pergi gunung lang lepastu malam nak pergi gerbang
malam. Aku layan saja permintaan Adli tu.
Bertuah
sesiapa yang dapat Adli. Dia lelaki yang setia. Kenapa sebelum ni aku tak
nampak? Kenapa aku harus mencintai lelaki lain sedangkan dia begitu mencintai
aku.
“Sayang termenung!” Adli cuit bahu aku.
Aku
tersentak.
“Abang
ni..!” pura-pura marah dia.
“Ye
sayang.. kenapa sayang?”
Aku
geleng.
Kami
tiba di restoran simpang tiga. Aku order nasi padang manakala Adli order nasi
goreng soralangun.
Tengah
kami ambik order aku terpandang kelibat Ikmal dengan Maya! Ya Maya! Kali
pertama aku tengok wajah Maya. Selama ni
aku hanya kenal melalu Ikmal. Tapi hari ni aku dapat melihat raut wajah Maya.
Cantik,
tinggi, daring, seksi, manja.
Mata
aku dan Ikmal bertentangan. Cepat-cepat aku alihkan pandangan.
“Kenapa
sayang?” Adli tanya aku. macam tahu-tahu
je.
“Tak
ada apa-apa la.. kesian dekat abang..susah-susah datang sini.” Aku senyum.
Adli
usap jari aku lembut. “Tak susah pun demi ayang, abang sanggup buat apa sahaja.
Abang sayang ayang sangat-sangat.”
Adli
tersenyum. Aku pun.
“Abang
malu la orang tengok.” Aku cuba tarik.
Tapi
Adli genggam kuat. Tak pedulikan aku.
Dari
belakang Adli aku dapat melihat Maya tengah seronok suap Ikmal dan Ikmal pun
melayan. Tiba-tiba api cemburu aku meluap-luap. Kenapa sakit hati sangat ni.
Tolong la.
“Buka
mulut sayang.” Adli tengah tunggu aku buka mulut dan nak suapkan makanan dalam
mulut aku. dengan perasaan berbelah bagi aku pun buka mulut perlahan.
Aku
tahu Ikmal tajam memandang aku. tapi apa nak kisah dia pun tengah seronok
dengan Maya.
Kadang-kadang
aku tengak muka Adli aku jadi kesian pulak. Dia setia, sedangkan aku? argh!
Kenapa la aku perangai macam ni.
*******************************************************************
Dah
dua minggu berlalu sejak daru kejadian tu Ikmal langsung tak contact aku. ada
la jugak aku call dia tapi tak angkat. Sms pun tak balas. Aku dengan Adli? Okey
macam biasa tak ada apa yang istimewa pun. Tapi ada dia cakap minggu ni dia
sibuk sikit.
Kring!
Kring!
Ikmal!
Cepat-cepat aku capai telefon.
“Lagi
10 minit orang sampai.” Pap!
Tak
sempat aku nak cakap apa-apa terus dia matikan telefon. Cis!
Aku
berjalan ke perhentian bus tu Ikmal dah tunggu aku. cepat aku melangkah masuk
dalam kereta dia.
“Ikmal
dah putus dengan Maya.”
Terkejut
aku dengar. Aku pandang muka Ikmal seketika. Biar betul!
“Err..kenapa
jadi macam tu?”
“Sebab
Ikmal hanya cintakan Izz seroang..”
“Tapi
orang dengan Adli.”
“Tinggalkan
Adli.”
“What!
No way!” tinggi nada suara aku.
“Izzni
Insyirah, listen to me.. i only love you.” Dia pandang tepat anak mata aku..
“Tapi..”
“Belum
tentu Adli tu setia dengan Izz.” Ikmal tersenyum sinis.
“Apa
ni Ikmal!” aku dah rasa lain macam
dengan dia ni.
“Entah
la Ikmal pun tak tahu nak cakap apa. Ambik alamat ni pergi rumah ni baru Izz
tahu.”
Aku
sambut huluran kertas yang tertulis alamat di tangan Ikmal.
“Nak
pinjam kereta Ikmal ambik la, tak pun Izz nak guna kereta lain?” dia tanya
lagi.
Dia
ni memang nak sungguh-sungguh aku pergi ke?
“Apa
yang Ikmal cuba nak sampaikan ni?” aku mintak penjelasan Ikmal.
Ikmal
angkat bahu. Tak mahu cakap apa-apa.
Aku
mengeluh dalam diam. Ada apa sebenarnya ni. Alamat ni? Kenapa dengan alamat ni?
Esok rabu.. takkan nak pergi esok sebab esok kerja. Tapi hati aku meronta-ronta
nak tahu jugak ada apa dengan alamat ni.
“Pinjam
kereta.” Aku pandang Ikmal.
“Esok
Ikmal suruh orang hantar.” Dia senyum.
***************************************************************
“Assalamualikum.”
Aku berdiri di luar rumah pangsa empat tingkat ni.
“Waalaikumsalam.”
Sahut orang di dalam. Tercengang wanita itu ketika melihat aku.
“Izzni?”
Aku
angguk. Pelik macam mana dia tahu nama aku.
“Saya
Ida.. Masuk la Izzni..”
Aku
melangkah masuk. Rumah pangsa yang agak
kemas walaupun kecil. Tiada meja makan. Hanya ada satu set sofa dan tv kecik.
“Adli
suruh Izzni datang sini ke?
Aku
geleng..jujur aku tak tahu nak cakap apa.
“Err..
sebenarnya Ida ni siapa ye.” Baru aku nak buka mulut.
“Saya
isteri Adli.”
“Isteri?”
walaupun terkejut + tak percaya tapi aku maintain macam biasa.
“Ye
isteri.. mungkin Adli tak cerita sebab mungkin dia takut kecewakan hati Izzni..
kami kahwin pun atas desakan keluarga 5 bulan yang lalu. Saya tahu dia dah ada
Izzni walaupun Adli tak cakap saya tahu sebab saya pernah nampak gambar Izzni
dalam laptop Adli.”
Ida
tersenyum. Dengan suara yang lemah lembut Ida sambung lagi.
“Kami
satu kampung. Di besarkan bersama dan bila dah dewasa keputusan kami terletak
di tangan keluarga sebab ayah cakap kami di tunangkan masa kecik-kecil dulu.
Adli membantah. Dia pernah suruh saya lari tapi saya biarkan..”
“Kenapa?
Kenapa Ida tak membantah?” aku mencelah mula berasa berminat.
“Untuk
apa saya membantah? Untuk apa saya lari? Sedangkan saya mencintai Adli dulu
dari Izzni. Saya lebih mengenali dia dulu dari Izzni. Walaupun saya pernah
menyuruh Adli membawa Izzni berjumpa saya.”
Aku
terkesima.
“Jadi
untuk apa Ida menyuruh Adli membawa saya? Mungkin hati Ida akan hancur.”
“Saya
lebih rela hati saya hancur sekarang dari masa akan datang. Saya rela bermadu
dengan Izzni tapi untuk diceraikan memang saya tak nak.”
“Saya
tak nak bermadu.”
“Jadi
tinggalkan Adli.. dia tak halal bagi awak tapi halal bagi saya.”
Aku
hilang kata-kata.. ida capai tangan aku.
“Ida
harap Izzni tinggalkan Adli kalau mahu dia bahagia. Ida rasa Adli pun dah boleh
terima Ida sebagai isteri.”
“Maksud
Ida..Ida dengan Adli...” aku tak mampu nak teruskan.
Ida
angguk sambil tersenyum. “Tugas isteri adalah melayan suami. Sekali pun saya
tidak pernah menolak kehendak suami.”
Aku
tercengang. Hilang kata-kata. Apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah
melepaskan Adli.. dia bukan milik aku lagi.
“Habis
kenapa duduk Penang? Kenapa tak ikut Adli?” aku tanya lagi. Macam tak puas hati
pun ada.
“Saya
kerja di sini. Lagipun Adli akan balik seminggu sekali jenguk saya dekat sini.”
Hukum
karma ke ni? Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik? Aku duduk di
atas batu dekat batu feringgi ni. Sesekali angin laut menyapa lembut aku. aku
dah hantar sms dekat Adli untuk putuskan hubungan dan Adli ternyata tak boleh
terima. Tapi aku lebih dulu cekap darinya. Number telefon telah aku buang. Aku baling
jauh-jauh dalam laut.
“Lama
dah bertenggek dekat sini?”aku pusing belakang. Ikmal!
Dia
duduk di sebelah aku sambil rayban terletak elok di pangkal hidungnya.
“Lama
lajugak.”
“Sedih?”
“Sedih,
terkejut, tak percaya”
Ikmal
tersenyum.
“Jadi
keputusanya?”
“Let
him go.”
“Good”
“Me?”
dia tunjuk dekat diri dia.
“Entah
tak pikir pun.”
“Kenapa?
Orang dah tinggalkan Maya demi Izz.. tak boleh nampak ke?”
“Tak.”
“Izz
nak apa lagi?”
“Tak
tahu la..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.”
“Dan
lelaki kacak hanya untuk perempuan secantik Izz.”
Aku
tersenyum.terhibur.
“Bulan
depan kita nikah sekali dengan tunang.”
“Haaa..”
“Kita
kahwin. Ikmal pun tak nak lama-lama macam ni.”
“Haa..”
aku masih macam tak percaya.
“Jom
bangun. Kita pergi pekena nasi kandaq line clear.”
“Kereta?”
aku tanya lagi. Macam tak percaya je orang ajak aku kahwin.
“Tinggal
je kita naik kereta Ikmal. Nanti Ikmal suruh orang datang ambik kereta.”
“Betul
ke?”
“Betul
la nanti orang datang ambik dan honda jazz tu hadiah Ikmal untuk Izz.”
“Bukan,
betul ke Ikmal ajak Izz kahwin.”
Dia
angguk kemudian tersenyum memandang aku.
Aku
rasa macam tak percaya bulan depan dah nak jadi isteri orang. Lelaki yang baik
hanya untuk perempuan yang baik dan aku mungkin di takdirkan untuk Ikmal. Jadi aku
tak pernah ‘jahat’ menyintai lelaki lain.
Setiap
yang terjadi ada hikmahnya.. alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tidak lagi
mengganggu suami orang.
“Sayang..cepat
la.termenung pulak. Ikmal lapar ni.”
Aku
tersenyum sebelum berjalan menuju ke arah Ikmal.
-TAMAT-
Cinta itu kadang-kadang menjadikan pencinta hamba...
ReplyDeletebtol..btol..btol..
Deletecitt...adli yang jahat...hampeh..ingtkn setia sgt...kepada izz,hang x jahat..adli yg jahat..hua3....jahatkah aku?jawapannya tak..
ReplyDeleteizz tak jahat.. haha.. hukum karma.. ceh! yaaa kita tak jahat...
DeleteBessstt
ReplyDeletethanks kak zura
Deletebestt! JAHAT? notty ja .. HEHEHE
ReplyDeletenoty tu mesti kena ada pnya..hehehe
Deletebest!!
ReplyDeletetq cik pemetik durian
Deletei likeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeletebest, tapi agak keliru hubungan dorang ni suami isteri atau bercinta, mungkin saya yg salah baca atau salah paham. teruskan menulis :)
ReplyDeleteIzzni dan adli merupakan pasangan kekasih,manakala ikmal dan juga maya juga sepasang kekasih. namun izzni dan ikmal menpunyai hubungan yg istemewa
Delete#BUKAN SUAMI ISTERI TAUUU huhu
bestttt.....
ReplyDeletebest... tp....
ReplyDeletecinta dtg tk mngira msa dn tk mngenal siapa dia.. tp cinta juga mmrlukan pngorbann... pngorbann yg tk psti mmpu mmbuat kita gmbira atau tk... akhirnya.. hati trus trluka.... :'(
itu namenye hukum karma...izz pernah menduakn..last2 die pon diduekn...fair n square la kn?
ReplyDeleteitu namenye hukum karma...izz pernah menduakn..last2 die pon diduekn...fair n square la kn?
ReplyDeletebest...cuma ralat satu jer..sbg islam,saya percayakan takdir Allah.bkn hukum karma..selain dari itu..citer mmg best!
ReplyDeleteBest
ReplyDelete"jahatkah aku mencintai" ??? then i say NO!! adli tuu yg sbnarnya jahat DAMNN !!!
ReplyDeleteGmbr poster tu mnmpkn aurat tgn pmpuan tu :)
ReplyDeleteDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
WA: +85577773548
Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM
KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL
WELCOM : WWW . SMSQQ . COM
I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ